Tahun 2013

20100524

Keuntungan PPK Bera Tahun 2009 Meningkat

PPK Catat Keuntungan Bersih 2009 Sebanyak RM219,822

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah berjaya mencatakan keuntungan bersih sebanyak RM 219,822 bagi urusniaga tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 2.22% berbanding tahun sebelumnya, bagaimanapun perolehan keseluruhan urusniaga PPK Bera bagi tahun 2009 telah merosot sebanyak 20.48%. Dua urusniaga utama PPK telah mengalami penurunan yang ketara iaitu perolehan Stesyen Minyak Petronas dan Pemasaran BTS Kelapa Sawit

Perbandingan perolehan PPK Bera bagi tahun 2009 dan 2008 adalah:


Gambar Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera

PPK Bera Lunas Bayaran Zakat 2009

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera Lunas Zakat Perniagaan Tahun 2009

Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah melunaskan bayaran zakat perniagaan bagi urusniaga tahun 2009 berjumlah RM 6,671.42 iaitu 73% mengikut anggaran pemilikan muslim dari RM 365,808.03 jumlah yang wajib zakat pada kadar 2.5 %
Bagi urusniaga tahun 2009, PPK Bera telah mencatat perolehan urusniaga sebanyak RM 11,279,078 iaitu penurunan sebanyak RM 2,904,295 atau 20.48 % ini disebabkan dua punca utama iaitu kesan penurunan harga petrol dan disel dan juga kesan kejatuhan keluaran hasil dan harga BTS Kelapa Sawit bagi tahun 2009. Bagaimanapun keuntungan bersih PPK Bera Tahun 2009 mencecah RM 219,822 meningkat sebanyak RM 4,783 atau 2.22%


Encik Abu Bakar Kadir sedang menyerahkan bayaran zakat kepada
Pegawai PKZ Temerloh sambil diperhatikan oleh YH. Dato' Pegawai Daerah Bera

Ahli PPK Bera Terima Subsidi Mesin & Alat Pertanian

48 Orang Ahli PPK Bera Terima Subsidi Mesin & Alat Pertanian

Seramai 48 orang ahli PPK Bera telah menerima mesin dan peralatan pertanian bernilai RM 96,328 di bawah Skim Pemilikan Jentera Kecil Ladang secara ‘Matching Grant’ Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh YH Dato’ Hj. Ahmad b. Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 PPK Bera 2010 yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Bera pada 15 Mei 2010. Secara keseluruhannya, pada tahun ini pihak kerajaan telah meluluskan sebanyak 90 permohonan oleh ahli PPK Bera untuk menerima bantuan mesin dan peralatan dibawah skim tersebut bernilai RM 302,553.

Usahawan PPK Bera adakan promosi jualan

Usahawan Ahli Adakan Jualan
Sempena Mesyuarat Agung PPK Bera

Seramai 5 usahawan ahli PPK Bera telah mengadakan jualan dan promosi produk keluaran mereka sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung TahunanKali Ke 33 PPK Bera 2010 yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Bera pada 15 Mei 2010. Mereka terdiri dari Puan Junaidah Ngah dari UP Kuala Bera (Kraftangan & Kuih Tradisional), Encik Masfol bin Kasan Raji dari UP Mayam (Kerepek Ubi Berperisa), Puan Paida Panjang dari UP Sebertak (Kuih Tradisional, Puan Noorwati Ahad dari UP Durian Tawar (Kraftangan) dan Puan Rubi Hj. Jemain (Pelaburan), turut mengadakan jualan dan promosi adalah Kelab Kebajikan Anggota PPK Bera (Jualan Anak Beneh Pokok) dan Global Microbes Sdn. Bhd. (Jualan Baja Bio Organik ‘Suburtani’)

Gerai Usahawan UP Kuala Bera

Gerai Usahawan UP Mayam

Gerai Usahawan UP Sebertak

Gerai Usahawan UP Durian Tawar

Gerai Usahawan UP Kerayong

Gerai Kelab Kebajikan Anggota PPK Bera

Gerai Baja Bio Organik

20100426

Mesyuarat Agung PPK Bera 2010 (2)

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Bera Kali Ke 33 (2010) akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh:
15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa:
9.30 pagi
Tempat:
Dewan Majlis Daerah Bera
Padang Luas, Kerayong.
Perasmian Oleh:
YH. Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud
Pegawai Daerah Bera
* Semua Perwakilan Dijemput Hadir*
KUNJUNGILAH GERAI JUALAN HASIL KELUARAN IKS AHLI & JUALAN ANAK BENIH POKOK DI PERKARANGAN DEWAN MESYUARAT
Ahli-Ahli PPK Bera yang berminat untuk membuat jualan keluaran mereka boleh hubungi PPK Bera (09 2445237), gerai percuma disediakan - tempat terhad

Mesyuarat Agung PPK Bera 2010 (1)

Mesyuarat Agung Tahunan 2010 - Pemilihan


Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Bera Kali ke 33 (2010) akan menyaksikan pemilihan semua jawatan bagi penggal 2010/2012, malah pemilihan bagi semua jawatan juga akan diadakan pada setiap peringkat Pertubuhan Peladang bermula dari jawatan di peringkat Unit Peladang, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Bagi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera seramai 142 orang perwakilan dari Unit Peladang akan membuat pilihan bagi 23 orangcalun yang akan bertanding bagi pemilihan 7 orang Ahli Jemaah Pengarah dan seramai 46 orang pula akan bertanding bagi memilih 17 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA).

Senarai 23 calon-calon bagi pemilihan 7 orang Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera Penggal 2010/2012 adalah :

  1. Abu Bakar bin Abdul Kadir (UP Sri Buntar)
  2. Adam bin Ismail (UP Kuala Triang)
  3. Ahmad bin Wok (UP Tementi)
  4. Amran bin Silong (UP Durian Tawar)
  5. Berahim bin Bedu (UP Sebertak)
  6. Chong Kim Teh (UP Kg. Baru Kerayung)
  7. Engku Ismail bin Engku Abdul Malik (UP Kerayung)
  8. Hj. Hussin bin Mat Yunus (UP Purun)
  9. Idris bin Ahamad (UP Guai)
  10. Lau Kam (UP Kemayan)
  11. Lee Keng Chau (UP Paya Lang)
  12. Hjh. Manila bin Latiff (UP Batu Papan)
  13. Mansor bin Hj. Hashim (UP Tembangau)
  14. Md. Shabudin bin Wok (UP Batu Balai/Kg. Tengah)
  15. Mohammed Desa bin Saaid (UP Mayam)
  16. Mohd Fadli bin Abdul Manaf (UP Mengkarak)
  17. Hj. Mohd Zaid bin Hj. Tumiran (UP Bukit Puchong)
  18. Safie bin Yahya (UP Seberang Guai)
  19. Sahari bin Dollah (UP Bohor Bharu)
  20. Hj. Sahhariman bin Hj. Othman (UP Kuala Bera)
  21. Soo Siew Leng (UP Triang)
  22. Hj. Tukimin bin Borhan (UP Bukit Mendi)
  23. Zamani bin Rahim (UP Dato’ Seri Hamzah)

Senarai 46 calon-calon bagi pemilihan 17 orang Perwakilan ke Mesyuarat Agung PASFA Penggal 2010/2012 adalah :

  1. Abdul Khalil bin Husin (UP Sri Buntar)
  2. Abu Bakar bin Abdul Kadir (UP Sri Buntar)
  3. Adam bin Ismail (UPKuala Triang)
  4. Hj. Ahmad bin Bulat (UP Mengkarak)
  5. Ahmad bin Long (UP Sebertak)
  6. Ahmad bin Wok (UP Tementi)
  7. Alina binti Tahidul Asmak (UP Bukit Mendi)
  8. Amran bin Silong (UP Durian Tawar)
  9. Hjh. Anita binti Hamzah (UP Kerayung)
  10. Berahim bin Bedu (UP Sebertak)
  11. Bohari bin Keria (UP Batu Papan)
  12. Chong Kim Teh (UP Kg. Baru Kerayung)
  13. Choo Meo @ Wan Choo Meo (UP Kemayan)
  14. Engku Ismail bin Engku Abdul Malik (UP Kerayung)
  15. Hamitaf bin Mustafa (UP Seberang Guai)
  16. Hj. Hussin bin Mat Yunus (UP Purun)
  17. Idris bin Ahamad (UP Guai)
  18. Jamilah binti Harun (UP Dato’ Seri Hamzah)
  19. Jamlus bin Ahmad (UP Kuala Triang)
  20. Junaidah binti Ngah (UP Kuala Bera)
  21. Hj. Kamar @ Kamaruddin bin Daud (UP Batu Balai/Kg. Tengah)
  22. Kasawari binti Md. Din (UP Bukit Puchong)
  23. Lau Kam (UP Kemayan)
  24. Law Ah Kim @ Loo Yong Suei (UP Kg. Baru Kerayung)
  25. Lee Keng Chau (UP Paya Lang)
  26. Hjh. Manila bin Latiff (UP Batu Papan)
  27. Mansor bin Hj. Hashim (UP Tembangau)
  28. Md. Shabudin bin Wok (UP Batu Balai/Kg. Tengah)
  29. Mohamed Desa bin Saaid (UP Mayam)
  30. Mohd Fadli bin Abdul Manaf (UP Mengkarak)
  31. Mohd Salleh bin Sabri (UP Mayam)
  32. Mohd. Amin bin Bakri (UP Tembangau)
  33. Othman bin Salleh (UP Purun)
  34. Rusli bin Mat Nor (UP Durian Tawar)
  35. Safie bin Yahya (UP Seberang Guai)
  36. Sahari bin Dollah (UP Bohor Bharu)
  37. Hj. Sahhariman bin Hj. Othman (UP Kuala Bera)
  38. Soo Siew Leng (UP Triang)
  39. Suhaimi bin Abd Manan (UP Guai)
  40. Tahir bin Junit (UP Bukit Puchong)
  41. Tan Lan Siang (UP Triang)
  42. Taufiq bin Abd. Hamid (UP Bohor Bharu)
  43. Hj. Tukimin bin Borhan (UP Bukit Mendi)
  44. Wong Yoke Loong (UP Paya Lang)
  45. Yaakob bin Yusof (UP Tementi)
  46. Zamani bin Rahim (UP Dato’ Seri Hamzah)

PSS Durian Tawar Diubahsuai


Stesyen Minyak Petronas (PSS) Durian Tawar yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Bera ditutup selama 8 minggu bermula 18 mac 2010 bagi kerja-kerja pengubahsuai melibatkan pembinaan bangunan baru, menggantikan tangki bahanapi serta kerja-kerja berkaitan sistem/komputer.

Dianggarkan lebih RM 1 Juta dibelanjakan oleh pihak Petrona Dagangan Berhad untuk kerja-kerja tersebut.

PSS Durian Tawar dijangka beroperasi semula pada pertengahan mei 2010.

20100316

Mesyuarat Agung UP 2010 Selesai

MESYUARAT AGUNG UP 2010 PPK BERA SELESAI

Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang 2010 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah selesai dilaksanakan sepenuhnya. Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang yang bermula pada 05 Januari 2010 di Unit Peladang Bukit Puchong dan berakhir di Unit Peladang Seberang Guai pada 11 Mac 2010. Mesyuarat Agung Unit Peladang 2010 telah menunjukkan peningkatan dalam kehadiran ahli dalam setiap kali mesyuarat yang dijalankan, bagi tahun 2010 elaun kehadiran ahli ke mesyuarat agung unit peladang telah ditetapkan sebanyak RM20.00 seorang. Tahun 2010 juga merupakan Mesyuarat Agung pemilihan jawatan bagi semua peringkat Pertubuhan Peladang bagi penggal 2010/2012. Dalam pemilihan jawatan yang telah diadakan sepanjang mesyuarat tersebut kesemua 23 orang Ketua Unit Peladang yang lalu telah dipilih semula untuk mengetuai unit peladang masing-masing.
Senarai Ketua Unit Peladang bagi penggal 2010/2012 adalah seperti berikut:

  1. UP Batu Balai/Kg. Tengah - Hj. Kamaruddin bin Daud
  2. UP Batu Papan - Bohari bin Keria
  3. UP Bohor Bharu - Sahari bin Dollah
  4. UP Bukit Mendi - Hj. Tukimin bin Borhan
  5. UP Bukit Puchong - Tahir bin Junit
  6. UP Dato’ Sri Hamzah - Zamani bin Rahim
  7. UP Durian Tawar - Sarji bin Sulaiman
  8. UP Kg. Guai - Suhaimi bin Abdul Manan
  9. UP Kemayan - Lau Kam
  10. UP Kerayong - Zakaria bin Nong
  11. UP Kg. Baru Kerayong - Law Ah Kim @ Loo Yong Suei
  12. UP Kuala Bera - Hj. Umar bin Tan Taib
  13. UP Kuala Triang - Jamlus bin Ahmad
  14. UP Mayam - Mohammed Desa bin Saaid
  15. UP Mengkarak - Hj. Mustafa bin Wok
  16. UP Paya Lang - Lee Keng Chau
  17. UP Purun - Hj. Hussin bin Mat Yunus
  18. UP Seberang Guai - Safie bin Yahya
  19. UP Sebertak - Hashim bin Saad
  20. UP Sri Buntar - Hamdan bin Abdul Jalil
  21. UP Tembangau - Mohd Amin bin Bakri
  22. UP Tementi - Yaakub bin Yusuf
  23. UP Triang - Soo Siew Leng

20100228

Skim Pemilikan Jentera Pertanian

90 Ahli PPK Bera Dapat Subsidi
Mesin & Peralatan Pertanian RM 302,554
Seramai 90 orang Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah menerima kelulusan subsidi Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Pertanian bernilai RM 302,554.00 melibatkan pembelian mesin dan peralatan pertanian seperti traktor 4 roda, Pam Air, Mist-Blower, Gergaji Berantai, Power-Sprayer, Mesin Rumput dan juga Mesin Perincih yang merupakan kelulusan tertinggi yang pernah diterima berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana sebanyak RM 162,327.00 dibayar oleh pemohon manakala baki sebanyak RM 140,227.00 pula adalah subsidi kerajaan. Skim secara 'matching-grant' yang bermula sejak empat tahun lalu merupakan usaha dan sokongan kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang dalam meningkatkan pengeluaran pertanian serta menjadikan sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara ke arah memperolehi imbangan dagangan yang positif melalui transformasi pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing dapat dilaksanakan
Langkah pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini adalah untuk menggalakkan para petani khususnya Ahli Pertubuhan Peladang untuk memiliki jentera dan peralatan sendiri bagi mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran melalui penggunaan teknologi terkini dengan menggunakan mesin dan jentera dalam pengurusan ladang masing-masing secara lebih bersistematik bagi mempercepatkan kerja para peladang dalam mengusahakan sesuatu projek pertanian seterusnya akan meningkatkan hasil pengeluaran mereka sekali gus menambah pendapatan mereka.

Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang khususnya pengusaha-pengusaha projek disaran mengambil kesempatan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan masih dialu-alukan untuk memohon skim berkenaan bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan ternakan mereka.

20100211

Tahniah

Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah, Pengurus Besar, Anggota Pengurusan serta seluruh Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera merakan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YH. Dato’ Hajjah Mariam Mas binti Yaacob, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang diatas pengurniaan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang