Tahun 2013

20110731

Mesyuarat MPPP Bil .2/2011 di KL Sentral



Mesyuarat Ahli Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bera Bil.2/2011 telah diadakan di Bilik Anggota, Tingkat 31, Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur Sentral. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Hj. Ismail sabri Yaakob, Pengerusi MPPP Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Malaysia.

Pada mesyuarat tersebut ahli MPPP telah di berikan taklimat mengenai cadangan pembinaan Pasar Komuniti di seluruh Negara khususnya di Bera oleh Encik Azman bin Komau dari Ibu Pejabat FAMA.

Pasar Komoniti yang akan dibina berkonsepkan gabungan pasar tamu dan pasar caravan yang boleh dijadikan tapak pelbagai aktiviti seperti gelanggan futsal, majlis keramaian, pusat pameran/expo dan sebagainya, ia dijangka akan beroperasi pertengahan November 2011 dan diharapakan dapat membantu meningkatkan ekonomi petani diluar bandar ianya di akan menonjolkan pasar pelbagai jualan yang lebih moden, bersih dan mampu bersaing dengan pasaraya, bagaimana pun peserta/peniaga juga akan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di mesyuarat tersebut juga YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri memnta Ahli MPPP Bera agar member fokus kepada projek tertentu bagi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu rakyat diluar bandar. Projek tumpuan yang dicadangkan adalah:

o Projek Tanaman Nangka Madu.

o Pusat Pengeluaran Makanan Ternakan.

o Program Pembangunan Tanah Terbiar

Sebelum mesyuarat Ahli-Ahli MPPP Bera telah dibawa melawat ke Pusat Pemeriksaan Kualiti Hasil Pertanian FAMA di KLIA

PPK Bera Lunas Zakat Perniagaan Tahun 2010


Bagi memenuhi tuntutan syariat pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah melunaskan bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2010 sebanyak RM 8,876.81 kepada PKZ Pahang iaitu 2.50% dari amaun yang dikenakan zakat sebanyak 454, 173.18 dan satelah mengambilkira pemilikan bukan muslim. Penyampaian cek zakat telah dilakukan oleh Pengerusi PPK Bera Tuan Haji Ahmad bin Wok kepada wakil PKZ Pahang

Bagi tempuh tahun 2010 urusniaga PPK Bera adalah sebanyak RM 7,382,876 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 199,113 manakala Aset Semasa PPK Bera telah mencapai RM 1,041,831

Ketua Unit Peladang PPK Bera Terima Kad Kad Agro Kasih-i





Seramai 23 orang Ketua Unit Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah menerima Kad Agro Kasih-i Bank Pertanian Malaysia dimana penerima aakan dilindungi dibawah skim perlingungan khas pelanggan oleh pihak bank Pertanian Malaysia. Mereka merupakan kumpulan kedua menerima kad Agro Kasih-i salepas kumpulan pertana terdiri dari Jemaah Pengarah dan Anggota Pengurusan PPK Bera. Semua caruman di biayai sepenuhnya oleh pihak PPK Bera
.
Antara manafaat yang akan diperolehi oleh pemegang Kad Agri Kasih-i adalah

MANFAAT

JUMLAH DILINDUNGI

(RM)

Kematian Akibat Kemalangan

20,000

Kehilangan Upaya Kekal (Skala II)

40,000

Rawatan Perubatan:

· Akibat diragut

· Penggantian Kehilangan Dokumen

1,000

250

Pengeluaran di mesin ATM Secara Ugutan atau Paksaan (peras ugut)

500

Elaun Tunai Hospital (Sehingga 30 hari)

30.00 sehari

Elaun Ambulans (kemalangan sahaja)

200

Perbelanjaan Pengkebumian

500

Khairat Kematian (kecuali kematian akibat kemalangan)

5,000

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kali ke 34


Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 34 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas pada 18 Jun 2011 dan dirasmikan oleh Ybhg. Pengarah LPP Pahang Encik Mohammad Nazzeri bin Ramli, turut hadir di majlis tersebut Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) YH. Dato’ Mustafa Kamal bin Abdul Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Tanah Terbiar PASFA Encik Mohd Najib bin Mohd Taib serta ketua-Ketua Jabatan di bawah MOA Inc.

Beberapa cadangan yang telah diterima dan diluluskan pada mesyuarat tersebut adalah:

- Pembayaran Dividen sebanyak 10%

- Bonus/Rebet Langganan sebanyak 5%

- Kenaikan elaun perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PPK.


- para perwakilan & hadirin sedang mendengar ucpan perasmian

- usahawan ahli juga diberi ruang untuk mengadakan
promosi dan jualan sempena mesyuarat Agung Tahunan PPK

Tan Teck Whatt - Penternak Ikan Jaya (Air Tawar)


Encik Tan Teck Whatt dari Kg. Baru Kemayan, Bera adalah ahli PPK bera dari Unit Peladang Kemayan seorang pengusaha akuakultur (Ternakan Udang Galah & Ikan Tilapia) telah dipilih sebagai USAHAWAN IKAN JAYA KATOGERI AIR TAWAR PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2011. Beliau yang berasal dari Kg. Sungai Kui, Jempol sebelum mengusahakan projek akuakultur adalah merupakan pengusaha projek Tanaman Sayuran, Tanaman Jambu Madu dan Mangga Cokanan.

Memulakan projek ternakan udang galah dengan modal sebanyak RM 600,000 hasil simpanan dan pinjaman bank di kawasan seluas 3.0 hektar, sekarang ini keluasan projek ternakan beliau mencapai 6 hektar dan telah dapat mengeluarkan hasil udang galah lebih 3 metrik tan semusim (6 bulan) yang dipasarkan ke kawasan Lembah Klang dan Johor Bharu.

Disamping projek ternakan Udang Galah dan Ikan Tilapia beliau masih lagi mengusahakan projek tanaman Jambu Madu.


Abd. Khalil Husin - Peladang Muda Jaya Negeri Pahang 2011

Peladang Muda Jaya Negeri Pahang 2011 Encik Abd. Khalil bin Husin dari Unit Peladang Sri Buntar merupakan usahawan muda yang aktif, beliau telah mula bergiat dalam bidang pertanian sejak 1995 iaitu apabila tamat persekolahan sehingga peringkat SPM, dengan menyambung kerja arwah bapanya sebagai penoreh getah ditanah peninggalan arwah ayahnya di Kampung Paya Tateh seluas 1.5 hektar, beliau seterusnya menjalankan projek tanaman sayur sebagai selingan diatas tanah tersebut apabila kerja-kerja penanaman semula getah dilaksanakan. Kini beliau telah mengorak langah dengan dengan meluaskan lagi kawasan penanaman getah di beberapa tempat diatas tanah pesaka di Kg. Tebing Tinggi, Kg. Mengkarak di samping Kg. Seberang Guai seluas 14 hektar dan seterusnya menggantikan projek tanaman sayuran kepada projek tanaman pisang Kg. Paya Tateh.

Pada tahun 1998 telah diberikan kebenaran pihak Triang Estet untuk beliau mengusahakan projek ternakan lembu secara integerasi dalam ladang kelapa sawit dan seterusnya ternakan kerbau pada tahun 2004 seterusnya beliau dengan dibantu oleh ibu dan kakak telah memulakan katering secara kecil-kecilan untuk majlis-majlis keramaian dan pada tahun 2006 beliau telah berjaya membuka sebuah restoran di Bandar Triang.

Selain sebagai usahawan muda beliau juga bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan telah diberi kepercayaan untuk menduduki jawatankuasa didalam beberapa pertubuhan dan persatuan sehingga sekarang antaranya Jawatankuasa Unit Peladang Kg. Sri Buntar dan Perwakilan ke PPK & PPN (Pasfa), Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh, Jawatankuasa

Surau Kg. Sri Buntar & Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Triang, Pengerusi Badan Pengelola Tanah Perkuuburan Kg. Sri Buntar dan Jawatankuasa Badan Khairat Kematin Kg. Sri Buntar. Pengerusi Biro Belia, Kebudayaan dan Sukan JKKK Kg. Sri Buntar dan Jawatankuasa KRT Kg. Sri Buntar. Pengerusi Persatuan Belia Kg. Sri Buntar, Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Buntar, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera. Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh dan Ahli Persatuan Penternak Lembu Daerah Bera.

Beliau juga pernah menerima anugerah hasil usaha yang dilaksanakan antaranya Anugerah Pemimpin Muda Belia Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009 & Peladang Muda Jaya Derah Bera pada tahun 2010

Berahim Bedu - Peladang Jaya Lelaki Negeri Pahang 2011

Encik Berahim bin Bedu ahli PPK dari Unit Peladang sebertak telah dipilih sebagai Peladang Jaya Lelaki Negeri Pahang 2011 telah mula menceburi bidang secara tradisional bermula tahun 1998 dengan tanaman keladi Cina. Beliau terus meningkatkan pengelibatan dalam sektor pertanian dengan mengusahakan tanaman tebu, jagung dan juga limau nipis di kawasan seluas lebih 15 ekar.

Selain mengusahakan projek-projek pertanian beliau juga sedang mengusahakan ternakan lembu, kambing, ternakan puyuh serta ternakan ikan keli dalam kanvas.

Telah menubuhkan Syarikat ZS Sepakat Sdn. Bhd. agar semuai projek-projek yang diusahakan dapat diuruskan dengan baik dan berkesan.

Dengan berbekalkan azam dan semangat yang kuat beliau mengumpul modal dan mengusahakan projek beliau sendiri. Kebanyakan projek yang diusahakan beliau adalah merupakan modalnya sendiri iaitu hasil simpanan dan pinjaman dari Agro Bank, antara projek-projek yang beliau jalankan adalah

  • Aktiviti projek ternakan - lembu dan kambing
  • Aktiviti projek pertanian - tanaman kelapa sawit, jagung, pisang, tebu dan limau nipis
  • Aktiviti projek perikanan - ternakan ikan keli dalam kanvas

Beliau mengusahakan ternakan lembu lebih kurang 215 ekor dan kambing sebanyak 50 ekor dalam jangkamasa tertentu meningkat kepada 300 ekor. Manakala tanaman kelapa sawit seluas 36 ekar di kendalikan oleh 4 orang pekerja bersama dengan tanaman jagung dan tebu seluas 15 ekar. Selain dari mengusahakan ternakan lembu dan kambing, beliau juga turut menternak ikan keli dalam kanvas berhampiran dengan kediaman beliau.

Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sosial dan kemasayrakatan seperti Ahli jawatankuasa penternakan di Kampung Sebertak, Bendahari di Persatuan Perniaga Islam Pahang (PPIP) Daerah Bera, Timbalan Ketua UMNO cawangan Sebertak, Audit Dalam Koperasi Felda Sebertak Berhad, Timbalan Ketua Unit Peladang Sebertak serta perwakilan ke PPK Perwakilan ke PPN Pahang

Sepanjang tempoh beliau mengusahakan berbagai projek pertanian dan penternakan ini, beliau telah beberapa kali mendapat anugerah. Diantaranya Anugerah Penternak Contoh, Anugerah Pertandingan Kelompok dan Usahawan Terbaik, Anugerah Peladang Jaya Peringkat Daerah Bera 2010

Bagi melaksanakan transformasi pertanian beliau telah memulakan projek sampingan nenggunakan sisa pertanian seperti batang dan daun jagung bersama tinja lembu dan kambing untuk dibuat baja kompos. Beliau juga menjalankan penternakan secara intergerasi dan fidlot, makanan tambahan adalah dari sisa pertanian seperti batang jagung dan pelepah kelapa sawit yang akan dicincang/rincih.

Beliau juga telah memulakan projek menternak burung walit untuk akan datang disamping itu juga beliau kini menjadi “MENTOR’ kepada golongan belia-belia dalam penternakan burung puyuh.


- Bersama isteri

- Lawatan Ahli Parlimen Bera ke tapak projek

- Ahli Parlimenj Bera menikmati jagung bakar bersama
Pegawai Pertanian & Ahli Majlis Daerah

- Projek tanaman tebu


- Ternakan Lembu Integerasi

- Ternakan Kambing

- Ternakan Puyuh Pedaging

- Ternakan Ikan Keli 'kanvas'


- Bersama YAB Menteri Besar Pahang di HPPN
Daerah Bera 2010

Sambutan Mini MAHA Pahang 2011 - 3 Ahli PPK Bera Menang Anugerah

Seramai 44 orang pemimpin dan usahawan peladang dari PPK Bera telah menghadiri Majlis Perasmian Mini MAHA Pahang 2011 bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 28 Mei 2011. Majlis Perasmian Mini MAHA Pahang 2011 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari yang bermula pada 27 Mei hingga 29 Mei 2011.

Pada majlis tersebut 3 orang ahli PPK bera telah dipilih memenangi pertandingan peringkat Negeri Pahang iaitu

Peladang Jaya Lelaki 2011 - Encik Berahim Bedu (Unit Peladang Sebertak)

Peladang Muda Jaya 2011 - Encik Abd. Khalil bin Husin (Unit Peladang Sri Buntar)

Usahawan Ikan Jaya (Air Tawar) - Encik Tan Teek Whatt (Unit Peladang Kemayan)

Sempena MiniMAHA Pahang 2011 pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti jualan hasil pertanian segar dan diproses, jualan anak pokok hasil-hasil pertanian, ternakan, ternakair, IKS makanan serta produk-produk berasaskan pertanian lain serta pameran oleh jabatan dan agensi seperti pameran jentera, ternakan dan ternak air.


Encik Ibrahim & Encik Khalil bergambar bersama sebahagian pemenang

3 orang Ahli PPK Bera yang memenangi anugerah peringkat Negeri Pahang

Majlis Perjumpaan Projek Tanaman Nangka Madu Kg Guai

Satu majlis perjumpaan bagi membincangkan prestasi Projek Tanaman Nangka Madu di Unit Peladang Guai telah diadakan pada 8 April 2011 jam 11.30 pagi di bilik mesyuarat PPK Bera. Ia bagi membincangkan prestasi, masaalah serta isu-isu yang melibatkan projek tanaman nangka madu UP Guai yang bermula pada tahun 1999 dan di sulam semula pada tahun 2010 akibat di tenggelami banjir.

Perjumpaan tersebut telah di Pengerusikan oleh Encik Mohammad Nazzeri bin Ramli (Pengarah LPP Pahang) juga telah di hadiri oleh Tuan Hj. Mohd Rashid bin Awang (Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang LPP HQ), Puan Hanisah binti Ghazali (Penolong Pengarah Unit Buah-buahan LPP HQ), Tuan Hj. Md Kassim bin Mahmod (Timbalan Pengarah LPP Negeri Pahang), Tuan Hj. Ahmad bin Wok (Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera), Encik Razali bin Abdul Rahman (Eksekutif Cawangan Pembangunan LPP Pahang ), Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman (Pengurus Besar PPK Bera), Encik Suhaimi bin Manan (Pengerusi JKKK Kg. Guai/Pengerusi Projek), Encik Muhammad Aiman bin Omar dan Encik Abdul Hamid bin Abdul Rani (Pengurus Projek PPK Bera)

Pengarah LPP Pahang sedang mempengerusikan majlis perjumpaan

Mesyuarat Ahli MPPP Bera Bil 1/2011

Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bera telah mengadakan Mesyuarat Bil.1/2011 pada 20 Mac 2011 di Bilik Mesyuarat PPK Bera. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri Yaakob selaku Pengerusi MPPP Bera turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Bera Encik Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir yang juga Ahli MPPP Bera dan wakil LPP Pahang Encik Zaid bin Ramli.

Pada mesyuarat tersebut Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom bin Hj. Abdul Rahman yang juga Urusetia MPPP telah membentangkan lapuran prestasi Tanaman Nangka Madu yang diusahakan oleh PPK Bera

Sempena Mesyuarat MPPP Bil.1/2011 itu YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri Yaakob juga menyampaikan surat kelulusan peruntukan projek yang telah diluluskan di bawah Projek MPPP dan Projek Kecil Pertanian Parlimen kepada 62 orang penerima terdiri dari 4 katogeri projek iaitu:

- Projek Pertanian - 7 orang

- Projek Ternakan - 42 orang

- Projek Perikanan - 5 orang

- Projek IKS Makanan - 6 orang

- Projek Pemasaran - 2 orang





20110721

AHLI JEMAAH PENGARAH TAHUN 2010 - 2012

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BERA

sumber: lpp.gov.my

Nama
(Gelaran Nama/Darjah kebesaran)

Alamat

No. Kad Pengenalan

Umur

Pekerjaan

Keahlian

Tarikh Masuk
(Tahun)

Safie bin Yahya

No 45 Kg Tok Langit 28200 Bandar Bera

710704-06-5045

39

Pengerusi JKKK

1990

Ahmad bin Wok AMN, PPN, PJK

No. 203(F) Tementi, 28300 Triang Bera

520614-06-5095

58

Pengerusi JKKK

1994

Idris bin Ahamad

No.45 RPSB Kg Charuk .Puting,28040 Temerloh

600914-06-5361

50

KEMAS

1995

Md.Shabudin bin Wok.,AMN.,AMP

Pej UMNO Bera Tgkt 1 Jalan Kerayong 1 28200 Bandar Bera

620629-06-5002

59

S/U Kerja UMNO Bera

2003

Abu Bakar bin Abdul Kadir AMN, PJK

59 Kg. Sri Buntar 28300 Triang Bera

400412-06-5189

70

Pesara

1990

Zamani bin Rahim

No.1677,Rumah Guru Sk.Kemayan 28380 Kemayan, Pahang

560420-04-5279

54

Guru Besar

1984

Amran bin Silong

No.99 Lorong Tok Muda, Durian Tawar, 28200 Bandar Bera, Pahang

680901-06-5939

42

Pemandu JPJ

1984