Tahun 2013

20090624

Jadilah Ahli Pertubuhan Peladang

Apa itu Pertubuhan Peladang?

Pertubuhan Peladang ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973. Ianya merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh masyarakat peladang. Pertubuhan Peladang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dengan mengamalkan prinsip koperasi.


Apakah Objektif Pertubuhan Peladang (PP)?

Objektif utama Pertubuhan Peladang adalah seperti di bawah:-
  - Untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahli PP.
  - Menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli PP.
  - Meningkatkan hasil pendapatan dan membaiki taraf hidup ahli-ahli PP.
  - Mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan
     bersatupadu.


Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PPK adalah seperti di bawah:-
  - Khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan projek pertanian.
  - Pembekalan input pertanian dan khidmat kejenteraan ladang dengan kos      berpatutan.
  - Pengangkutan dan pemasaran hasil-hasil pertanian.
  - Pemprosesan hasil-hasil pertanian.
  - Kredit untuk melaksanakan projek-projek perladangan, pemprosesan dan      bantuan baja padi Kerajaan Persekutuan.
  - Kebajikan daripada kegiatan-kegiatan sosial PPK.


Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?

Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi oleh ahli peladang ialah:
  - Dividen/Keuntungan tahunan (dividen atas saham)
  - Sumbangan khairat kematian ahli
  - Sumbangan rawatan hospital (masuk wad)
  - Sumbangan menunaikan haji & umrah
  - Sumbangan pernikahan ahli & anak ahli
  - Sumbangan bencana & kemalangan
  - Hadiah kecemerlangan pendidikan anak ahli
  - Menyertai program lawatan sambil belajar
  - Menyertai skim perlindungan takaful peladang berkelompok
  - Rebet tunai atas langganan
  - Mendapat khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan berhubung projek      pertanian
  - Mendapat pendapatan dengan menyertai projek-projek PPK seperti mini estet      kelapa sawit, padi dan sebagainya serta projek ternakan, ternaikair, industri kecil      dan pemprosesan makanan.
  - Berpeluang mengikut seminar, konvensyen dan kursus kemahiran dalam bidang
     pertanian, pemasaran, pemprosesan, keusahawan dan kempimpinan.
  - Boleh menyertai pertandingan seperti Peladang Jaya Lelaki, Peladang Jaya      Wanita, Peladang Muda dan lain-lain kategori sempena Hari Peladang, Penternak      dan Nelayan Kebangsaan pada setiap tahun.
  - Berpeluang menjadi pemimpin peladang melalui perwakilan ke Mesyuarat Agung
     Tahunan PPK/PPN/NAFAS.
  - Mendapat maklumat-maklumat yang terkini melalui bahan-bahan penerbitan
     Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang seperti Buletin      Peladang, Majalah Transformasi Pertanian, Peladang Jaya dan sebagainya serta      Khidmat Pengembangan Jabatan termasuk agensi-agensi lain.

                      ....... dan banyak lagi !!!!


Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  - Berumur 18 tahun dan ke atas
  - Warganegara Malaysia
  - Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
  - Menjelaskan bayaran keahlian (pendaftaran dan modal saham)
  - Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau mendapat      pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau menguasai mana-mana      daripada sektor pertanian dan ternakan


Proses Untuk Menjadi Ahli PPK
  - Dapatkan borang permohonan menjadi ahli di Pejabat PPK berdekatan anda
  - Lengkapkan borang permohonan (perlu dapatkan sokongan/pengesahan dari      Unit Peladang)
  - Kemukakan borang permohonan kepada PPK (Bagahagian Ehwal Korporat)
  - Pertimbangan dan kelulusan oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK
  - Menjelaskan bayaran-bayaran yang ditetapkan
  - Buku keahlian dikeluarkan
  - Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli

 Keterangan lanjut sila hubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera,
Tel : 09 2445237

2 comments:

Unknown said...

Boleh tau berapa bayaran??

Unknown said...

Berapa yuran ahli