Tahun 2013

20090714

PP Negeri Pahang

PERTUBUHAN PELADANG NEGERI (PPN)

PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PAHANG
No. 20, Bangunan LKNP,
Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09- 5156720, 09- 5158324
Faks: 09- 5156915
E-mail: ppn_phg@lpp.gov.my
Pengurus Besar : Encik Abdul Mubin bin Abdul Razak


PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK)

PPK ROMPIN
Tel: 09- 4145224 Faks: 09- 4145564
E-mail: ppk_rompin@lpp.gov.my
Web: http://peladangrompin.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Safie bin Mohd Saloki

PPK PEKAN
Tel: 09- 4269422 Faks: 09- 4260069
E-mail: ppk_pekan@lpp.gov.my
Web: http://peladangpekan.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Nor Fadzli bin Hassan

PPK MARAN
Tel: 09- 4771381 Faks: 09- 4771282
E-mail: ppk_maran@lpp.gov.my
Web: http://peladangmaran.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Ismail bin Bakar, PKC.

PPK BERA
Tel: 09- 2445237 Faks: 09- 2445075
E-mail: ppk_bera@lpp.gov.my
Web: http://peladangbera.blogspot.com/
Pengurus Besar : Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman

PPK PELANGAI
Tel: 09- 2450652 Faks: 09- 2450653
E-mail: ppk_pelangai@lpp.gov.my
Web: http://peladangpelangai.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Ghairah bin Yunus

PPK BENTONG
Tel: 09- 2221335 Faks: 09- 2226760
E-mail: ppk_bentong@lpp.gov.my
Web: http://peladangbentong.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Mohamad Nasir bin Hj. Salam

PPK TEMERLOH BARAT (LANCHANG)
Tel: 09- 2803207 Faks: 09- 2804134
E-mail: ppk_temerlohb@lpp.gov.my
Web: http://peladanglanchang.blogspot.com/
Pengurus Besar : Puan Nik Roziyana binti Nik Ya

PPK SRI KERDAU
Tel: 09- 2846388 Faks: 09- 2846429
E-mail: ppk_srikerdau@lpp.gov.my
Web: http://peladangsrikerdau.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Abdul Razak bin Kassim

PPK TEMERLOH
Tel: 09- 2951591 Faks: 09- 2965226
E-mail: ppk_temerloh@lpp.gov.my
Web: http://peladangtemerloh.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Shaari bin Harith

PPK KUANTAN
Tel: 09- 5366277 Faks: 09- 5366481
E-mail: ppk_kuantan@lpp.gov.my
Web: http://peladangkuantan.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Sidek bin Ismail

PPK KUANTAN UTARA
Tel: 09- 5135300 Faks: 09- 5135282
E-mail: ppk_kuantanu@lpp.gov.my
Web: http://peladangkuantanutara.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Mohd Najib bin Mohd Taib

PPK PULAU TAWAR
Tel: 09- 2601760 Faks: 09- 2601761
E-mail: ppk_ptawar@lpp.gov.my
Web: http://peladangpulautawar.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Jaafar Sidek bin Mohamad

PPK JERANTUT
Tel: 09- 2601766 Faks: 09- 2663810
E-mail: ppk_jerantut@lpp.gov.my
Web: http://peladangjerantut.blogspot.com/
Pengurus Besar : Puan Maharani binti Awang Ngah

PPK RAUB
Tel: 09- 3551407 Faks: 09- 3563475
E-mail: ppk_raub@lpp.gov.my
Web: http://peladangraub.blogspot.com/
Pengurus Besar : Tuan Hj. Mohd Amin bin Mohd Sidek

PPK BENTA
Tel: 09- 3238240 Faks: 09- 3230203
E-mail: ppk_benta@lpp.gov.my
Web: http://peladangbenta.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Yusni bin Mohd Razali

PPK KUALA LIPIS
Tel/Faks: 09- 3121045
E-mail: ppk_klipis@lpp.gov.my
Web: http://peladangkualalipis.blogspot.com/
Pengurus Besar : Mohd Mustaqiem bin Mamat

PPK CAMERON HIGHLANDS
Tel: 05- 4913187 Faks: 05- 4911236
E-mail: ppk_cameronh@lpp.gov.my
Web: http://peladangcameronhighlands.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik wan Salahuldin bin Wan Mohd Rashidi

PPK MERAPOH
Tel: 09- 9123954 Faks: 09- 9125914
E-mail: ppk_merapoh@lpp.gov.my
Web: http://peladangmerapoh.blogspot.com/
Penurus Besar : Encik zakaria bin Alias

PPK TEMBELING
Tel: 09- 2601870 Faks: 09- 2601872
E-mail: ppk_tembeling@lpp.gov.my
Web: http://peladangtembeling.blogspot.com/
Pengurus Besar Encik Mohammad nor bin Abu Seman

Tel: 09- 4191249 Faks: 09- 4191626
E-mail: ppk_tioman@lpp.gov.my
Web: http://peladangtioman.blogspot.com/
Pengurus Besar : Razali bin Abdul Rahman

PPK CHENOR
Tel: 09- 2987080 Faks: 09- 2987090
E-mail: ppk_chenor@lpp.gov.my
Web: http://peladangchenor.blogspot.com/
Pengurus Besar : Encik Zulkifli bin Esmail

20090708

Pos Mini Mengkarak

Kutipan Bil Enam Bulan Pertama 2009
Pos Mini Mengkarak Terus Meningkat




Urusniaga kutipan bil setempat melalui Pos Mini Mengkarak yang dibuka di Pejabat Pertubuhan Peladang Bera, Durian Tawar telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dimana jumlah kutipan bagi 6 bulan pertama (Januari – Jun) tahun 2009 adalah sebanyak RM 433,963.14 berbanding RM 171,544.74 bagi tempoh sama tahun 2008 dengan urusniaga sebanyak 6,647 bil.
Perkhidmatan mini pos berkomputer yang merupakan salah satu aktiviti sosial yang disediakan oleh PPK Bera dengan kerjasama Pos Malaysia itu telah mula beroperasi sejak 07 Januari 2008 bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat telah mendapat sambutan yang amat baik khususnya dari masyarakat di sekitar Kg. Durian Tawar, Kg. Jelam dan Pekan Mengkarak.
Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi di Pos Mini Mengkarak adalah bayaran bil-bil TNB, JBA, Telekom, Astro, Celcom, TMNet, Maxis dan Indah Water disamping jualan setem, wang pos serta urusan pos laju dan penghantaran surat.


  - pelanggan sedang membuat bayaran
    bil di kaunter pos mini.

20090705

Program Pembangunan 2009


PPK Bera Bangunkan Seluas 65 ekar Tanah Ahli Dengan Tanaman Nangka Madu

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera akan membangunkan seluas 65 ekar (27 hektar) tanah milik ahli dengan tanaman Nangka Madu bagi tahun 2009. Menurut Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom Abdul Rahman, 2 lokasi telah dipilih untuk di bangunkan pada tahun 2009 ini iaitu di Kampung Guai seluas 35 ekar iaitu projek pemulihan bagi menganggantikan projek yang telah ditenggelami banjir pada akhir 2007 yang lalu manakala di Kg. Dato’ Sri Hamzah seluas 30 ekar adalah merupakan projek baru.

Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 405,000.00 bagi membiayai kerja-kerja pembangunan projek tersebut. Projek ini akan melibatkan seramai 53 orang peserta dimana PPK Bera akan bertindak sebagai agen pengurusan. Klon nangka madu yang akan ditanam adalah CJ-USM 2000 (Mastura), CJ-3 dan CJ-6

Kerja-kerja pembangunan tapak projek (membersih kawasan) sedang giat dijalankan manakala kerja menanam dijagka dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini.


  - Tapak projek tanaman nangka di Kg. Dato' Sri Hamzah


  - Tapak projek tanaman nangka di Kg. Guai


  - Anak beneh pokok nangka sedia untuk ditanam


  - Baja organik juga telah sedia  untuk hantar ke projek

20090629

Tazkirah 01

Pertanian Adalah Perniagaan

Penduduk dunia pada masa ini berjumlah 6.6 bilion orang. Di negara kita sahaja di anggarkan mempunyai seramai 25 juta penduduk. Bagaimanapun pada akhir-akhir ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan berlaku mala petaka krisis makanan di benua dan negara tertentu. Faktor utama kejadian kekurangan makanan ini ialah kejadian bencana alam yang berterusan dan pertambahan penduduk dunia yang semakin meningkat. Kadang kala tanah-tanah pertanian ditukar menjadi kawasan penempatan penduduk yang mengakibatkan keluasan tanah-tanah pertanian semakin sempit.

Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal.

Dengan demikian bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha.

Betapa besar faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah Fardhu Kifayah. Dengan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ia bukan sahaja untuk kepentingan agama tetapi juga memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan kehidupan manusia sejagat.

Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai tanah pertanian yang subur dan sumber alam yang kaya untuk membekalkan bahan makanan dan minuman kepada penduduknya. Sumber-sumber ini bukan sahaja mencukupi untuk rakyat negara ini tetapi juga di eksport ke luar negara.

Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardhu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian amat dimurkai Allah SWT kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat yang diberikan.

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja.

dipetik dari khutbah Jumaat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Transformasi Pertanian 01

ASAS PEMBIAKAN TANAMAN

Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan. Di bawah ini diterangkan asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

Pembiakan Biji Benih

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-

 -  pokok induk yang sihat.
 -  buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak.
 -  buah yang normal.
 -  buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang.

Pembiakan Vegetatif (tampang)

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas. Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.

Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.

Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran. Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.

Kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding. Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.

Kaedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara ini kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan.

Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau komersial.

Dipetik dari Majalah Transformasi Pertanian (LPP)

20090628

Tazkirah 03

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Tazkirah 02

Kekuatan Syaitan

Kata orang kalau nak melawan musuh, kita mesti tahu kelemahan dan kekuatannya dahulu.

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري

“Sesungguhnya syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya” (Shahih Bukhari)

Keterangan:
Demikianlah dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi pancaindera, menundukkan telinga manusia agar tunduk pada hawa nafsu dan dosa, menundukkan penglihatan manusia agar ikut pada hawa nafsu dan dosa. Demikianlah panca indera manusia terus dimasuki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya hingga saban waktu syaitan makin berkuasa pada jiwanya, makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia. Makin banyak sangka buruknya, makin banyak sombongnya, makin banyak menghina hamba Allah, semakin gelap keadaan itu maka semakin sempitlah terasa kehidupannya walaupun ia dalam keluasan harta, walaupun ia dalam kemudahan, walaupun ia disanjung orang. Maka ketika jiwanya merasakan kesempitan itulah ia tidak merasakan kebahagian melainkan azab. Masya Allah! Jika di dunia lagi sudah merasakan azab, bagaimana pula hal keadaan di akhirat kelak. Na’udzu billah!

Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW “Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul Saw menjawab “Ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah?. Dan Rasul SAW menjawab ” Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah Swt sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.

Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadits riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam.

RM 32,700 Untuk Kegiatan Sosial 2008


PPK Bera Belanja RM 32,700 Untuk Kegiatan Kebajikan & Sosial Tahun 2008


Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah membelanjakan sebanyak RM 32,700 bagi menjalankan aktiviti sosial dan kebajikan untuk faedah ahli dan masyarakat setempat sepanjang tahun 2008 dimana seramai 1,332 orang ahli dan anak ahli telah mendapat faedah dari aktiviti yang telah dilaksanakan itu.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempuh tersebut adalah:

 -  Sumbangan Khairat Kematian Ahli.
 -  Sumbangan Kepada Bakal Haji
 -  Sumbangan Rawatan Hospital
 -  Sumbangan Derma Kepada Badan NGO
 -  Sumbangan Majlis Berbuka Puasa di Unit Peladang
 -  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1429H
 -  Program Latihan/Kursus Ahli
 -  Program Lawatan Sambil Belajar
 -  Dermasiswa Kepada Anak-Anak Ahli
 -  Kem Motivasi Pelajar SPM di SMK Mengkarak



1. Kem Motivasi Pelajar SPM


2. Penyampaian Sumbangan Tabung Pendidikan Kepada Anak-Anak Ahli


3. Program Lawatan Sambil Belajar ke MAHA 2008


4. Program Latihan/Kursus Ahli


5. Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1429H

Penipuan Skim Pelaburan Pertanian

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian Yang Dianjurkan Oleh Syarikat Swasta & Individu Tertentu.

Terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu sejak kebelakangan ini. Kes-kes penipuan ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam projek-projek pertanian seperti projek penanaman serai, penternakan cacing, penternakan lintah, penternakan ikan keli dan penternakan burung walit.
Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi disamping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripasa syarikat berkenaan sebagai syarat utama untuk menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
Kes-kes penipuan seperti ini telahpun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.
Sehubungan itu orang ramai khususnya ahli-ahli Pertubuhan Peladang diingatkan agar berhati-hati dengan tawaran skim pelaburan dalam projek pertanian yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta atau indivudu-individu tertentu, orang ramai juga digesa agar mendapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan dan Agensi berkaitan terlebih dahulu.

Sumber : Lembaga Pertubuhan Peladang

20090624

Jadilah Ahli Pertubuhan Peladang

Apa itu Pertubuhan Peladang?

Pertubuhan Peladang ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973. Ianya merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh masyarakat peladang. Pertubuhan Peladang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dengan mengamalkan prinsip koperasi.


Apakah Objektif Pertubuhan Peladang (PP)?

Objektif utama Pertubuhan Peladang adalah seperti di bawah:-
  - Untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahli PP.
  - Menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli PP.
  - Meningkatkan hasil pendapatan dan membaiki taraf hidup ahli-ahli PP.
  - Mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan
     bersatupadu.


Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PPK adalah seperti di bawah:-
  - Khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan projek pertanian.
  - Pembekalan input pertanian dan khidmat kejenteraan ladang dengan kos      berpatutan.
  - Pengangkutan dan pemasaran hasil-hasil pertanian.
  - Pemprosesan hasil-hasil pertanian.
  - Kredit untuk melaksanakan projek-projek perladangan, pemprosesan dan      bantuan baja padi Kerajaan Persekutuan.
  - Kebajikan daripada kegiatan-kegiatan sosial PPK.


Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi oleh ahli peladang ialah:
  - Dividen/Keuntungan tahunan (dividen atas saham)
  - Sumbangan khairat kematian ahli
  - Sumbangan rawatan hospital (masuk wad)
  - Sumbangan menunaikan haji & umrah
  - Sumbangan pernikahan ahli & anak ahli
  - Sumbangan bencana & kemalangan
  - Hadiah kecemerlangan pendidikan anak ahli
  - Menyertai program lawatan sambil belajar
  - Menyertai skim perlindungan takaful peladang berkelompok
  - Rebet tunai atas langganan
  - Mendapat khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan berhubung projek      pertanian
  - Mendapat pendapatan dengan menyertai projek-projek PPK seperti mini estet      kelapa sawit, padi dan sebagainya serta projek ternakan, ternaikair, industri kecil      dan pemprosesan makanan.
  - Berpeluang mengikut seminar, konvensyen dan kursus kemahiran dalam bidang
     pertanian, pemasaran, pemprosesan, keusahawan dan kempimpinan.
  - Boleh menyertai pertandingan seperti Peladang Jaya Lelaki, Peladang Jaya      Wanita, Peladang Muda dan lain-lain kategori sempena Hari Peladang, Penternak      dan Nelayan Kebangsaan pada setiap tahun.
  - Berpeluang menjadi pemimpin peladang melalui perwakilan ke Mesyuarat Agung
     Tahunan PPK/PPN/NAFAS.
  - Mendapat maklumat-maklumat yang terkini melalui bahan-bahan penerbitan
     Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang seperti Buletin      Peladang, Majalah Transformasi Pertanian, Peladang Jaya dan sebagainya serta      Khidmat Pengembangan Jabatan termasuk agensi-agensi lain.

                      ....... dan banyak lagi !!!!


Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  - Berumur 18 tahun dan ke atas
  - Warganegara Malaysia
  - Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
  - Menjelaskan bayaran keahlian (pendaftaran dan modal saham)
  - Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau mendapat      pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau menguasai mana-mana      daripada sektor pertanian dan ternakan


Proses Untuk Menjadi Ahli PPK
  - Dapatkan borang permohonan menjadi ahli di Pejabat PPK berdekatan anda
  - Lengkapkan borang permohonan (perlu dapatkan sokongan/pengesahan dari      Unit Peladang)
  - Kemukakan borang permohonan kepada PPK (Bagahagian Ehwal Korporat)
  - Pertimbangan dan kelulusan oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK
  - Menjelaskan bayaran-bayaran yang ditetapkan
  - Buku keahlian dikeluarkan
  - Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli

 Keterangan lanjut sila hubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera,
Tel : 09 2445237