Tahun 2013

20091124

Penubuhan MPPP

PENUBUHAN MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN KAWASAN PARLIMEN (MPPP)

LATAR BELAKANG


Jemaah Menteri pada 29 April 2009 telah mengambil maklum:-

  • MOA akan menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dalam merancang, menyelaras dan memantau program / projek pertanian di setiap kawasan parlimen dan
  • Majlis ini akan melibatkan penglibatan Kerajaan, ahli politik dan swasta / NGO.

Sebanyak 222 MPPP akan diwujudkan di 222 kawasan parlimen termasuk 82 kawasan yang dikuasai pembangkang.

OBJEKTIF MPPP

  • Memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalan kawasan pertanian tentang program -program pertanian yang dilaksanakan di kawasan parlimen masing-masing.
  • Mendapatkan idea-idea berhubung dengan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan yang boleh dilaksanakan dikawasan parlimen mengambilkira sumber-sumber yang ada.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di peringkat pelaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan dengan lebih cepat dan berkesan.
  • Dapat melaporkan dengan segera segala perkembangan projek kepada pihak Kementerian.
  • Membantu agensi dibawah MOA dalam memantau pelaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan di kawasan parlimen masing-masing.

TERMA RUJUKAN MPPP

  • Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan projek pertanian
  • Memantau dan memastikan perlaksanaan projek selari dengan perancangan bagi mencapai sasaran.
  • Memastikan tidak ada pertindihan dalam perlaksanaan projek dan tiada penyelewengan dalam pemberian bantuan.
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan isu-isu.

KEANGGOTAAN MPPP

  • Pengerusi - Ahli Parlimen / ADUN BN atau Ketua Parti Komponen BN bagi Parlimen yang dikuasai Pembangkang.
  • Urusetia - LPP - Semenanjung Malaysia dan Sabah
    - FAMA - Sarawak
    -TEKUN Nasional – 32 Parlimen di bandar-bandar utama
    - KADA dan MADA – Parlimen di bawah kawasan KADA dan MADA

  • Ahli-ahli - AJK MoA Inc.
    - Wakil Rakyat Barisan Nasional
    - JKKK atau JKKKP
    - NGOs seperti Persatuan Petani, Penternak dan Nelayan, Persatuan Belia dan Persatuan Alam Sekitar.

PERANAN PENGERUSI MPPP

  • Mempengerusi mesyuarat MPPP dua (2) bulan sekali
  • Membuat keputusan segala perancangan, pelaksanaan dan maklumbalas urusetia masing-masing.


PERANAN SETIAUSAHA MPPP

  • Menghubungi dan memperkenalkan diri kepada Pengerusi MPPP
  • Memastikan bilik mesyuarat yang bersesuaian
  • Mendaftarkan semua ahli-ahli MPPP dengan lengkap
  • Mengedarkan panduan format laporan / kertas mesyuarat dengan secukupnya
  • Melantik Jurulapor / Pencatat Minit
  • Mengatur penyediaan makan minum mesyuarat
  • Memastikan PA system berkeadaan baik.
  • Memberi notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat
  • Mendapatkan ’confirmation’ daripada Pengerusi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mesyuarat.
  • Semua laporan / kertas perbincangan mesti direkod dan difailkan
  • Menyerahkan dokumen mesyuarat kepada Pengerusi selewat-lewatnya sehari sebelum mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat.
  • Sebarang masalah berkaitan keanggotaan, perjalanan mesyuarat dan lain-lain boleh dirujuk kepada Sekretariat di peringkat Kementerian.
  • Urusetia perlu membuka fail khas MPPP mengikut Kod Parlimen masing-masing.
  • Sehingga kini, semua kos logistik mesyuarat (bilik mesyuarat, makan minum, ICT) ditanggung oleh agensi masing-masing yang bertindak sebagai Urusetia MPPP.

PERANAN AHLI-AHLI MPPP

  • Hadir mesyuarat MPPP
  • Memberi pendapat / idea / cadangan
  • Memantau pelaksanaan program pembangunan pertanian

PERANAN JABATAN / AGENSI

  • Menerima / menolak cadangan MPPP
  • Melaksanakan program pembangunan
  • Memberi maklumbalas kepada MPPP

No comments: