Tahun 2013

20091201

Ibadah Korban 2009

Anggota/Kakitangan PPK Bera Anjur Program Ibadah Korban

Tarikh : 30 November 2009 / 13 Zulhiljjah 1430
Tempat : Perkarangan Pejabat PPK Bera



الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد




Sempena Hari Raya Aidiladha 1430H ini anggota dan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera telah sepakat menganjurkan ibadah korban di perkarangan PPK Bera. Penganjuran program sebegini diharap akan dapat membawa kebaikan semua anggota dan kakitangan yang sentiasa berhubungan dan berurusan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan tugas harian ia juga diharap akan dapat mengeratkan hubungan sesama anggota dan kakitangan selaras dengan hikmah ibadah korban untuk membentuk jiwa yang ikhlas seterusnya akan dapat membentuk insan yang bersyukur. Kerja penyembelihan haiwan korban telah dilakukan jam 9.00 pagi yang diketuai oleh Ustaz Mahmud, Setelah selesai kerja-kerja melapah sebahagian daging korban telah diagih-agihkan kepada masyarakat setempat manakala sebahagiannya pula dimasak untuk jamuan makan tengahari petugas dan anggota/kakitangan PPK. Walaupun program tahun ini dilaksanakan secara kecilan, ianya diharap menjadi permulaan kepada penganjuran majlis yang lebih pada masa akan datang.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِّيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”.(Surah al-Hajj: 34)

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

Bicara Tengahari MKM

Program Bicara Tengahari:
Pembudayaan Koperasi Di Kalangan
Kakitangan & Agensi Kerajaan Daerah Bera.

Seramai 3 orang anggota PPK Bera telah hadir ke Program Bicara Tengahari mengenai Pembudayaan Koperasi Di Kalangan Kakitangan Jabatan & Agensi Kerajaan Daerah Bera anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) Wilayah Timur di Dewan Cemerlang Majlis Daerah Bera pada 23 November 2009 bermula jam 8.15 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.
Program bicara tengahari ini diadakan bagi menyemai kesedaran tentang keperluan berkoperasi serta untuk membudayakan keusahawanan berkoperasi dikalangan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan.

Kursus Teknologi Nangka

Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka

Tarikh : 09 – 11 November 2009
Tempat : Taman Tasek Golf Resort, Maran

Seramai 5 orang mewakili PPK Bera telah hadir ke Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka yang telah diadakan pada 09 hingga 11 November 2009 bertempat di Taman Tasek Golf Resort, Maran anjuran LPP Negeri Pahang dan PPK Maran. 5 peserta dari PPK Bera terdiri dari Encik Mohd Sarudin Abd. Kadir dan Mohd Alwi Abd. Kadir dari Projek Nangka Kg. Guai, Encik Samad Marjan dan Encik Mohamad Sukimi dari Projek Nangka Kg. Dato’ Sri Hamzah serta Pengurus Pemasaran PPK Bera Encik Mohd Khusaini Awang.
Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman mengenai teknik/teknologi tanaman, permprosesandan pemasaran nangka madu kepada usahawan yang terlibat dengan projek tanaman nangka madu. Pembentang kertaskerja pada kursus tersebut adalah Prof. Dr. Zainal Abd. Aziz yang merupakan antara pengasas nangka madu mastura CJ 2000USM , Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan juga pihak PPK Maran. Selain pembentang kertas kerja peserta kursus juga dibawa melawat ke ladang nangka madu Kg. Luit untuk latihan praktikal, tapak semaian dan juga pusat pemprosesan nangka di Kg. Serengkam.


- Ceramah teori dalam kelas


- Latihan 'hand-on' diladang


- Penerangan mengenai pemangkasan oleh En. Jamaludin


- Penerangan mengenai pendebungaan oleh Dr. Zainal


- Peserta Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka

20091124

Program SUBUR

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

TUJUAN
  • Melaksanakan sistem baucar bagi pembelian beras subsidi untuk golongan miskin bagi menggantikan semua program subsidi beras sedia ada.
  • Memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar dan menghentikan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

LATAR BELAKANG

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak.

Program diwujudkan hasil daripada penambahbaikan program-program yang sedia ada di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan (implikasi kewangan)

Sasaran (setiap baucar yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluarga)

  • Golongan Miskin Tegar
  • Golongan Miskin
  • Golongan Mudah Miskin
  • Institusi Kebajikan


MEKANISME PELAKSANAAN

  • Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.
  • Baucar diagihkan setiap 6 bulan dan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
  • Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit mempunyai Lesen Beras Runcit sahaja. Kawalselia akan mengeluarkan arahan kepada semua peruncit supaya menerima baucar yang ditebus, sekiranya terdapat aduan peruncit enggan menerima baucar, tindakan sewajarnya akan diambil.
  • Baucar dicetak oleh Pencetak Kerajaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
  3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
  • Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Perikanan Malaysia
  • Jabatan Veterinar Malaysia
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
  • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
  • Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
  • Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)

4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:

  • Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Pejabat Daerah.
  • Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.

5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.

6. Borang permohonan ini juga boleh diperolehi melalui laman web iaitu : http://www.moa.gov.my


GARIS PANDUAN KEMISKINAN (PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH)

1. Katogeri Miskin Tegar

  • Kawasan Bandar - RM 440.00
  • Kawasan Luar Bandar - RM 420.00

2. Katogeri Miskin

  • Kawasan Bandar - RM 740.00
  • Kawasan Luar Bandar - RM 700.00

3. Katogeri Mudah Miskin

  • Kawasan Bandar - RM 1,000.00
  • Kawasan Luar Bandar - RM 1,500.00


SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN BOLEH DIBUAT MELALUI

Bilik Gerakan SUBUR,Bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniAras 2, Lot 4G1, Wisma Tani,62624 Putrajaya
Telefon: 03-8870 1734 / 03-8870 1738e-mail:
bilikops@moa.gov.my

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat)

atau

Uurusetia MPPP

Penubuhan MPPP

PENUBUHAN MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)

LATAR BELAKANG


Jemaah Menteri pada 29 April 2009 telah mengambil maklum:-

  • MOA akan menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dalam merancang, menyelaras dan memantau program / projek pertanian di setiap kawasan parlimen dan
  • Majlis ini akan melibatkan penglibatan Kerajaan, ahli politik dan swasta / NGO.

Sebanyak 222 MPPP akan diwujudkan di 222 kawasan parlimen termasuk 82 kawasan yang dikuasai pembangkang.

OBJEKTIF MPPP

  • Memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalan kawasan pertanian tentang program -program pertanian yang dilaksanakan di kawasan parlimen masing-masing.
  • Mendapatkan idea-idea berhubung dengan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan yang boleh dilaksanakan dikawasan parlimen mengambilkira sumber-sumber yang ada.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di peringkat pelaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan dengan lebih cepat dan berkesan.
  • Dapat melaporkan dengan segera segala perkembangan projek kepada pihak Kementerian.
  • Membantu agensi dibawah MOA dalam memantau pelaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan di kawasan parlimen masing-masing.

TERMA RUJUKAN MPPP

  • Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan projek pertanian
  • Memantau dan memastikan perlaksanaan projek selari dengan perancangan bagi mencapai sasaran.
  • Memastikan tidak ada pertindihan dalam perlaksanaan projek dan tiada penyelewengan dalam pemberian bantuan.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan isu-isu.

KEANGGOTAAN MPPP

  • Pengerusi - Ahli Parlimen / ADUN BN atau Ketua Parti Komponen BN bagi Parlimen yang dikuasai Pembangkang.
  • Urusetia - LPP - Semenanjung Malaysia dan Sabah
    - FAMA - Sarawak
    -TEKUN Nasional – 32 Parlimen di bandar-bandar utama
    - KADA dan MADA – Parlimen di bawah kawasan KADA dan MADA

  • Ahli-ahli - AJK MoA Inc.
    - Wakil Rakyat Barisan Nasional
    - JKKK atau JKKKP
    - NGOs seperti Persatuan Petani, Penternak dan Nelayan, Persatuan Belia dan Persatuan Alam Sekitar.

PERANAN PENGERUSI MPPP

  • Mempengerusi mesyuarat MPPP dua (2) bulan sekali
  • Membuat keputusan segala perancangan, pelaksanaan dan maklumbalas urusetia masing-masing.


PERANAN SETIAUSAHA MPPP

  • Menghubungi dan memperkenalkan diri kepada Pengerusi MPPP
  • Memastikan bilik mesyuarat yang bersesuaian
  • Mendaftarkan semua ahli-ahli MPPP dengan lengkap
  • Mengedarkan panduan format laporan / kertas mesyuarat dengan secukupnya
  • Melantik Jurulapor / Pencatat Minit
  • Mengatur penyediaan makan minum mesyuarat
  • Memastikan PA system berkeadaan baik.
  • Memberi notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat
  • Mendapatkan ’confirmation’ daripada Pengerusi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mesyuarat.
  • Semua laporan / kertas perbincangan mesti direkod dan difailkan
  • Menyerahkan dokumen mesyuarat kepada Pengerusi selewat-lewatnya sehari sebelum mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat.
  • Sebarang masalah berkaitan keanggotaan, perjalanan mesyuarat dan lain-lain boleh dirujuk kepada Sekretariat di peringkat Kementerian.
  • Urusetia perlu membuka fail khas MPPP mengikut Kod Parlimen masing-masing.
  • Sehingga kini, semua kos logistik mesyuarat (bilik mesyuarat, makan minum, ICT) ditanggung oleh agensi masing-masing yang bertindak sebagai Urusetia MPPP.

PERANAN AHLI-AHLI MPPP

  • Hadir mesyuarat MPPP
  • Memberi pendapat / idea / cadangan
  • Memantau pelaksanaan program pembangunan pertanian

PERANAN JABATAN / AGENSI

  • Menerima / menolak cadangan MPPP
  • Melaksanakan program pembangunan
  • Memberi maklumbalas kepada MPPP

20091119

Terima Kasih

Blog Peladang Bera mengucapkan terima kasih kepada Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bera [pdtbera.pahang.gov.my] kerana telah senarikan links Blog Peladang Bera dalam Direktori Daerah Bera.

Untuk melihat direktori tersebut sila klik DISINI.

20091022

Tahniah

3 Anggota PPK Bera Dipilih sebagai
Jawatankuasa KELADANG Pahang

Seramai 3 orang anggota PPK Bera dikalangan Pembantu Ehwal Ekonomi telah dipilih sebagai Jawatakuasa Kesatuan Pembantu Khidmat Peladang Semenanjung Malaysia (KELADANG) Cawangan Negeri Pahang bagi penggal 2009/2011 dalam pemilihan yang telah diadakan pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 14 pada 1 Oktober 2009 di Agro Resort Semuji, Kuantan.
Mereka yang telah dipilih adalah Mohd Khusaini bin Awang yang telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Setiausaha, Harun bin bin Sudin menang bagi jawatan Bendahari dan Rubiah binti Hj. Yahya menduduki tempat ke 4 sebagai Ahli Jawatankuasa.

20090929

Rumah Terbuka Aidilfitri 1430H

Tarikh : 24 September 2009
Tempat : Tapak Pekan Sehari Durian Tawar, Bera

Majlis Rumah Terbuka semperna Aidilfitri 1430H anjuran bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Bera dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Guai mendapat sambutan luar jangkaan apabila lebih 2,000 telah hadir ke majlis tersebut yang bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang.
orang ramai mula hadir kemajlis seawal jam 2.00 petang




orang ramai pelbagai kaum dan golongan yang hadir
di majlis rumah terbuka anjuran PPK Bera

Ais krim antara yang sentiasa menjadi
tumpuan golongan kanak-kanak

ketua unit peladang & pemimpin dari kaum cina

yang turut hadir ke majlis tersebut

VIP termasuk ADUN Kemayan, Ketua Polis Daerah Bera,

Setiausaha Majlis Daerah serta pemimpin

setempat turut hadir dimajlis tersebut



Persembahan Nyanyian lagu hari raya & nasyid
serta persembahan kebudayaan turut
memeriahkan majlis rumah terbuka

petugas di gerai duit raya


20090913

Salam Aidilfitri

PENGERUSI, AHLI JEMAAH PENGARAH, PENGURUS BESAR SERTA ANGGOTA PENGURUSAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BERA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H KEPADA SELURUH MUSLIMIN/MUSLIMAT, MAAF ZAHIR & BATIN



KAMI JUGA MENJEMPUT AHLI-AHLI PPK BERA SERTA ORANG RAMAI SAMA-SAMA HADIR KE RUMAH TERBUKA SEMPERNA AIDIL FITRI 1430H ANJURAN BERSAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG KAWASAN GUAI DAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BERA YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

24 SEPTEMBER 2009 (KHAMIS)
JAM : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
DI TAPAK PEKAN SEHARI KG. DURIAN TAWAR

ADUN Sampaikan Dividen Tunai

Majlis Penyampaian Dividen Tunai

Tarikh : 20 Ogos 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pekarangan Pejabat PPK Bera

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah mengadakan majlis penyampaian dividen tunai kepada seramai 134 orang pemilikk saham RM 200.00 dan keatas, turut disampaikan adalan Hadiah/Rebet Langganan kepada seramai 34 orang pelanggan ahli, sumbangan bagi majlis berbuka puasa kepada 23 buah masjid/surau di unit-unit peladang serta penyampaian sumbangan tabung pendidikan Pertubuhan Peladang Negeri bagi katogeri UPSR, PMR dan SPM.

Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Norol Azali Sulaiman, ADUN Kawasan Guai