Tahun 2013

20090727

Norahan bin Ahmad

Norahan bin Ahmad
Jawatan : Jaga Stesyen
Asal : Bera, Pahang
Pendidikan : SK Durian Tawar
Tarikh Lantikan : 01 Ogos 2008

Pengalaman Kerja :
- PSS Durian Tawar - Ogos 2008 - sekarang

Serimah binti Mat Saman

Serimah binti Mat Saman
Jawatan : Penyelia Stesyen
Asal : Bera, Pahang
Pendidikan : SMK Mengkarak
Tarikh Lantikan : 01 Julai 2008

Pengalaman Kerja :
- PSS Durian Tawar - Oktober 1999 - sekarang
(Oktober 1999 - Jun 2008 sebagai Juru Pam)

Dai bin Sulaiman



Dai bin Sulaiman
Jawatan : Pekerja Am PPK
Asal : Bera, Pahang
Pendidikan : SK Durian Tawar, Bera
Tarikh Lantikan : 01 Disember 1999

Pengalaman Kerja :
- Angkatan Tentera Malaysia - 1965 - 1983
- PPK Bera - Disember 1999 - sekarang

Zulkefly bin Lebar



Zulkefly bin Lebar
Jawatan : Pemandu Lori (PPK)
Asal : Bera, Pahang
Pendidikan : SMK Mengkarak
Tarikh Lantikan : 01 Ogos 2008

Pengalaman Kerja :
- Angkatan Tentera Malaysia - 1979 - 1987
- PPK Bera - Ogos 2008 - sekarang

Rafidah binti Ahmad



Rafidah binti Ahmad
Jawatan : Kerani Pentadbiran (PPK)
Asal : Bera, Pahang
Pendidikan : Kolej Yayasan Melaka
Tarikh Lantikan : 01 April 2006

Pengalaman Kerja :
- PPK Bera - April 2006 - sekarang

Rosminah binti Jaafar



Rosminah binti Jaafar
Jawatan : Kerani Kewangan (PPK)
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan : SMK Seri Bahagia, Temerloh
Tarikh Lantikan : 02 Januari 2004

Pengalaman Kerja :
- PPK Bera - Januari 2004 - sekarang

20090726

Fauziah binti Senawi



Fauziah binti Senawi
Jawatan : Pengurus Pentadbiran
Asal : Alor Star, Kedah
Pendidikan : SMK Jabi, Alor Star, Kedah
Mula Berkhidmat di LPP : 15 Januari 2009
Mula Berkhidmat di PPK Bera : Januari 2009

Pengalaman Kerja :
- PPK Bera - Januari 2009 - sekarang

Norazimah binti Hashim



Norazimah binti Hashim
Jawatan : Pengurus Akaun
Asal : Ipoh, Perak
Pendidikan : Politeknik Ungku Omar, Perak
Mula Berkhidmat di LPP : 01 Ogos 2008
Mula Berkhidmat di PPK Bera : Ogos 2008

Pengalaman Kerja :
- PPK Bera - Ogos 2008 - sekarang

Abdul Hamid bin Abdul Rani




Abdul Hamid bin Abdul Rani
Jawatan : Pengurus Projek (Pembangunan)
Asal : Temerloh, Pahang
Pendidikan : SM Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang
Mula Berkhidmat di LPP :
Mula Berkhidmat di PPK Bera

Pengalaman Kerja :
- PPK Merapoh -
- PPK Temerloh Utara -
- PPK Bera -

Harun bin Sudin



Harun bin Sudin
Jawatan : Pengurus Perniagaan
Asal : Temerloh, Pahang
Pendidikan : Institiut Pertanian Serdang
Mula Lantikan di LPP : 17 September 1995
Mula Berkhidmat di PPK Bera : 17 September 1995

Pengalaman Kerja :
- PPK Bera - September 1995 - sekarang

Rubiah binti Hj. Yahya




Rubiah binti Hj. Yahya
Jawatan : Pengurus Ehwal Korporat
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu
Pendidikan : Institiut Pertanian Serdang, Selangor
Mula Berkhidmat di LPP : 02 September 1985
Mula Berkhidmat di PPK Bera : Ogos 2008

Pengalaman Kerja :
- LPP Negeri Kelantan - September 1985 - April 1987
- PPD Pahang Barat, Pahang - Mei 1987 - November 1987
- PPK Temerloh Barat, Pahang - Disember 1987 - Ogos 2008
- PPK Bera, Pahang - Ogos 2008 - sekarang

Mohd Khusaini bin Awang


Mohd Khusaini bin Awang
Jawatan : Pengurus Pemasaran / Kontrek
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu
Pendidikan : Institiut Pertanian Besut
Mula Lantikan di LPP : 15 Februari 1982
Mula Berkhidmat di PPK Bera : 15 Ogos 2006

Pengalaman Kerja :
- PPK Bukit Besar, Terengganu - Mac 1982 - September 1982
- PPK Bukit Payong, Terengganu - Oktober 1982 - September 1983
- PPK Tioman, Pahang - Ogos 1983 - Ogos 1985
- PPK Temerloh Utara, Pahang - September 1985 - Februari 1988
- PPK Benta, Pahang - Mac 1988 - Januari 1991
- PPK Temerloh Barat, Pahang - Februari 1991 - Ogos 2006
- PPK Bera, Pahang - Ogos 2006 - sekarang

Hj. Abdul Uloom bin Andul Rahman




Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman
Jawatan : Pengurus Besar
Asal : Muar, Johor
Pendidikan : Universiti Pertanian Malaysia, Serdang
Mula Lantikan di LPP : 20 Julai 1978
Mula Berkhidmat di PPK Bera : 01 April 2008

Pengalaman Kerja :
- PPK Tembeling, Pahang - Ogos 1978 - November 1979
- PPK Pulau Tawar, Pahang - Disember 1979 - November 1992
- PPD Temerloh, Pahang - Disember 1992 - Januari 1993
- PMP Temerloh, Pahang - Februari 1993 – Disember 1995
- PPK Sri Kerdau, Pahang - Januari 1996 - Mac 2006
- PPK Benta, Pahang - April 2006 - Mac 2008
- PPK Bera, Pahang - April 2008 - sekarang
kemaskini [01.08.2009]

20090721

Program Komunikasi 1

Majlis Penerangan Keahlian

Tarikh   : 25 Jun 2009
Tempat : Balairaya Felda Rentam




Seramai kira-kira 60 orang pengusaha projek-projek pertanian dan pengeluaran makanan tradisional dari Felda Rentam telah hadir di Majlis Penerangan Keahlian Pertubuhan Peladang yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Projek berkenaan. Penerangan disampaikan oleh Pengurus Pemasaran PPK Bera Encik Mohd Khusaini Awang, turu hadri dimajlis penerangan tersebut Puan Rubiah Hj. Yahya (Pengurus Ehwal Korporat) dan Puan Rosminah Jaafar.

Motivasi

Perancangan Budaya Kerja Cemerlang

Apabila disebut sahaja perkataan “Budaya Kerja Cemerlang”, akan tergambar dalam fikiran kita bermacam-macam pendekatan,strategi dan teknik yang digunakan untuk mencapainya. Dalam sesuatu organisasi kita akan mendengar “MBO” (Management by Objectif) yang melibatkan visi, misi, objektif, plan bertindak, tema piagam dan sebagainya.

Budaya Kerja akan dirancang berdasarkan visi, misi dan objektifnya. Sebagai contoh, sebuah organisasi yang telah menetapkan misinya untuk mendidik pelajar supaya menjadi guru yang budiman, cekap, kreatif pengajaranya, serta dapat menjadi mangkin kepada kemajuan pendidikan di sekolah telah menetapkan budaya kerjanya seperti berikut:

Cara-cara kerja atau budaya kerja yang hendak dibina ialah berdasarkan dorongan ke arah pencapaian hasil yang bermutu dan perkhidmatan yang cemerlang, sentiasa menghasilkan idea baru, berdisplin, ilmiah dan profesional, mesyuarat, kerja berpasukan, rangkaian kerja dan berorientasikan pelajar.

Kita mengamati bahawa penyertaan budaya kerja yang sedemikian rupa amat strategik, profesional dan merangkumi aspek pengurusan yang berkesan. Secara umumnya kita bersetuju dengan penyertaan tersebut.

Bagaimanapun, apabila kita berbincang tentang pandangan mengikut perspektif Islam, kita perlu memperhalusi budaya kerja tersebut. Dengan beberapa soalan dan tindakan seperti berikut:

1. Tidakkah kita terlepas pandang mengenai persoalan niat? Apakah niat kita melaksankan kerja-kerja tersebut? Jika setiap kali kita bersembahyang, kita akan berniat, apakah kita tidak perlu berniat dalam melaksanakan sebarang kerja di luar waktu sembahyang?
Maksud Hadith Rasulullah SAW bermaksud:
“Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan”

2. Tidakkah kita memerlukan bimbingan syariah untuk melaksanakan unsur-unsur dalam budaya kerja tersebut? Jika kita bertembung dengan persoalan keutamaan, kita akan bertanya yang manakah berkategori wajib dan yang mana pula berkategori sunat. Apabila kita bertembung dengan persoalan “boleh atau tidak boleh dilakukan” kita berhadapan dengan masalah hukum halal, haram, harus, sunat atau syubhat.
Maksud Hadith Rasulullah SAW bermaksud:
“ Sesungghnya yang halal itu nyata (jelas) dan yang haram itu nyata (jelas) dan diantara keduanya ada perkara-perkara kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang sesiapa memelihara dirinya daripada segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya.

3. Tidakkah ada dasar-dasar Islam yang berkait rapat dengan budaya kerja yang kita lakukan? Contohnya, dalam soal kepimpinan dan kepatuhan terhadap pemimpin. Siapa dan kepimpinan yang bagaimanakah yang wajib dipatuhi?.
Firman Allah swt. Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah SAW dan kepada “Ulif-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali kepada (kitab) Allah dan Sunnah RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Sunnah RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikain adalah labih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya.” (An-Nisa : 59)
Firman Allah swt. bermaksud:
“Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (An-Nisa : 119)

4. Apakah kita merasa aman dan bolah melepaskan diri daripada natijah sebarang amalan atau gerak kerja yang kita lakukan? Tidakkah kita merasa perlu mengenal pasti kedudukan sesuatu amalan sama ada ianya diterima oleh Allah swt. sebagai suatu kebajikan atau sebaliknya?
Firman Allah swt. bermaksud :
“ Sesiapa yang membawa amal kebajikan (pada hari akhirat) maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebajikan) yang sama denganya: dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama denganya, sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).” (Al-An’aam : 160)
Firman Allah swt. bermaksud :
“Orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.” (Al-Kahfi : 104)
Firman Allah swt. bermaksud :
“Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah) dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.” (Al-Baqarah : 175).

5. Apakah unsur-unsur budaya kerja tersebut dapat menjurus kita untuk mencari keredhaan Allah?.” Adakah kerja-kerja yang kita lakukan adalah tergolong dalam kategori memenuhi kehendak Islam atau sebaliknya? Jika tidak, apakah perlu proses Islamisasi terhadap unsur tersebut dan bagaimanakah caranya untuk bertindak sedemikian?
Firman Allah swt. bermaksud :
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Al-Ankabut : 69)

6. Apakah budaya kerja tersebut tidak membabitkan kita melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah dan RasulNya? Lebih ,malang lagi jika amalan tersebut telah meletakkan kita sebagai penentang kebenaran ayat-ayat Allah.
Firman Allah swt. bermaksud :
“Dan orang-orang yang berhjjah menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah disebut dan diterima agamaNya itu, bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia berlaku di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.” (As-Syura : 16)
Firman Allah swt. bermaksud :
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat Allah, mereka itulah ahli neraka.” (Al-Haj : 51)
Firma Allah swt. bermaksud:
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang yang beroleh kemenangan.” (An-Nur : 52)

Ringkasnya, proses refleksi perlu dilakukan terhadap seluruh gerak kerja kita baik dalam aspek kerja individu, bermasyarakat atau berorganisasi. Dalam konteks budaya kerja cemerlang mengikut perspektif Islam kecemerlagan yang sebenarnya terletak sejauhmana amalan tersebut disandarkan kepada konsep pengabdian kepada Allah swt. melalui proses berniat. Selepas itu amalan tersebut perlu dirancang, dilaksana dan ditapis mengikut aturan syariah. Proses seperti ini sebenarnya hanyalah proses mengubahsuai gagasan budaya kerja cemerlang yang telah sedia ada dipaparkan di hadapan kita untuk diselaraskan dengan kehendak Islam. Pendekatan ini seharusnya mampu kita kuasai untuk berhadapan dendan pelbagai saranan budaya kerja cemerlang yang dihadapan kepada kita setiap masa.

Sumber : Ustazah Emalia Kartini.

Transformasi Pertanian 3

AJIB NPK Baja Paling Lengkap Tanaman Sawit
Baja Ajib NPK (10:5:17:2+7.5% Ajib) adalah baja yang lengkap dengan unsur makro dan mikro berbentuk Kristal serta larut dalam air. Baja ini amat istemewa kerana mengandungi pengaktif enzim untuk menggalakan pembentukan tandan (bunga betina) dan debunga (bunga jantgan) yang subur. Baja ini telah diformulasikan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) berdasarkan kandungan unsur-unsur yang terkandung dalam tanah di Malaysia serta keperluan makanan yang diperlukan oleh pokok.

Menurut laporan penyelidikan saintifik nutrien-nutrien terpilih yang terkandung dalam baja Ajib NPK bukan sahaja boleh meningkatkan hasil sawit malah juga boleh meningkatkan lignifikasi yang merupakan bahan semulajadi biokimia dalam pokok bagi meningkatkan ketahanan tisu tanaman dari serangan kulat dan penyakit.

Keunggulan Ajib NPK

1. Meningkatkan aktiviti enzim
2. Meningkatkan klorofil dan kadar fotosintesis
3. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga)
4. Meningkatkan berat dan bilangan tandan sawit
5. Meningkatkan kadar perahan minyak (OER)
6. Meningkatkan ketahanan terhadap penyakit
7. Baja lengkap dengan unsur MAKRO dan MIKRO
8. Menambahkan pendapatan

Testimoni di ladang Tebuk Berihun, Sabak Bernam menunjukkan petani yang menggunakan Ajib memperolehi hasil 30 metrik tan sehektar setahun, malah ada yang mencecah hasil 48 metrik tan sehektar setahun dan telah pilih sebagai Juara Hasil Tertinggi Negara Tahun 2007

Cara Membaja

1. Tabur baja AJIB NPK sebaik sahaja sebelum musim hujan bermula.
2. Pokok belum matang iaitu kurang 5 tahun, taburkan baja AJIB NPK dibawah kanopi pokok sawit.
3. Pokok Matang iaitu 5 tahun dan keatas, tabvurkan baja AJIB NPK diatas timbunan pelepah sawit.

Kadar Penggunaan Baja

Tanah Pendalaman
- Umur 1 tahun - 600 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 2 tahun - 1.2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 3 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 4 tahun - 2.5 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 5 tahun - 2.7 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 6 tahun keatas - 3 kilo / pokok x 3 kali setahun

Tanah Gambut/Lanar Laut
- Umur 1 tahun - 500 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 2 tahun - 1.2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 3 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 4 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 5 tahun - 2.5 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 6 tahun keatas - 2.7 kilo / pokok x 3 kali setahun

Tanah Berpasir
- Umur 1 tahun - 600 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 2 tahun - 900 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 3 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 4 tahun - 2.5 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 5 tahun - 2.7 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 6 tahun keatas - 3 kilo / pokok x 3 kali setahun












Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
PPK Bera (Bahagian Perniagaantani) Tel: 09-2445237

20090719

Transformasi Pertanian 2

MENJADIKAN UNIT PELADANG SEBAGAI

TERAS PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI AHLI-AHLI PPK

Penglibatan unit peladang sangat penting dalam menjayakan matlamat tranformasi pertanian.


LATAR BELAKANG PERTANIAN MASA KINI

a. Sumbangan sektor pertanian khususnya sektor kecil makanan kepada KDNK negara masih rendah.

b. Sektor pertanian kecil menghadapi berbagai masaalah:
- Saiz pemilikan tanah yang kecil
- Petani yang berumur (contoh: purata umur petani dalam lengkongan 50-60 thn
- Teknologi rendah
- Produktiviti rendah
- Tenaga Buruh yang kurang
- Pemasaran tidak terjamin
- Modal tidak mencukupi
- Aktiviti pertanian berisiko tinggi

c. Cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh pertanian:
- Mengeluar makanan yang cukup untuk negara.
- Mengurangkan import makanan yang tinggi.
- Menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu penyumbang utama kepada KDNK negara setanding dengan sektor pembuatan dan perindustrian.
- Cabaran liberalisasi perdagangan
- WTO
- AFTA
- Perlu berdaya saing dari segi harga dan mutu
- Meningkatkan pendapatan penduduk luarbandar

PERANAN PPK DALAM MENCAPAI DALAM MATLAMAT DIATAS

a. Sangat penting dalam membantu petani-petani kecil yang serba kekurangan untuk mencapai
matlamat diatas.
b. PPK bertindak sebagai pengembeling peladang dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan
yang diperlukan oleh peladang dalam mengusahakan aktiviti pertanian meraka seperti bekalan
input, kredit, pemasaran, pengangkutan, kejenteraan dan sebagainya.
c. Peranan koperasi pertanian terbukti berkesan dalam membangunkan sektor pertanian di Jepun.
Korea dan Taiwan. Sebagai contoh 40% pemasaran hasil pertanian di Korea Selatan dikendalikan oleh koperasi pertanian.
d. Saranan YAB Perdana Menteri:
- Koperasi pertanian perlu contohi koperasi di Jepun, Korea dan Taiwan.
- Kementerian Pertanian perlu tingkatkan peranan koperasi pertanian
- Tingkatkan kecekapan kakitangan koperasi.
e. Saranan YB Menteri Pertanian :
- Pertubuhan Peladang beri kepimpinan kepada peladang sebagai agen perubahan yang cekap.
- Kaji keupayaan pegawai diakar umbi.
- Tingkatkan peranan pertubuhan peladang:
- Dinamik.
- Membela ahli.
- Susun jentera organisasi.
- Pegawai-pegawai turun ke padang.

f. Fokus harus diberi kepada membangunkan ahli-ahli peladang. Pertubuhan peladang hanyalah
sebagi alat (means) untuk capai matlamat tersebut.

PERANAN UNIT-UNIT PELADANG DALAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI AHLI-AHLI PELADANG

a. Status unit peladang masa kini :
- 6,729 unit peladang di 271 buah PPK dengan keahlian berjumlah 694.700 orang.
- 4,729 unit peladang di 203 buah PPK dengan keahlian berjumlah 472,256 orang dibawah
pengendalian LPP.
- Secara rambang 70% unit peladang tidak aktif contohnya tidak mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa unit peladang,Mesyuarat Agung atau tiada aktiviti untuk ahli-ahli.

b. Sebab-sebab unit peladang tidak aktif
- PPK lebih menumpukan kepada perniagaan sendiri atau projek-projek korporat bertujuan memaksimumkan keuntungan. Seolah-olah PPK sebagai badan perniagaan korporat yang lain.
- Ahli-ahli Jawatankuasa Unit Peladang tidak faham peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tidak faham falsafah dan tujuan penubuhan pertubuhan peladang dan unit peladang.
- Tiada perancangan yang rapi tentang kemajuan unit peladang.
- Bukan petani tulen yang memimpin peladang.
- Tiada/kurang pemantauan keatas perjalanan unit peladang oleh PPK dan LPP.
- PPK tidak memberi tanggungjawab kepada unit peladang untuk melaksanakan peranan PPK di peringkat unit.
- Ahli yang pasif
- Petani berumur
- Sikap petani bukan perniagaan.

c. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengaktifkan semula unit-unit peladang.


i. Kempen , penerangan kepada Jawatankuasa Unit Peladang.
- Penerangan kepada pegawai-pegawai PPK,AJP,AJK Unit Peladang oleh LPP
Negeri.
- Ketua-ketua unit menerangkan kepada ahli-ahli tentang falsafah dan tujuan penubuhan
pertubuhan peladang dan unit peladang.

ii. Bancian semula unit peladang
- Status keahlian :
- Hidup
- Mati
- Pindah
- Saham
- Pendapatan
- Profile aktiviti pertanian yang dijalankan:
- Tanamam
- Ternakan
- Ternakair
- Pemprosesan
- Profile gunatanah.


iii. Rancangan Kemajuan Unit Peladang Jangka Panjang dan Pendek.
- Setiap unit peladang perlu ada rancangan kemajuan jangka panjang (5 tahun) masing-masing (bisness plan )yang menggariskan jenis aktiviti ekonomi dan sosial yang akan dilaksanakan oleh unit peladang dan ahli.
- Konsep “one village one product”perlu diterapkan.
- Perancangan perlu dilaksanakan bersama-sama antara PPK dengan AJK Unit Peladang dan Ahli-ahli.
- Jadikan pembangunan unit sebagai satu program LPP di bwah RMK9

iv. Menyusun semula pentadbiran Unit Peladang
- Mengamalkan sepenuh “Panduan Pentadbiran Unit Peladang” yang dibekalkan oleh Pendaftar.
- Mesyuarat AJK Unit Peladang diadakan tiap-tiap bulan. Salinan minit mesyuarat dihantar ke PPK /LPP Negeri.
- Agenda mesyuarat diseragamkan di semua unit peladang meliputi aspek-aspek berikut :
- keahlian
- saham
- yuran
- aktiviti ekonomi
- aktiviti sosial, kebajikan dan agama
- kewangan

- Unit peladang yang tidak aktif contohnya tidak mengadakan mesyuarat AJK unit peladang tiga kali berturut-turut akan digantung oleh Pendaftar.

ii. Tingkatkan Komitmen Kepimpinan Unit Peladang
- AJK unit peladang yang tidak aktif contohnya tidak hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Unit peladang tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan di gugurkan oleh pendaftar.
- Unit Peladang yang tidak aktif akan digantung/bubar atau di cantum dengan unit lain.
- Latihan tentang tadbir urus yang baik dan kepimpinan akan diberi kepada pemimpim-pemimpin unit peladang dari masa ke semasa
- Ketua Unit dan AJK akan diberi banyak tugas dan tanggungjawab sebagai penghubung antara PPK dengan ahli. Ini akan dapat mengurangkan beban tugas yang di pikul oleh kakitangan PPK.

iii. Jalin kerjasama dengan semua Jabatan/Agensi Kerajaan.

- Terutama dengan jabatan /agensi dibawah Kementerian Pertanian
- Dengan lain-lain jabatan/agensi seperti pejabat daerah,RISDA,KEMAS,Belia Kebajikan Masyarakat,Agama dan sebagainya.
- Guna peruntukan pelbagai jabatan/agensi untuk membangunkan unit peladang. Tidak hanya bergantung kepada PPK/LPP.
- Jemput jabatan /agensi ke mesyuarat ,AJK unit peladang atau ke Mesyuarat Ketua Unit di PPK.

iv. Latihan.

- Melatih Ahli-ahli jawatankuasa Unit Peladang tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing
- Latihan insitu mengenai kemahiran dan motivasi untuk ahli-ahli dan unit peladang.

v. Pegawai Penyelia Unit Peladang

- Pegawai PPK yang sedia ada akan dilantik sebagai penyelia sekurang-kurangnya lima unit seorang di samping tugas hakiki masing-masing.
- Pegawai penyelia akan bertindak sebagai penasihat dan pemudahcara.

vi. Sistem Pemantauan Yang Rapi.

- Oleh PPK :
- Laporan kemajuan Unit peladang tiap-tiap bulan
- Mesyuarat ketua-ketua unit peladang diadakan di PPK setiap tiga bulan
sekali.
- Bincang kemajuan unit peladang dalam mesyuarat kakitangan dan AJP

- Oleh LPP Negeri.:
-Laporan kemajuan unit-unit peladang tiap-tiap bulan.
-Agenda dalam Mesyuarat Pengurusan PPN/PPK dan LPP Negeri
-Persidangan tahunan ketua-ketua unit di peringkat negeri, hadiah
kecemerlangan di sediakan.

- Oleh LPP Ibu Pejabat :
-Agenda dalam setiap Mesyuarat Pengurusan Tertinggi.
-Hadiah kecemerlangan dalam hari Kualiti LPP

4. KESIMPULAN :

- Yakin jika semua unit peladang aktif, ahli-ahli akan mendapat nikmat kewujudan PPK
- Menaikkan imej PPK
- Lebih banyak akan disalur melalui PPK seperti peruntukan pembangunan tanah dan sebagainya.
- Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen berterusan daripada semua pihak . Perlu “ Follow up ” dan “ Follow Trough ” yang berterusan tanpa jemu. Kejayaan akan mengambil masa. Perlu kesabaran yang mendalam.
- LPP akan terus relevan
- Jangan jemu dan kecil hati.

PPK Bera Lunas Zakat

PPK Bera Melunaskan Bayaran Zakat Perniagaan Tahun 2008


Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah melunaskan bayaran zakat perniagaan bagi akaun berakhir 31 Disember 2008 sebanyak RM 8,195.22 iaitu 2.5% daripada RM 409,766.06 amaun yang dikenakan zakat dengan mengambilkira anggaran 80% pemilikan muslim meningkat sedikit berbanding sebanyak RM 6,144.46 bagi tahun 2007 dan sebanyak RM 6,460.72 bagi tahun 2006 yang telah dilunaskan pada tahun lalu.
Cek bayaran zakat telah disampaikan oleh Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman kepada Encik Jusny bin Jaafar dari Unit Pemasaran Pusat Zakat Pahang di Pejabat PPK Bera.

20090715

Ahli Jemaah Pengarah

Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera Penggal 2008 – 2010


Abu Bakar bin Abdul Kadir
Jawatan : Pengerusi Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Sri Buntar
Alamat : No.59, Kampung Sri Buntar, 28300 Triang. Pahang
Pekerjaan : Pesara Kerajaan
Bidang Usaha : Ternakan Lembu
Jawatan Dalam NGO :
- Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Daerah Bera
- Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Bera
- Pengerusi Komuniti Bestari Mukim Triang 1
- Pengerusi JKKK Kampung Sri Buntar
- Pengerusi KRT Kampung Sri Buntar
- Ketua UMNO Cawangan Bandar Triang
- Jawatankuasa PKKNP Negeri Pahang
- Jawatankuasa UMNO Bahagian Bera
- Jawatankuasa Masjid Bandar Triang
- Jawatankuasa AADK Daerah Bera


Md. Shabudin bin Wok
Jawatan : Ahli Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Batu Balai/Kg. Tengah
Alamat : No.60, Taman Sri Cahaya, 28000 Temerloh. Pahang
Pekerjaan : Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Bera
Bidang Usaha : Tanaman Buah-buahan
Jawatan Dalam NGO :
- Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Bera


Ahmad bin Wok
Jawatan : Ahli Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Tementi
Alamat : No.203, Kampung (F) Tementi, 28200 Bandar Bera. Pahang
Pekerjaan : Peneroka Felda
Bidang Usaha : Perniagaan Restoran
Jawatan Dalam NGO :
- Ketua Perhubungan Rela (KPRM) Zon 1 Bera
- Ketua Kampung (F) Tementi
- Pengerusi KRT (F) Tementi


Idris bin Ahamad
Jawatan : Ahli Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Kampung Guai
Alamat : No.10, JPK 3, Taman Pamah Kasih, 28000 Temerloh. Pahang
Pekerjaan : PM (Pembangunan Desa) Kemas
Bidang Usaha : Tanaman Getah, Kelapa Sawit & Nangka Madu
Jawatan Dalam NGO :
- Pengerusi PIBG SK Guai
- Jawatankuasa JKKK Kg. Guai


Saripah Rosilah binti Syed Idrus
Jawatan : Ahli Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Durian Tawar
Alamat : No.34, Kampung Durian Tawar, 28200 Bandar Bera. Pahang
Pekerjaan : Usahawan (PKS Makanan)
Bidang Usaha : Acar Buah & Kuih Tradisional
Jawatan Dalam NGO :



Safie bin Yahya
Jawatan : Ahli Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Seberang Guai
Alamat : No.45, Kampung Tok Langit, 28200 Bandar Bera. Pahang
Pekerjaan : Usahawan
Bidang Usaha : Tanaman Nanas, Pisang & Kelapa Sawit
Jawatan Dalam NGO :
- Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera
- Pengerusi Persatuan Belia Gerak Jaya
- Ketua Unit Peladang Seberang Guai


Hjh. Manila binti Abd. Latif
Jawatan : Ahli Jemaah Pengarah
Unit Peladang : UP Batu Papan
Alamat : No. 03, Kampung Batu Papan, 28200 Bandar Bera. Pahang
Pekerjaan : Penyelia Kemas
Bidang Usaha : Tanaman Getah & Kelapa Sawit
Jawatan Dalam NGO :
- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bera
- Ahli Majlis Daerah Bera
- Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Daerah Bera
- Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Daerah Bera
- Lembaga Pengarah Felcra Gugusan Bohor Bharu
- Jawatankuasa JKKK Kg. Batu Papan
- Jawatankuasa PIBG SK Batu Papan
- Jawatankuasa Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Bera

20090714

PP Negeri Pahang

PERTUBUHAN PELADANG NEGERI (PPN)

PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PAHANG
No. 20, Bangunan LKNP,
Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09- 5156720, 09- 5158324
Faks: 09- 5156915
E-mail: ppn_phg@lpp.gov.my
Pengurus Besar : Encik Abdul Mubin bin Abdul Razak


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK)

PPK ROMPIN
Tel: 09- 4145224 Faks: 09- 4145564
E-mail: ppk_rompin@lpp.gov.my
Web: http://peladangrompin.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Safie bin Mohd Saloki

PPK PEKAN
Tel: 09- 4269422 Faks: 09- 4260069
E-mail: ppk_pekan@lpp.gov.my
Web: http://peladangpekan.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Nor Fadzli bin Hassan

PPK MARAN
Tel: 09- 4771381 Faks: 09- 4771282
E-mail: ppk_maran@lpp.gov.my
Web: http://peladangmaran.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Ismail bin Bakar, PKC.

PPK BERA
Tel: 09- 2445237 Faks: 09- 2445075
E-mail: ppk_bera@lpp.gov.my
Web: http://peladangbera.blogspot.com/
Pengurus Besar : Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman

PPK PELANGAI
Tel: 09- 2450652 Faks: 09- 2450653
E-mail: ppk_pelangai@lpp.gov.my
Web: http://peladangpelangai.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Ghairah bin Yunus

PPK BENTONG
Tel: 09- 2221335 Faks: 09- 2226760
E-mail: ppk_bentong@lpp.gov.my
Web: http://peladangbentong.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Mohamad Nasir bin Hj. Salam

PPK TEMERLOH BARAT (LANCHANG)
Tel: 09- 2803207 Faks: 09- 2804134
E-mail: ppk_temerlohb@lpp.gov.my
Web: http://peladanglanchang.blogspot.com/
Pengurus Besar : Puan Nik Roziyana binti Nik Ya

PPK SRI KERDAU
Tel: 09- 2846388 Faks: 09- 2846429
E-mail: ppk_srikerdau@lpp.gov.my
Web: http://peladangsrikerdau.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Abdul Razak bin Kassim

PPK TEMERLOH
Tel: 09- 2951591 Faks: 09- 2965226
E-mail: ppk_temerloh@lpp.gov.my
Web: http://peladangtemerloh.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Shaari bin Harith

PPK KUANTAN
Tel: 09- 5366277 Faks: 09- 5366481
E-mail: ppk_kuantan@lpp.gov.my
Web: http://peladangkuantan.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Sidek bin Ismail

PPK KUANTAN UTARA
Tel: 09- 5135300 Faks: 09- 5135282
E-mail: ppk_kuantanu@lpp.gov.my
Web: http://peladangkuantanutara.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Mohd Najib bin Mohd Taib

PPK PULAU TAWAR
Tel: 09- 2601760 Faks: 09- 2601761
E-mail: ppk_ptawar@lpp.gov.my
Web: http://peladangpulautawar.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Jaafar Sidek bin Mohamad

PPK JERANTUT
Tel: 09- 2601766 Faks: 09- 2663810
E-mail: ppk_jerantut@lpp.gov.my
Web: http://peladangjerantut.blogspot.com/
Pengurus Besar : Puan Maharani binti Awang Ngah

PPK RAUB
Tel: 09- 3551407 Faks: 09- 3563475
E-mail: ppk_raub@lpp.gov.my
Web: http://peladangraub.blogspot.com/
Pengurus Besar : Tuan Hj. Mohd Amin bin Mohd Sidek

PPK BENTA
Tel: 09- 3238240 Faks: 09- 3230203
E-mail: ppk_benta@lpp.gov.my
Web: http://peladangbenta.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Yusni bin Mohd Razali

PPK KUALA LIPIS
Tel/Faks: 09- 3121045
E-mail: ppk_klipis@lpp.gov.my
Web: http://peladangkualalipis.blogspot.com/
Pengurus Besar : Mohd Mustaqiem bin Mamat

PPK CAMERON HIGHLANDS
Tel: 05- 4913187 Faks: 05- 4911236
E-mail: ppk_cameronh@lpp.gov.my
Web: http://peladangcameronhighlands.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik wan Salahuldin bin Wan Mohd Rashidi

PPK MERAPOH
Tel: 09- 9123954 Faks: 09- 9125914
E-mail: ppk_merapoh@lpp.gov.my
Web: http://peladangmerapoh.blogspot.com/
Penurus Besar : Encik zakaria bin Alias

PPK TEMBELING
Tel: 09- 2601870 Faks: 09- 2601872
E-mail: ppk_tembeling@lpp.gov.my
Web: http://peladangtembeling.blogspot.com/
Pengurus Besar Encik Mohammad nor bin Abu Seman

Tel: 09- 4191249 Faks: 09- 4191626
E-mail: ppk_tioman@lpp.gov.my
Web: http://peladangtioman.blogspot.com/
Pengurus Besar : Razali bin Abdul Rahman

PPK CHENOR
Tel: 09- 2987080 Faks: 09- 2987090
E-mail: ppk_chenor@lpp.gov.my
Web: http://peladangchenor.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Zulkifli bin Esmail

20090708

Pos Mini Mengkarak

Kutipan Bil Enam Bulan Pertama 2009
Pos Mini Mengkarak Terus Meningkat




Urusniaga kutipan bil setempat melalui Pos Mini Mengkarak yang dibuka di Pejabat Pertubuhan Peladang Bera, Durian Tawar telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dimana jumlah kutipan bagi 6 bulan pertama (Januari – Jun) tahun 2009 adalah sebanyak RM 433,963.14 berbanding RM 171,544.74 bagi tempoh sama tahun 2008 dengan urusniaga sebanyak 6,647 bil.
Perkhidmatan mini pos berkomputer yang merupakan salah satu aktiviti sosial yang disediakan oleh PPK Bera dengan kerjasama Pos Malaysia itu telah mula beroperasi sejak 07 Januari 2008 bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat telah mendapat sambutan yang amat baik khususnya dari masyarakat di sekitar Kg. Durian Tawar, Kg. Jelam dan Pekan Mengkarak.
Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi di Pos Mini Mengkarak adalah bayaran bil-bil TNB, JBA, Telekom, Astro, Celcom, TMNet, Maxis dan Indah Water disamping jualan setem, wang pos serta urusan pos laju dan penghantaran surat.


  - pelanggan sedang membuat bayaran
    bil di kaunter pos mini.

20090705

Program Pembangunan 2009


PPK Bera Bangunkan Seluas 65 ekar Tanah Ahli Dengan Tanaman Nangka Madu

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera akan membangunkan seluas 65 ekar (27 hektar) tanah milik ahli dengan tanaman Nangka Madu bagi tahun 2009. Menurut Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom Abdul Rahman, 2 lokasi telah dipilih untuk di bangunkan pada tahun 2009 ini iaitu di Kampung Guai seluas 35 ekar iaitu projek pemulihan bagi menganggantikan projek yang telah ditenggelami banjir pada akhir 2007 yang lalu manakala di Kg. Dato’ Sri Hamzah seluas 30 ekar adalah merupakan projek baru.

Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 405,000.00 bagi membiayai kerja-kerja pembangunan projek tersebut. Projek ini akan melibatkan seramai 53 orang peserta dimana PPK Bera akan bertindak sebagai agen pengurusan. Klon nangka madu yang akan ditanam adalah CJ-USM 2000 (Mastura), CJ-3 dan CJ-6

Kerja-kerja pembangunan tapak projek (membersih kawasan) sedang giat dijalankan manakala kerja menanam dijagka dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini.


  - Tapak projek tanaman nangka di Kg. Dato' Sri Hamzah


  - Tapak projek tanaman nangka di Kg. Guai


  - Anak beneh pokok nangka sedia untuk ditanam


  - Baja organik juga telah sedia  untuk hantar ke projek