Tahun 2013

20091124

Program SUBUR

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

TUJUAN
  • Melaksanakan sistem baucar bagi pembelian beras subsidi untuk golongan miskin bagi menggantikan semua program subsidi beras sedia ada.
  • Memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar dan menghentikan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

LATAR BELAKANG

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak.

Program diwujudkan hasil daripada penambahbaikan program-program yang sedia ada di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan (implikasi kewangan)

Sasaran (setiap baucar yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluarga)

  • Golongan Miskin Tegar
  • Golongan Miskin
  • Golongan Mudah Miskin
  • Institusi Kebajikan


MEKANISME PELAKSANAAN

  • Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.
  • Baucar diagihkan setiap 6 bulan dan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
  • Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit mempunyai Lesen Beras Runcit sahaja. Kawalselia akan mengeluarkan arahan kepada semua peruncit supaya menerima baucar yang ditebus, sekiranya terdapat aduan peruncit enggan menerima baucar, tindakan sewajarnya akan diambil.
  • Baucar dicetak oleh Pencetak Kerajaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
  3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
  • Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Perikanan Malaysia
  • Jabatan Veterinar Malaysia
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
  • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
  • Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
  • Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)

4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:

  • Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Pejabat Daerah.
  • Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.

5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.

6. Borang permohonan ini juga boleh diperolehi melalui laman web iaitu : http://www.moa.gov.my


GARIS PANDUAN KEMISKINAN (PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH)

1. Katogeri Miskin Tegar

  • Kawasan Bandar - RM 440.00
  • Kawasan Luar Bandar - RM 420.00

2. Katogeri Miskin

  • Kawasan Bandar - RM 740.00
  • Kawasan Luar Bandar - RM 700.00

3. Katogeri Mudah Miskin

  • Kawasan Bandar - RM 1,000.00
  • Kawasan Luar Bandar - RM 1,500.00


SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN BOLEH DIBUAT MELALUI

Bilik Gerakan SUBUR,Bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniAras 2, Lot 4G1, Wisma Tani,62624 Putrajaya
Telefon: 03-8870 1734 / 03-8870 1738e-mail:
bilikops@moa.gov.my

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat)

atau

Uurusetia MPPP

Penubuhan MPPP

PENUBUHAN MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)

LATAR BELAKANG


Jemaah Menteri pada 29 April 2009 telah mengambil maklum:-

  • MOA akan menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dalam merancang, menyelaras dan memantau program / projek pertanian di setiap kawasan parlimen dan
  • Majlis ini akan melibatkan penglibatan Kerajaan, ahli politik dan swasta / NGO.

Sebanyak 222 MPPP akan diwujudkan di 222 kawasan parlimen termasuk 82 kawasan yang dikuasai pembangkang.

OBJEKTIF MPPP

  • Memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalan kawasan pertanian tentang program -program pertanian yang dilaksanakan di kawasan parlimen masing-masing.
  • Mendapatkan idea-idea berhubung dengan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan yang boleh dilaksanakan dikawasan parlimen mengambilkira sumber-sumber yang ada.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di peringkat pelaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan dengan lebih cepat dan berkesan.
  • Dapat melaporkan dengan segera segala perkembangan projek kepada pihak Kementerian.
  • Membantu agensi dibawah MOA dalam memantau pelaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan di kawasan parlimen masing-masing.

TERMA RUJUKAN MPPP

  • Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan projek pertanian
  • Memantau dan memastikan perlaksanaan projek selari dengan perancangan bagi mencapai sasaran.
  • Memastikan tidak ada pertindihan dalam perlaksanaan projek dan tiada penyelewengan dalam pemberian bantuan.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan isu-isu.

KEANGGOTAAN MPPP

  • Pengerusi - Ahli Parlimen / ADUN BN atau Ketua Parti Komponen BN bagi Parlimen yang dikuasai Pembangkang.
  • Urusetia - LPP - Semenanjung Malaysia dan Sabah
    - FAMA - Sarawak
    -TEKUN Nasional – 32 Parlimen di bandar-bandar utama
    - KADA dan MADA – Parlimen di bawah kawasan KADA dan MADA

  • Ahli-ahli - AJK MoA Inc.
    - Wakil Rakyat Barisan Nasional
    - JKKK atau JKKKP
    - NGOs seperti Persatuan Petani, Penternak dan Nelayan, Persatuan Belia dan Persatuan Alam Sekitar.

PERANAN PENGERUSI MPPP

  • Mempengerusi mesyuarat MPPP dua (2) bulan sekali
  • Membuat keputusan segala perancangan, pelaksanaan dan maklumbalas urusetia masing-masing.


PERANAN SETIAUSAHA MPPP

  • Menghubungi dan memperkenalkan diri kepada Pengerusi MPPP
  • Memastikan bilik mesyuarat yang bersesuaian
  • Mendaftarkan semua ahli-ahli MPPP dengan lengkap
  • Mengedarkan panduan format laporan / kertas mesyuarat dengan secukupnya
  • Melantik Jurulapor / Pencatat Minit
  • Mengatur penyediaan makan minum mesyuarat
  • Memastikan PA system berkeadaan baik.
  • Memberi notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat
  • Mendapatkan ’confirmation’ daripada Pengerusi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mesyuarat.
  • Semua laporan / kertas perbincangan mesti direkod dan difailkan
  • Menyerahkan dokumen mesyuarat kepada Pengerusi selewat-lewatnya sehari sebelum mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat.
  • Sebarang masalah berkaitan keanggotaan, perjalanan mesyuarat dan lain-lain boleh dirujuk kepada Sekretariat di peringkat Kementerian.
  • Urusetia perlu membuka fail khas MPPP mengikut Kod Parlimen masing-masing.
  • Sehingga kini, semua kos logistik mesyuarat (bilik mesyuarat, makan minum, ICT) ditanggung oleh agensi masing-masing yang bertindak sebagai Urusetia MPPP.

PERANAN AHLI-AHLI MPPP

  • Hadir mesyuarat MPPP
  • Memberi pendapat / idea / cadangan
  • Memantau pelaksanaan program pembangunan pertanian

PERANAN JABATAN / AGENSI

  • Menerima / menolak cadangan MPPP
  • Melaksanakan program pembangunan
  • Memberi maklumbalas kepada MPPP

20091119

Terima Kasih

Blog Peladang Bera mengucapkan terima kasih kepada Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bera [pdtbera.pahang.gov.my] kerana telah senarikan links Blog Peladang Bera dalam Direktori Daerah Bera.

Untuk melihat direktori tersebut sila klik DISINI.