Tahun 2013

20091215

Pengerusi Bersama Pengurusan

PPK Bera Anjur Program Pengerusi Bersama Pengurusan

Pihak Pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan Bera buat pertama kalinya telah menganjurkan Program Pengerusi Bersama Pengurusan ianya bermatlamatkan bagi memberi peluang kepada semua peringkat kakitangan untuk mengemukakan pandangan/cadangan serta berdailog secara terus bersama Pengerusi, Pengurus Besar dan Pengurus-Pengurus Bahagian.

Sempena program tersebut seramai 12 orang kakitangan lantikan Pertubuhan Peladang Kawasan Bera di Bahagian Pentadbiran dan Stesen Pam Minyak Petronas Durian Tawar yang telah berkhidmat lebih 6 bulan menerima sumbangan bonus masing-masing.

Sebanyak 2 kategori sumbangan telah diberikan kepada kakitangan tersebut sebagai menghargai sumbangan, usaha gigih, taat setia serta pengorbanan mereka iaitu:

· Kategori 1 - RM 500.00 bagi mereka yang telah berkhidmat melebihi 12 bulan
· Kategori 2 - RM 250.00 bagi mereka yang berkhidmat antara 6 ke 12 bulan.

Dimajlis itu juga 2 pelajar dari Fakulti Pengurusan Ladang UiTM Jengka yang sedang menjalani latihan praktikal di PPK Bera diraikan.



Pengurus Besar sedang menyampaikan
penerangan


Pengerusi menyampaikan bonus kepada
kakitangan bahagian pengurusan


Pengerusi penyampaikan bonus kepada kakitangan
Stesyen Pam Minyak Petronas

Pengerusi menyampaikan cenderahati
kepada pelajar UiTM Jengka

20091201

Ibadah Korban 2009

Anggota/Kakitangan PPK Bera Anjur Program Ibadah Korban

Tarikh : 30 November 2009 / 13 Zulhiljjah 1430
Tempat : Perkarangan Pejabat PPK Bera



الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد




Sempena Hari Raya Aidiladha 1430H ini anggota dan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera telah sepakat menganjurkan ibadah korban di perkarangan PPK Bera. Penganjuran program sebegini diharap akan dapat membawa kebaikan semua anggota dan kakitangan yang sentiasa berhubungan dan berurusan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan tugas harian ia juga diharap akan dapat mengeratkan hubungan sesama anggota dan kakitangan selaras dengan hikmah ibadah korban untuk membentuk jiwa yang ikhlas seterusnya akan dapat membentuk insan yang bersyukur. Kerja penyembelihan haiwan korban telah dilakukan jam 9.00 pagi yang diketuai oleh Ustaz Mahmud, Setelah selesai kerja-kerja melapah sebahagian daging korban telah diagih-agihkan kepada masyarakat setempat manakala sebahagiannya pula dimasak untuk jamuan makan tengahari petugas dan anggota/kakitangan PPK. Walaupun program tahun ini dilaksanakan secara kecilan, ianya diharap menjadi permulaan kepada penganjuran majlis yang lebih pada masa akan datang.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِّيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.(Surah al-Hajj: 34)

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

Bicara Tengahari MKM

Program Bicara Tengahari:
Pembudayaan Koperasi Di Kalangan
Kakitangan & Agensi Kerajaan Daerah Bera.

Seramai 3 orang anggota PPK Bera telah hadir ke Program Bicara Tengahari mengenai Pembudayaan Koperasi Di Kalangan Kakitangan Jabatan & Agensi Kerajaan Daerah Bera anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) Wilayah Timur di Dewan Cemerlang Majlis Daerah Bera pada 23 November 2009 bermula jam 8.15 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.
Program bicara tengahari ini diadakan bagi menyemai kesedaran tentang keperluan berkoperasi serta untuk membudayakan keusahawanan berkoperasi dikalangan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan.

Kursus Teknologi Nangka

Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka

Tarikh : 09 – 11 November 2009
Tempat : Taman Tasek Golf Resort, Maran

Seramai 5 orang mewakili PPK Bera telah hadir ke Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka yang telah diadakan pada 09 hingga 11 November 2009 bertempat di Taman Tasek Golf Resort, Maran anjuran LPP Negeri Pahang dan PPK Maran. 5 peserta dari PPK Bera terdiri dari Encik Mohd Sarudin Abd. Kadir dan Mohd Alwi Abd. Kadir dari Projek Nangka Kg. Guai, Encik Samad Marjan dan Encik Mohamad Sukimi dari Projek Nangka Kg. Dato’ Sri Hamzah serta Pengurus Pemasaran PPK Bera Encik Mohd Khusaini Awang.
Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman mengenai teknik/teknologi tanaman, permprosesandan pemasaran nangka madu kepada usahawan yang terlibat dengan projek tanaman nangka madu. Pembentang kertaskerja pada kursus tersebut adalah Prof. Dr. Zainal Abd. Aziz yang merupakan antara pengasas nangka madu mastura CJ 2000USM , Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan juga pihak PPK Maran. Selain pembentang kertas kerja peserta kursus juga dibawa melawat ke ladang nangka madu Kg. Luit untuk latihan praktikal, tapak semaian dan juga pusat pemprosesan nangka di Kg. Serengkam.


- Ceramah teori dalam kelas


- Latihan 'hand-on' diladang


- Penerangan mengenai pemangkasan oleh En. Jamaludin


- Penerangan mengenai pendebungaan oleh Dr. Zainal


- Peserta Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka