Tahun 2013

20100316

Mesyuarat Agung UP 2010 Selesai

MESYUARAT AGUNG UP 2010 PPK BERA SELESAI

Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang 2010 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah selesai dilaksanakan sepenuhnya. Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang yang bermula pada 05 Januari 2010 di Unit Peladang Bukit Puchong dan berakhir di Unit Peladang Seberang Guai pada 11 Mac 2010. Mesyuarat Agung Unit Peladang 2010 telah menunjukkan peningkatan dalam kehadiran ahli dalam setiap kali mesyuarat yang dijalankan, bagi tahun 2010 elaun kehadiran ahli ke mesyuarat agung unit peladang telah ditetapkan sebanyak RM20.00 seorang. Tahun 2010 juga merupakan Mesyuarat Agung pemilihan jawatan bagi semua peringkat Pertubuhan Peladang bagi penggal 2010/2012. Dalam pemilihan jawatan yang telah diadakan sepanjang mesyuarat tersebut kesemua 23 orang Ketua Unit Peladang yang lalu telah dipilih semula untuk mengetuai unit peladang masing-masing.
Senarai Ketua Unit Peladang bagi penggal 2010/2012 adalah seperti berikut:

  1. UP Batu Balai/Kg. Tengah - Hj. Kamaruddin bin Daud
  2. UP Batu Papan - Bohari bin Keria
  3. UP Bohor Bharu - Sahari bin Dollah
  4. UP Bukit Mendi - Hj. Tukimin bin Borhan
  5. UP Bukit Puchong - Tahir bin Junit
  6. UP Dato’ Sri Hamzah - Zamani bin Rahim
  7. UP Durian Tawar - Sarji bin Sulaiman
  8. UP Kg. Guai - Suhaimi bin Abdul Manan
  9. UP Kemayan - Lau Kam
  10. UP Kerayong - Zakaria bin Nong
  11. UP Kg. Baru Kerayong - Law Ah Kim @ Loo Yong Suei
  12. UP Kuala Bera - Hj. Umar bin Tan Taib
  13. UP Kuala Triang - Jamlus bin Ahmad
  14. UP Mayam - Mohammed Desa bin Saaid
  15. UP Mengkarak - Hj. Mustafa bin Wok
  16. UP Paya Lang - Lee Keng Chau
  17. UP Purun - Hj. Hussin bin Mat Yunus
  18. UP Seberang Guai - Safie bin Yahya
  19. UP Sebertak - Hashim bin Saad
  20. UP Sri Buntar - Hamdan bin Abdul Jalil
  21. UP Tembangau - Mohd Amin bin Bakri
  22. UP Tementi - Yaakub bin Yusuf
  23. UP Triang - Soo Siew Leng

20100228

Skim Pemilikan Jentera Pertanian

90 Ahli PPK Bera Dapat Subsidi
Mesin & Peralatan Pertanian RM 302,554
Seramai 90 orang Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah menerima kelulusan subsidi Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Pertanian bernilai RM 302,554.00 melibatkan pembelian mesin dan peralatan pertanian seperti traktor 4 roda, Pam Air, Mist-Blower, Gergaji Berantai, Power-Sprayer, Mesin Rumput dan juga Mesin Perincih yang merupakan kelulusan tertinggi yang pernah diterima berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana sebanyak RM 162,327.00 dibayar oleh pemohon manakala baki sebanyak RM 140,227.00 pula adalah subsidi kerajaan. Skim secara 'matching-grant' yang bermula sejak empat tahun lalu merupakan usaha dan sokongan kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang dalam meningkatkan pengeluaran pertanian serta menjadikan sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara ke arah memperolehi imbangan dagangan yang positif melalui transformasi pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing dapat dilaksanakan
Langkah pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini adalah untuk menggalakkan para petani khususnya Ahli Pertubuhan Peladang untuk memiliki jentera dan peralatan sendiri bagi mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran melalui penggunaan teknologi terkini dengan menggunakan mesin dan jentera dalam pengurusan ladang masing-masing secara lebih bersistematik bagi mempercepatkan kerja para peladang dalam mengusahakan sesuatu projek pertanian seterusnya akan meningkatkan hasil pengeluaran mereka sekali gus menambah pendapatan mereka.

Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang khususnya pengusaha-pengusaha projek disaran mengambil kesempatan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan masih dialu-alukan untuk memohon skim berkenaan bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan ternakan mereka.

20100211

Tahniah

Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah, Pengurus Besar, Anggota Pengurusan serta seluruh Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera merakan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YH. Dato’ Hajjah Mariam Mas binti Yaacob, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang diatas pengurniaan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

20100128

Tazkirah

Pertanian dan Islam

Pertanian yang merangkumi tumbuhan, ternakan, perikanan dan perhutanan adalah merupakan satu sektor ekonomi yang dinamik dan di kaitkan terutamanya dengan pengeluaran makanan. Makanan adalah merupakan keperluan asas dan sebagai asbab bagi manusia terus hidup dan tanpanya tidak mungkin manusia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.

Daripada perspektif Islam, pertanian adalah merupakan satu aktiviti yang penting dan perdagangan mengenainya juga penting. Dari segi sejarah, kita singkap balik kisah kaum SabaÕ. Di mana kaun SabaÕ ini terkenal dengan aktiviti pertaniannya dan mempunyai teknologi pertanian yang sungguh canggih. Di katakan bahawa kebun buah-buahan berbatu-batu panjangnya dan semasa penuaian buah-buahan, kaum ini hanya perlu mambawa bakul dan berjalan di bawah pokok dan mereka tahu dan dapat mengenalpasti buah mana yang masak dan akan gugur semasa itu. Mereka membina empangan empangan untuk di jadikan tali air bagi menyuburkan tanaman mereka. (namun begitu kaum ini telah di musnahkan oleh Allah S.W.T oleh kerana mereka enggan beriman dengan Allah S.W.T. dan Nabi-Nabi yang menyeru kepada mereka. Di katakan lebih kurang 13 orang Nabi-Nabi di utuskan kepada kaum SabaÕ, namun mereka enggan beriman kepada Allah S.W.T.).
Selain dari aktiviti pertanian terdapat juga satu kaum di zaman Nabi Syuib AS yang di panggil kaum atau masyarakat Madyan. Selain daripada di kenali sebagai satu masyarakat yang suka merompak, menyamun dan mereka adalah masyarakat kafir. Namun begitu masyarakat ini merupakan satu masyarakat yang arif dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimana pun masyarakat ini juga terkenal dengan cara muamalah mereka yang buruk, terutama di dalam mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli untuk meraih keuntungan yang lebih.
Dari peristiwa ini Allah S.W.T. mengutuskan Nabi Syuib AS kepada masyarakat Madyan untuk tidak berbuat demikian dan beriman kepada Allah S.W.T. (masyarakat Madyan ini juga di hapuskan oleh Allah S.W.T. kerana enggan beriman kepada Allah S.W.T. dan menerima seruan Nabi Syuib).

Daripada dua kisah di atas kita boleh membuat kesimpulan bahawa aktiviti pertanian komersial, perniagaan dan perdagangan di antara masyarakat adalah satu aktiviti yang semulajadi dan sebati di dalam kehidupan manusia. Banyak surah-surah dalam Al-Quran dan Hadith Rasulallah S.A.W. yang berkaitan dengan pertanian, perniagaan dan perdagangan yang menggalakkan manusia menceburinya. Namun begitu ianya mesti mengikut tatacara yang Allah S.W.T. redhai.

20100120

Tazkirah

Kewajipan Membayar Hutang

Islam tidak melarang seseorang itu berhutang, samada sedikit atau banyak. Cuma islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang. Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran yang mesti dijelaskan. Seseorang yang meninggal dunia, sedangkan dia masih menanggung hutang, rohnya akan tergantung-gantung sehinggalah dijelaskan hutangnya. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:
"Jiwa orang mukmin tergantung dengan hutangnya, (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau sebaliknya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya". (Riwayat At- Tarmizi)

Allah S.W.T memerintahkan supaya kita membuat perjanjian bertulis, dalam urusan hutang piutang, supaya jangan lalai untuk menjelaskannya". Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang (yang diberi tempoh) hingga kesuatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu"...... Surah Al-Baqarah ayat 282 .

Muslimin yang mulia, Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu dilehernya dan belenggu itu tidak dapat dilepaskan, kecuali hutang tersebut dibayar. Kalau tidak sempat dijelaskan ketika didunia ini, maka hutang tersebut akan terus dibawa kehari pengadilan diakhirat kelak. Ingatlah pesanan rasulullah s.a.w mengenai hal ini dengan sabdanya:
"Dan jauhkanlah diri kamu dari hutang, kerana sesungguhnya awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula adalah mengambil harta orang dengan tidak mengembalikannya". (Riwayat Al-Imam Malik)

Antara perkara yang wajib disegerakan diatas dunia ini, selain menyegerakan pengemubian jenazah dan menyegerakan perkahwinan anak perempuan yang telah dipinang orang, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar. Rasulullah menyatakan, bahawa orang yang mati Syahid pun, tidak terkecuali daripada persoalan tentang hutang. Sabda baginda yang bermaksud:
"Semua dosa orang yang mati Syahid diampuni, kecuali hutangnya". (Riwayat albahari, tarmizi, an-nisa' wa-ibnu majah).

Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia. Mereka akan ditimpa kehinaan,hilang maruahnya, tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T dan amal kebajikannya tidak diberkati. Mematuhi aku janji yang dibuat semasa berhutang sudah semestinya wajib ditunaikan. Mereka yang tidak menunaikan janji, bererti tergolong dalam perbuatan orang yang zalim. Allah S.W.T mengingatkan dengan firmannya:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian".

Surah Al-Maidah ayat 1 Sabda Rasulullah S.A.W pula:
"Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman". (Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah S.A.W sangat prihatin terhadap umatnya yang berhutang. Dalam sunan Abu Daud daripada sahabat Abu Said Al-Hudri r.a telah berkata: Rasulullah S.A.W pada suatu hari masuk kemasjid madinah. Tiba-tiba kelihatan seorang daripada kaum ansor bernama abu umamah, maka rasulullah s.a.w bersabda:
"Wahai Abu Umamah, mengapa saya lihat kamu duduk dimasjid, lain dari waktu sembahyang?". Jawab Abu Umamah": "Berbagai kesedihan dan kegurasan telah menimpa saya disebabkan hutang-hutang saya". Hendakkah kamu saya ajarkan suatu perkataan, apabila kamu katakannya, nescaya Allah S.W.T akan menghilangkan kesedihan kamu. Dan Allah S.W.T melangsaikan hutang kamu?. Saya kata: "Bahkan ya rasulullah". Maka Rasulullah S.A.W. bersabda:" Hendaklah kamu katakan diwaktu pagi dan petang doa berikut: "Wahai tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada perasaan ragu-ragu dan dukacita, aku berlindung denganmu daripada perasaan lemah dan malas. Aku berlindung denganmu daripada penakut dan kedekut. Aku berlindung denganmu daripada dibebani oleh hutang dan dikasari manusia". Kata Abu Umamah :" Saya buat apa yang diajarkan Rasulullah S.A.W. Maka Allah S.W.T menhilangkan perasaan sedih dan kebimbangan saya, dan allah s.w.t tunaikan hutang saya". (Riwayat Abu Daud) Demikianlah perhatiannya rasulullah tentang orang yang berhutang. Alangkah baiknya kalau doa ini kita amalkan setiap hari.

Sesungguhnya amat besar kesalahannya sekiranya kita cuai menjelaskan hutang kita. Ia boleh mengakibatkan lenyapnya segala pahala amal kebaikan bahkan boleh mengheret kita ke neraka. Pernah Rasulullah S.A.W. enggan menyembahyangkan jenazah,apabila diketahui si mati masih berhutang. Sehingga Saidina Ali menjamin untuk membayarnya. Alangkah nikmatnya hidup ini, sekiranya kita dapat menunaikan bayaran hutang seperti yang telah dijanjikan. Alangkah berkatnya rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita, sekiranya kita tidak mengabaikan bayaran hutang atau pinjaman daripada pihak-pihak tertentu, walaupun dibayar secara beransur-ansur. Ya allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat , sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam. Justeru kami pohon kehadratmu ya allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanafaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sumber : Khutbah Jumaat

20100106

Program Belanja dan Menang



Task Force dan semuas Rakan Niaga dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad sedang menganjurkan "Program Belanja & Menang" bermula o1 Januari 2010 dan akan berakhir 31 Mac 2010 yang melibatkan semua Stesyen Minyak Petronas di Kawasan Niaga E2, Promosi ini merupakan salah satu aktiviti bagi Kawasan Niaga E2 sessi 2009/2010.
Terbuka kepada semua pelanggan yang membuat pembelian petrol/disel serta barangan kedai berjumlah RM30 dan keatas dalam satu resit secara tunai atau menggunakan kad kredit/debit layak menyertai satu penyertaan.
Hadiah-Hadiah menarik disediakan setiap bulan merupakan barangan eletrik berjenama pensonic serta hadiah utama sebuah Motosikal Honda EX 5 Dreams.
Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan dengan mengunjungi dan berbelanja di Stesyen Minyak Petronas sebelum terlambat.
~ pesanan dari Pengurus Stesyen Minyak Petronas Durian Tawar ~
Pertubuhan Peladang Kawasan Bera

Mesyuarat Agung Unit Peladang 2010

UP Bukit Puchong Jadi Unit Peladang Pertama Adakan Mesyuarat Agung 2010

Tarikh : 05 Januari 2010
Tempat : Pejabat JKKR Felda Bukit Puchong

Unit Peladang Bukit Puchong menjadi Unit Peladang pertama di PPK Bera yang telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan unit bagi tahun 2010, mesyuarat yang diadakan pada 05/01/2010 di Pejabat JKKR Felda Bukit Puchong itu telah dihadiri oleh hampir 40 orang ahli unit peladang tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hjh. Manila Latif Ahli Jemaah Pengarah PPK manakala lapuran kemajuan PPK Bera bagi tahun 2009 telah dibentangkan oleh Pengurus Pemasaran PPK Bera Encik Mohd Khusaini Awang mewakili Pengurus Besar PPK. Pada mesyuarat tersebut Ketua Unit Peladang Encik Tahir bin Junit telah dipilih semula untuk mengetuai unit peladang Bukit Puchong bagi penggal 2010/2012.


Senarai penuh Jawatankuasa Unit Peladang Bukit Puchong bagi penggal 2010/2012 adalah:


Ketua Unit

Encik Tahir bin Junit (1981)



Timbalan Ketua Unit

Puan Sarina binti Md Salleh (2417)



Jawatankuasa Unit

Puan Kamsiah binti Mohd Saat (2572)

Encik Mat Saman bin Bakar (1972)

Encik Idris bin Zainol (19769

Encik Sangsila bin Mat Saman (2416)

Encik Jalil b in Sida (1044)



Perwakilan


Encik Tahir bin Junit (1981)

Tuan Hj. Mohd Zaid bin Hj. Tumiran (2573)

Puan Sarina binti Mohd Salleh (2417)

Encik Mohd Keswari bin Mohd Zin (1962)

Encik Mat Saman bin Bakar (1972)

Puan Kamsiah binti Mohd Saat (2572)



Calun Jemaah Pengarah


Tuan Hj. Mohd Zaid bin Hj. Tumiran (2573)

Lawatan Sambil Belajar Ke Negeri Perak

Seramai 40 orang terdiri dair Ahli Jemaah Pengarah, Ketua Unit Peladang dan Usahawan Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar ke Pertubuhan Peladang Kawasan manjung Selatan, Perak.
Peserta telah dibawa melawat ke beberapa projek yang diusahakan oleh usahawan peladang ahli PPK Manjung Selatan di sekitar pekan Lumut. Taklimat projek telah disampaikan oleh 2 orang pegawai dari PPK Manjung Selatan Encik Zainal Abidin Abd. Manas dan Encik Ghazali Abd. Wahab.





Majlis Taklimat Pencapaian PPK Bera

Tarikh : 24 Disember 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat PPK Bera

Sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Peladang PPK Bera yang telah diadakan pada 24 Disember 2009 di PPK Bera. Semua Ketua Unit Peladang telah diberikan penerangan mengenai perkembangan terkini dan pencapaian PPK Bera berakhir November 2009 yang telah disampaikan Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman, Pengurus Besar PPK Bera. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan persediaan unit-unit peladang dalam mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang Tahun 2010 disamping membincangkan perancangan unit untuk mengaktif dan membangunkan unit terutama untuk mengujudkan lebih ramai usahawan ahli yang berjaya. Dimajlis tersebut juga ketua-ketua Unit Peladang telah diserahkan Jadual Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang Tahun 2010 bersama dokumen-dokumen lain berkaitan mesyuarat agung tahunan unit peladang.
Turut hadir dimajlis penerangan tersebut adalah Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Bera Encik Abu Bakar Kadir serta beberapa Ahli Jemaah Pengarah PPK Encik Safie Yahya, Puan Saripah Syed Idrus, Encik Idris bin Ahamad dan Puan Hjh. Manila Latif. Majlis taklimat kepada Ketua-Ketua telah dipengerusikan oleh Pengurus Pemasaran PPK Bera Encik Mohd Khusaini Awang. Selesai majlis taklimat tersebut ketua-ketua unit peladang nyang hadir bersama-sama Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah serta beberapa orang usahawan ahli telah dibawa menyertai Program Lawatan Sambil Belajar Ke Negeri Perak.

Tahun Baru 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Tahun 2009 telah telahpun berlalu, apapun yang telah kita capai setakat ini itulah ukuran kemampuan kita, namun yang jelas banyak lagi harapan dan halangan sepanjang tahun 2010 yang akan sama-sama tempuhi. Memang benar jika di renungkan sejenak pencapaian kita dalam 3 tahun kebelakang (2007 – 2009) kita mungkin boleh berbangga dengan prestasi kita, tapi apakah ia akan terus cemerlang tanpa perancangan dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Pencapaian 2009 dari segi isipadu perniagaan menurun berbanding tahunn sebelumnya 2008 akibat dari penurunan harga petrol & disel dan juga kejatuhan lebih 30% harga komoditi kelapa sawit yang merupakan perolehan utama PPK Bera, bagaimanapun kita penuh yakin keuntungan kasar urusniaga 2009 akan terus kekal pada tahap melebihi RM200 ribu.
Tahun 2009 juga telah menunjukkan peningkatan ketara dalam hubungan dua hala ahli dan PPK dimana sokongan dari kalangan ahli dan masyarakat melalui penambahan modal saham dan pertambahan ahli baru adalah diluar jangkaan, pada masa yang sama juga perkhimatan dan kebajikan kepada ahli-ahli telah dapat ditingkatkan.
Apa yang diharapkan pada 2010 ini selain mengekalkan prestasi PPK dalam pencapaian urusniaga tumpuan juga akan diberi kearah peningkatan kualiti ahli terutama dalam mengujudkan lebih ramai usahawan ahli yang berjaya.
"Rakyat Didahulukan, Pertanian Diperkasakan"