Tahun 2013

20110731

Abd. Khalil Husin - Peladang Muda Jaya Negeri Pahang 2011

Peladang Muda Jaya Negeri Pahang 2011 Encik Abd. Khalil bin Husin dari Unit Peladang Sri Buntar merupakan usahawan muda yang aktif, beliau telah mula bergiat dalam bidang pertanian sejak 1995 iaitu apabila tamat persekolahan sehingga peringkat SPM, dengan menyambung kerja arwah bapanya sebagai penoreh getah ditanah peninggalan arwah ayahnya di Kampung Paya Tateh seluas 1.5 hektar, beliau seterusnya menjalankan projek tanaman sayur sebagai selingan diatas tanah tersebut apabila kerja-kerja penanaman semula getah dilaksanakan. Kini beliau telah mengorak langah dengan dengan meluaskan lagi kawasan penanaman getah di beberapa tempat diatas tanah pesaka di Kg. Tebing Tinggi, Kg. Mengkarak di samping Kg. Seberang Guai seluas 14 hektar dan seterusnya menggantikan projek tanaman sayuran kepada projek tanaman pisang Kg. Paya Tateh.

Pada tahun 1998 telah diberikan kebenaran pihak Triang Estet untuk beliau mengusahakan projek ternakan lembu secara integerasi dalam ladang kelapa sawit dan seterusnya ternakan kerbau pada tahun 2004 seterusnya beliau dengan dibantu oleh ibu dan kakak telah memulakan katering secara kecil-kecilan untuk majlis-majlis keramaian dan pada tahun 2006 beliau telah berjaya membuka sebuah restoran di Bandar Triang.

Selain sebagai usahawan muda beliau juga bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan telah diberi kepercayaan untuk menduduki jawatankuasa didalam beberapa pertubuhan dan persatuan sehingga sekarang antaranya Jawatankuasa Unit Peladang Kg. Sri Buntar dan Perwakilan ke PPK & PPN (Pasfa), Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh, Jawatankuasa

Surau Kg. Sri Buntar & Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Triang, Pengerusi Badan Pengelola Tanah Perkuuburan Kg. Sri Buntar dan Jawatankuasa Badan Khairat Kematin Kg. Sri Buntar. Pengerusi Biro Belia, Kebudayaan dan Sukan JKKK Kg. Sri Buntar dan Jawatankuasa KRT Kg. Sri Buntar. Pengerusi Persatuan Belia Kg. Sri Buntar, Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Buntar, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera. Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh dan Ahli Persatuan Penternak Lembu Daerah Bera.

Beliau juga pernah menerima anugerah hasil usaha yang dilaksanakan antaranya Anugerah Pemimpin Muda Belia Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009 & Peladang Muda Jaya Derah Bera pada tahun 2010

Berahim Bedu - Peladang Jaya Lelaki Negeri Pahang 2011

Encik Berahim bin Bedu ahli PPK dari Unit Peladang sebertak telah dipilih sebagai Peladang Jaya Lelaki Negeri Pahang 2011 telah mula menceburi bidang secara tradisional bermula tahun 1998 dengan tanaman keladi Cina. Beliau terus meningkatkan pengelibatan dalam sektor pertanian dengan mengusahakan tanaman tebu, jagung dan juga limau nipis di kawasan seluas lebih 15 ekar.

Selain mengusahakan projek-projek pertanian beliau juga sedang mengusahakan ternakan lembu, kambing, ternakan puyuh serta ternakan ikan keli dalam kanvas.

Telah menubuhkan Syarikat ZS Sepakat Sdn. Bhd. agar semuai projek-projek yang diusahakan dapat diuruskan dengan baik dan berkesan.

Dengan berbekalkan azam dan semangat yang kuat beliau mengumpul modal dan mengusahakan projek beliau sendiri. Kebanyakan projek yang diusahakan beliau adalah merupakan modalnya sendiri iaitu hasil simpanan dan pinjaman dari Agro Bank, antara projek-projek yang beliau jalankan adalah

  • Aktiviti projek ternakan - lembu dan kambing
  • Aktiviti projek pertanian - tanaman kelapa sawit, jagung, pisang, tebu dan limau nipis
  • Aktiviti projek perikanan - ternakan ikan keli dalam kanvas

Beliau mengusahakan ternakan lembu lebih kurang 215 ekor dan kambing sebanyak 50 ekor dalam jangkamasa tertentu meningkat kepada 300 ekor. Manakala tanaman kelapa sawit seluas 36 ekar di kendalikan oleh 4 orang pekerja bersama dengan tanaman jagung dan tebu seluas 15 ekar. Selain dari mengusahakan ternakan lembu dan kambing, beliau juga turut menternak ikan keli dalam kanvas berhampiran dengan kediaman beliau.

Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sosial dan kemasayrakatan seperti Ahli jawatankuasa penternakan di Kampung Sebertak, Bendahari di Persatuan Perniaga Islam Pahang (PPIP) Daerah Bera, Timbalan Ketua UMNO cawangan Sebertak, Audit Dalam Koperasi Felda Sebertak Berhad, Timbalan Ketua Unit Peladang Sebertak serta perwakilan ke PPK Perwakilan ke PPN Pahang

Sepanjang tempoh beliau mengusahakan berbagai projek pertanian dan penternakan ini, beliau telah beberapa kali mendapat anugerah. Diantaranya Anugerah Penternak Contoh, Anugerah Pertandingan Kelompok dan Usahawan Terbaik, Anugerah Peladang Jaya Peringkat Daerah Bera 2010

Bagi melaksanakan transformasi pertanian beliau telah memulakan projek sampingan nenggunakan sisa pertanian seperti batang dan daun jagung bersama tinja lembu dan kambing untuk dibuat baja kompos. Beliau juga menjalankan penternakan secara intergerasi dan fidlot, makanan tambahan adalah dari sisa pertanian seperti batang jagung dan pelepah kelapa sawit yang akan dicincang/rincih.

Beliau juga telah memulakan projek menternak burung walit untuk akan datang disamping itu juga beliau kini menjadi “MENTOR’ kepada golongan belia-belia dalam penternakan burung puyuh.


- Bersama isteri

- Lawatan Ahli Parlimen Bera ke tapak projek

- Ahli Parlimenj Bera menikmati jagung bakar bersama
Pegawai Pertanian & Ahli Majlis Daerah

- Projek tanaman tebu


- Ternakan Lembu Integerasi

- Ternakan Kambing

- Ternakan Puyuh Pedaging

- Ternakan Ikan Keli 'kanvas'


- Bersama YAB Menteri Besar Pahang di HPPN
Daerah Bera 2010

Sambutan Mini MAHA Pahang 2011 - 3 Ahli PPK Bera Menang Anugerah

Seramai 44 orang pemimpin dan usahawan peladang dari PPK Bera telah menghadiri Majlis Perasmian Mini MAHA Pahang 2011 bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 28 Mei 2011. Majlis Perasmian Mini MAHA Pahang 2011 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari yang bermula pada 27 Mei hingga 29 Mei 2011.

Pada majlis tersebut 3 orang ahli PPK bera telah dipilih memenangi pertandingan peringkat Negeri Pahang iaitu

Peladang Jaya Lelaki 2011 - Encik Berahim Bedu (Unit Peladang Sebertak)

Peladang Muda Jaya 2011 - Encik Abd. Khalil bin Husin (Unit Peladang Sri Buntar)

Usahawan Ikan Jaya (Air Tawar) - Encik Tan Teek Whatt (Unit Peladang Kemayan)

Sempena MiniMAHA Pahang 2011 pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti jualan hasil pertanian segar dan diproses, jualan anak pokok hasil-hasil pertanian, ternakan, ternakair, IKS makanan serta produk-produk berasaskan pertanian lain serta pameran oleh jabatan dan agensi seperti pameran jentera, ternakan dan ternak air.


Encik Ibrahim & Encik Khalil bergambar bersama sebahagian pemenang

3 orang Ahli PPK Bera yang memenangi anugerah peringkat Negeri Pahang

Majlis Perjumpaan Projek Tanaman Nangka Madu Kg Guai

Satu majlis perjumpaan bagi membincangkan prestasi Projek Tanaman Nangka Madu di Unit Peladang Guai telah diadakan pada 8 April 2011 jam 11.30 pagi di bilik mesyuarat PPK Bera. Ia bagi membincangkan prestasi, masaalah serta isu-isu yang melibatkan projek tanaman nangka madu UP Guai yang bermula pada tahun 1999 dan di sulam semula pada tahun 2010 akibat di tenggelami banjir.

Perjumpaan tersebut telah di Pengerusikan oleh Encik Mohammad Nazzeri bin Ramli (Pengarah LPP Pahang) juga telah di hadiri oleh Tuan Hj. Mohd Rashid bin Awang (Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang LPP HQ), Puan Hanisah binti Ghazali (Penolong Pengarah Unit Buah-buahan LPP HQ), Tuan Hj. Md Kassim bin Mahmod (Timbalan Pengarah LPP Negeri Pahang), Tuan Hj. Ahmad bin Wok (Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera), Encik Razali bin Abdul Rahman (Eksekutif Cawangan Pembangunan LPP Pahang ), Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman (Pengurus Besar PPK Bera), Encik Suhaimi bin Manan (Pengerusi JKKK Kg. Guai/Pengerusi Projek), Encik Muhammad Aiman bin Omar dan Encik Abdul Hamid bin Abdul Rani (Pengurus Projek PPK Bera)

Pengarah LPP Pahang sedang mempengerusikan majlis perjumpaan

Mesyuarat Ahli MPPP Bera Bil 1/2011

Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bera telah mengadakan Mesyuarat Bil.1/2011 pada 20 Mac 2011 di Bilik Mesyuarat PPK Bera. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri Yaakob selaku Pengerusi MPPP Bera turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Bera Encik Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir yang juga Ahli MPPP Bera dan wakil LPP Pahang Encik Zaid bin Ramli.

Pada mesyuarat tersebut Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom bin Hj. Abdul Rahman yang juga Urusetia MPPP telah membentangkan lapuran prestasi Tanaman Nangka Madu yang diusahakan oleh PPK Bera

Sempena Mesyuarat MPPP Bil.1/2011 itu YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri Yaakob juga menyampaikan surat kelulusan peruntukan projek yang telah diluluskan di bawah Projek MPPP dan Projek Kecil Pertanian Parlimen kepada 62 orang penerima terdiri dari 4 katogeri projek iaitu:

- Projek Pertanian - 7 orang

- Projek Ternakan - 42 orang

- Projek Perikanan - 5 orang

- Projek IKS Makanan - 6 orang

- Projek Pemasaran - 2 orang





20110721

AHLI JEMAAH PENGARAH TAHUN 2010 - 2012

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BERA

sumber: lpp.gov.my

Nama
(Gelaran Nama/Darjah kebesaran)

Alamat

No. Kad Pengenalan

Umur

Pekerjaan

Keahlian

Tarikh Masuk
(Tahun)

Safie bin Yahya

No 45 Kg Tok Langit 28200 Bandar Bera

710704-06-5045

39

Pengerusi JKKK

1990

Ahmad bin Wok AMN, PPN, PJK

No. 203(F) Tementi, 28300 Triang Bera

520614-06-5095

58

Pengerusi JKKK

1994

Idris bin Ahamad

No.45 RPSB Kg Charuk .Puting,28040 Temerloh

600914-06-5361

50

KEMAS

1995

Md.Shabudin bin Wok.,AMN.,AMP

Pej UMNO Bera Tgkt 1 Jalan Kerayong 1 28200 Bandar Bera

620629-06-5002

59

S/U Kerja UMNO Bera

2003

Abu Bakar bin Abdul Kadir AMN, PJK

59 Kg. Sri Buntar 28300 Triang Bera

400412-06-5189

70

Pesara

1990

Zamani bin Rahim

No.1677,Rumah Guru Sk.Kemayan 28380 Kemayan, Pahang

560420-04-5279

54

Guru Besar

1984

Amran bin Silong

No.99 Lorong Tok Muda, Durian Tawar, 28200 Bandar Bera, Pahang

680901-06-5939

42

Pemandu JPJ

1984

20110110

Popular Posts 11.01.2011

PERTAMA
90 Ahli PPK Bera Dapat SubsidiMesin & Peralatan Pertanian RM 302,554 Seramai 90 orang Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah mener...

KEDUA
Pembungkusan dan pelebelan adalah aspek yang penting sebelum aspek pengedaran. Kita selalu terlepas pandang dengan kepentingan pembungkusan ...

KETIGA
AJIB NPK Baja Paling Lengkap Tanaman Sawit Baja Ajib NPK (10:5:17:2+7.5% Ajib) adalah baja yang lengkap dengan unsur makro dan mikro berben...

KEEMPAT
a. Nama & Alamat Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, Lot,1357 Jalan Besar, Durian Tawar, 28200 Bandar Bera, Pahang Darul Makmu...

KELIMA
Kursus Teknologi & Pengurusan Tanaman Nangka Tarikh : 09 – 11 November 2009 Tempat : Taman Tasek Golf Resort, Maran Seramai ...

KEENAM
Skim Pemilikan Jentera & Peralatan Kecil Peladang Dibawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (Khidmat Sokongan Mekanisasi Ladang) ...

KETUJUH
MENJADIKAN UNIT PELADANG SEBAGAI TERAS PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI AHLI-AHLI PPK Penglibatan unit peladang sangat penting dalam menjayakan m...

KELAPAN
Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera (PPK Bera) telah menghadiri Kursus Pembungkusan Di Kota Bahru, Kelantan. Tempat: Kilang Jaafar Mek Lim...

KESEMBILAN
[1] PERTANIAN [2] TERNAKAN [3] TERNAKAIR [4] MAKANAN

KESEPULUH
Tarikh : 08 Ogos 2009 Masa : 8.30 pagi Tempat : PPK Bera Kira-kira 2 minggu sebelum umat islam dijangka mula berpuasa, semua anggota &...

Total Pageviews: 2,151

20101103

Kemaskini 4.11.2010

Maaf kerana lama tidak kemaskini Laman Blog Peladang Bera. Sedikit kemaskini telah sempat dilakukan pada hari ini 4.11.2010. Banyak bahan baru telah berjaya dikumpulkan untuk disiapkan oleh En. Mohd Khusaini bin Awang. Setelah siap semua maklumat tersebut akan disiarkan untuk dikongsi bersama. Harap bersabar.

Kepada ahli PPK Bera yang ada bahan untuk diletakkan dalam Laman Blog Peladang Bera, harap sangat dapat hubungi En. Mohd Khusaini bin Awang. Secara beransur-ansur bahan-bahan tersebut akan cuba disiarkan oleh En. Mohd Khusaini bin Awang.

En. Mohd Khusaini bin Awang

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
[http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-1.htm]

20100729

Statistik 'Counter'

Pada 4 Mei 2009 telah Blog Peladang Bera telah didaftarkan dengan blogmalaysia.com bagi mengesan prestasi Blog Peladang Bera. Sehingga kini telah ada 18 hits untuk Blog Peladang Bera. Untuk melihatnya anda boleh klik DISINI.

Pada hari ini 30.7.2010, Blog Peladang Bera telah didaftarkan dengan www.histats.com. Melalui histats ini prestasi Blog Peladang Bera boleh dinilai melalui:
-Visit today
-Visits
-Page today
-Pages
-Online

Selain itu terima kasih juga diucapkan pada Jejaka Desa, Insan Kerdis dan Rachel Jun kerana menjadi 'Followers' Blog Peladang Bera.

20100626

Majlis Mesra AJP & Anggota

Bagi meningkatkan lagi hubungan sedia ada antara Jemaah Pengarah dan Pengurusan, Pihak PPK Bera telah mengadakan majlis makan malam melibat Ahli-Ahli Jemaah Pengarah dan Anggota /Kakitangan PPK lantikan LPP & PPK serta ahli-ahli keluarga. Anggota pengurusan telah menyediakan sendiri makanan secara gotong royong untuk program tersebut bermula dari sejak petang. Jamuan Makan Malam tersebut telah diadakan diperkarangan pejabat PPK Bera.


menyediakan makanan secara gotong royong dalam satu keluarga
menikmati hidangan yang disediakan penuh semangat kekeluargaan