Tahun 2013

20090809

Taman Negara

Tarikh : 08 Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PPK Bera


Kira-kira 2 minggu sebelum umat islam dijangka mula berpuasa, semua anggota & kakitangan PPK Bera telah bersepakat untuk bercuti bersama keluarga di Taman Negara, Kuala Tahan. Satelah semua persiapan dibuat, kami bertolak dari PPK Bera tepat jam 8.30 pagi... , singgah di Bandar Jerantut untuk membeli keperluan makanan kerana kami telah sepakat untuk memasak sendiri sepanjang tempuh percutian keluarga.

perjalanan secara konvoi ke Kuala tahan

tiba di Kuala Tahan kira-kira jam 12.00 tengahari, terus check-in di Agoh Chalet milik bekas Penolong Pegawai Daerah Temerloh berhampiran jeti ke Taman Negara

selesai ckeck-in kami terus menikmati makan tengahari yang dibawa (bekal) oleh setiap keluarga, nak jimatkan masa... lagipun penat juga kerana perjalanan dari Bera mengambil masa kurang lebih 2 jam untuk sampai ke Kuala Tahan


kalau dah penat & lapar semuanya sedap.... pelbagai lauk disediakan termasuk patin masak tempoyak... terangkat habis....


..... dan inilah dia juara makan paling banyak..

No comments: