Tahun 2013

20090618

Skim Pemilikan Jentera

Skim Pemilikan Jentera & Peralatan Kecil Peladang Dibawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (Khidmat Sokongan Mekanisasi Ladang)





Objektif Skim

- Membolehkan sektor pertanian dapat ditransformasikan ke arah lebih moden, dinamik dan berdaya saing.
- Menggalakkan pemilikan sendiri jentera dan peralatan kecil di kalangan para peladang, peserta mini estet dan kelompok supaya dapat mengurangkan kos, tingkatkan produktiviti dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ’servis provider’.
- Dapat menggunakan sumber tanah secara maksima dan menarik minat pengusaha dalam sektor pertanian.
- Merupakan usaha dan sokongan kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran pertanian dan menjadikan sektor ini sebagai penjana ekonomi negara dan memperolehi imbangan dagangan yang positif.


Skop Pembiayaan

- Merangkumi pembiayaan kos untuk memiliki jentera, peralatan dan kemudahan dalam pengeluaran pertanian oleh para peladang.
- Pembiayaan dalam bentuk mesin dan peralatan jentera dan bukan dalam bentuk wang tunai.
- Jenis-jenis jentera dan peralatan yang terlibat dibiayai termasuklah traktor 4 roda (recondition), traktor 2 roda, garden triller, power sprayer, penyembur baja/benih, pam air dan lain-lain jentera dan peralatan yang sesuai digunakan samada bagi projek pengeluaran tanaman.


Fokus & Keutamaan Pembiayaan

- Projek yang dilaksanakansecara koperasi, kelompok, moni estet, berkumpulan dan ahli-ahli dalam kelompok bagi aktiviti tanaman yang diselaraskan perlaksanaannya oleh PPK.
- Aktiviti yang menyokong kepada ’Balance of Trade’ (BOT) dan ’High Impact Project’ (HIP) Moa Inc. seperti ladang kontrak, projek padi kearah 10 tan metric/hektar, Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) dan lain-lain.
- Aktiviti pengeluaran yang berkaitan dengan aktiviti hiliran PPK seperti kilang padi dan lain-lain.


Syarat Permohonan

- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
- Menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Permohonan skim terdiri daripada pengusaha/usahawan, peserta kelompok, mini estet dan kumpulan peladang. Keutamaan kepada peserta kelompok/mini estet.
- Jentera yang dipohon bersesuaian dengan projek yang diusahakan dan pengusaha mengusahakan projek pertanian secara langsung/berterusan.
- Setiap pemohon yang berjaya hanya dibenarkan memohon semula dalam tempoh 5 tahun.
- Mempunyai kemampuan menyediakan sebahagian dari kos yang diperlukan.
- Keutamaan bagi yang memasarkan hasil melalui PPK dimana potongan bayaran balik (potong meja) boleh dibuat.
- Setiap permohonan disokong oleh Pengerusi JKKK dan disahkan oleh Pengerusi PPK, Pengurus Besar PPK dan Ketua Unit Peladang.
- Permohonan atas nama syarikat dan perkongsian perniagaan tidak diterima.


Had Pembiayaan

- Maksimum RM 10,000.00 bagi setiap pengusaha (RM 5,000 dibawah bantuan kerajaan), bagi peserta kelompok, mini estet dan kumpulan peladang had maksimum bersamaan dengan b ilangan empat (4) permohonan individu.
- Had maksimun bilangan jentera dan peralatan bagi individu adalah sebanyak dua (2) unit dan empat (4) unit bagi kelompok, mini estet dan kumpulan peladang.


Kaedah Pembiayaan

- Pembiayaan skim ini adalah secara ’matching grant’ iaitu 50% pembiayaan ditanggung oleh kerajaan dan 50% lagi dibiayai sendiri (peladang).
- Tiada faedah atau kos kewangan yang dikenakan.


Cara Memohon

- Semua permohonan perlu dibuat melalui borang yang disediakan dan boleh didapati di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), LPP Negeri, Pejabat Pegawai Peladang Daerah (PPD) dan Sub-centre PPK.
- Semua permohonan perlu dibuat melalui PPK dan disokong oleh Pengerusi JKKK serta disahkan oleh Pengerusi PPK, Pengurus Besar PPK dan Ketua Unit Peladang.
- PPK akan memanjangkan semua permohonan yang lengkap ke LPP Negeri untuk pertimbangan selanjutnya.


Untuk keterangan lanjut mengenai skim ini sila hubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, Tel : 09 2445237.

No comments: