Tahun 2013

20100530

PSS Petronas Durian Tawar Dibuka Semula


Stesyen Pam Minyak Petronas (PSS) Durian Tawar yang diuruskan oleh PPK Bera telah memulakan semula operasinya pada 15 Mei 2010 dengan wajah baru satelah ditutup selama hampir 2 bulan untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja menaik taraf stesyen tersebut bermula 18 Mac 2011 dan berakhir 14 Mei 2011.

Kerja-kerja menaitaraf Stesyen Pam Minyak Petronas Durian Tawar telah melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak lebih RM1.1 juta, dimana sebanyak RM 836,400 untuk pembinaan bangunan & selebihnya untuk pemasangan rangkaian sistem yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Petronas Dagangan.
Dengan pengubahsuaian tersebut kini pengusaha IKS makanan khususnya dari kalangan ahli-ahli PPK Bera boleh memasarkan produk mereka melalui kedai jualan yang disediakan. Ahli-Ahli yang berminat dan memerlukan penerangan lanjut boleh menghubungi Encik Harun Sudin (Pengurus Stesyen) di talian 019-9882913 atau Pejabat PPK Bera 09-2445237

20100524

Ahmad bin Wok Pengerusi Baru PPK Bera

Encik Ahmad bin Wok Pengerusi PPK Bera Penggal 2010/2012

Encik Ahmad bin Wok dari Unit Peladang Tementi telah dipilih sebagai Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Bera bagi penggal 2010/2012, beliau sebelum ini adalah merupakan Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera sejak tahun 2002 . Dalam pemilihan AJP yang diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan PPK Bera Kali ke 33, 15 Mei 2010 bertempat di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas Kerayong, dua orang muka baru telah dipilih menganggotai Jemaah Pengarah PPK Bera penggal 2010/2012 mereka yang telah dipilih adalah Encik Ahmad bin Wok (UP Tementi), Encik Safie bin Yahya (UP Seberang Guai), Encik Idris bin Ahamad (UP Guai), Encik Md Shabudin bin Wok (UP Kg. Tengah/Batu Balai), Encik Abu Bakar bin Abdul Kadir (UP Sri Buntar), Encik Zamani bin Rahim (UP Dato’ Sri Hamzah) dan Encik Amran bin Silong (UP Durian Tawar)

PPK Bera Cadang Dividen 10%

Mesyuarat Agung PPK Bera Cadang Pembayaran Dividen 10%

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 33 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas pada 15 Mei 2010 telah meluluskan cadangan pembayaran dividen bagi tahun 2009 sebanyak 10%. Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 33 yang dirasmikan oleh YH. Dato’ Hj. Ahmad bin Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera telah mencatat kehadiran seramai 127 orang daripada 142 orang jumlah perwakilan atau kira-kira 89.44%.
Pada mesyuarat tersebut juga telah menyaksikan pemilihan beberapa jawatan bagi penggal 2010/2012, keputusan pemilihan bagi jawatan-jawatan tersebut adalah:

Pemilihan 7 orang Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera

1. Safie bin Yahya (UP Seberang Guai)
2. Ahmad bin Wok (UP Tementi)
3. Idris bin Ahamad (UP Guai)
4. Md. Shabudin bin Wok (UP Batu Balai/Kg. Tengah)
5. Abu Bakar bin Abdul Kadir (UP Sri Buntar)
6. Zamani bin Rahim (UP Dato’ Seri Hamzah)
7. Amran bin Silong (UP Durian Tawar)

Simpanan

8. Hjh. Manila binti Latiff (UP Batu Papan)
9. Mohd Fadli bin Abdul Manaf (UP Mengkarak)


Pemilihan 17 orang Perwakilan Ke Mesyuarat Agung PASFA

1. Adam bin Ismail (UP Kuala Triang)
2. Hj. Ahmad bin Bulat (UP Mengkarak)
3. Berahim bin Bedu (UP Sebertak)
4. Abdul Khalil bin Husin (UP Sri Buntar)
5. Ahmad bin Wok (UP Tementi)
6. Idris bin Ahamad (UP Guai)
7. Zamani bin Rahim (UP Dato’ Seri Hamzah)
8. Safie bin Yahya (UP Seberang Guai)
9. Amran bin Silong (UP Durian Tawar)
10. Md. Shabudin bin Wok (UP Batu Balai/Kg. Tengah)
11. Abu Bakar bin Abdul Kadir (UP Sri Buntar)
12. Hjh. Anita binti Hamzah (UP Kerayong)
13. Mohd Fadli bin Abdul Manaf (UP Mengkarak)
14. Engku Ismail bin Engku Abdul Malik (UP Kerayong)
15. Hjh. Manila binti Latiff (UP Batu Papan)
16. Rusli bin Mat Nor (UP Durian Tawar)
17. Hj. Sahhariman bin Hj. Othman (UP Kuala Bera)

Simpanan

18. Hj. Hussin bin Mat Yunus (UP Purun)
19. Mansor bin Hj. Hashim (UP Tembangau)


Pemilihan 2 orang Juruaudit Dalam PPK Bera

1. Hashim bin Saad (UP Sebertak)
2. Fadzil bin Sahaban (UP Sri Hamzah)

Pemilihan 2 orang Calon Ahli Jemaah Pengarah PASFA

1. Ahmad bin Wok (UP Tementi)
2. Md. Shabudin bin Wok (UP Batu Balai/Kg. Tengah)

Pemilihan 2 orang Calon Perwakilan Ke Mesyuarat Agung NAFAS

1. Ahmad bin Wok (UP Tementi )
2. Idris bin Ahamad (UP Guai)

Keuntungan PPK Bera Tahun 2009 Meningkat

PPK Catat Keuntungan Bersih 2009 Sebanyak RM219,822

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah berjaya mencatakan keuntungan bersih sebanyak RM 219,822 bagi urusniaga tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 2.22% berbanding tahun sebelumnya, bagaimanapun perolehan keseluruhan urusniaga PPK Bera bagi tahun 2009 telah merosot sebanyak 20.48%. Dua urusniaga utama PPK telah mengalami penurunan yang ketara iaitu perolehan Stesyen Minyak Petronas dan Pemasaran BTS Kelapa Sawit

Perbandingan perolehan PPK Bera bagi tahun 2009 dan 2008 adalah:


Gambar Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera

PPK Bera Lunas Bayaran Zakat 2009

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera Lunas Zakat Perniagaan Tahun 2009

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah melunaskan bayaran zakat perniagaan bagi urusniaga tahun 2009 berjumlah RM 6,671.42 iaitu 73% mengikut anggaran pemilikan muslim dari RM 365,808.03 jumlah yang wajib zakat pada kadar 2.5 %
Bagi urusniaga tahun 2009, PPK Bera telah mencatat perolehan urusniaga sebanyak RM 11,279,078 iaitu penurunan sebanyak RM 2,904,295 atau 20.48 % ini disebabkan dua punca utama iaitu kesan penurunan harga petrol dan disel dan juga kesan kejatuhan keluaran hasil dan harga BTS Kelapa Sawit bagi tahun 2009. Bagaimanapun keuntungan bersih PPK Bera Tahun 2009 mencecah RM 219,822 meningkat sebanyak RM 4,783 atau 2.22%


Encik Abu Bakar Kadir sedang menyerahkan bayaran zakat kepada
Pegawai PKZ Temerloh sambil diperhatikan oleh YH. Dato' Pegawai Daerah Bera

Ahli PPK Bera Terima Subsidi Mesin & Alat Pertanian

48 Orang Ahli PPK Bera Terima Subsidi Mesin & Alat Pertanian

Seramai 48 orang ahli PPK Bera telah menerima mesin dan peralatan pertanian bernilai RM 96,328 di bawah Skim Pemilikan Jentera Kecil Ladang secara ‘Matching Grant’ Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh YH Dato’ Hj. Ahmad b. Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 PPK Bera 2010 yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Bera pada 15 Mei 2010. Secara keseluruhannya, pada tahun ini pihak kerajaan telah meluluskan sebanyak 90 permohonan oleh ahli PPK Bera untuk menerima bantuan mesin dan peralatan dibawah skim tersebut bernilai RM 302,553.

Usahawan PPK Bera adakan promosi jualan

Usahawan Ahli Adakan Jualan
Sempena Mesyuarat Agung PPK Bera

Seramai 5 usahawan ahli PPK Bera telah mengadakan jualan dan promosi produk keluaran mereka sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung TahunanKali Ke 33 PPK Bera 2010 yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Bera pada 15 Mei 2010. Mereka terdiri dari Puan Junaidah Ngah dari UP Kuala Bera (Kraftangan & Kuih Tradisional), Encik Masfol bin Kasan Raji dari UP Mayam (Kerepek Ubi Berperisa), Puan Paida Panjang dari UP Sebertak (Kuih Tradisional, Puan Noorwati Ahad dari UP Durian Tawar (Kraftangan) dan Puan Rubi Hj. Jemain (Pelaburan), turut mengadakan jualan dan promosi adalah Kelab Kebajikan Anggota PPK Bera (Jualan Anak Beneh Pokok) dan Global Microbes Sdn. Bhd. (Jualan Baja Bio Organik ‘Suburtani’)

Gerai Usahawan UP Kuala Bera

Gerai Usahawan UP Mayam

Gerai Usahawan UP Sebertak

Gerai Usahawan UP Durian Tawar

Gerai Usahawan UP Kerayong

Gerai Kelab Kebajikan Anggota PPK Bera

Gerai Baja Bio Organik