Tahun 2013

20090721

Transformasi Pertanian 3

AJIB NPK Baja Paling Lengkap Tanaman Sawit
Baja Ajib NPK (10:5:17:2+7.5% Ajib) adalah baja yang lengkap dengan unsur makro dan mikro berbentuk Kristal serta larut dalam air. Baja ini amat istemewa kerana mengandungi pengaktif enzim untuk menggalakan pembentukan tandan (bunga betina) dan debunga (bunga jantgan) yang subur. Baja ini telah diformulasikan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) berdasarkan kandungan unsur-unsur yang terkandung dalam tanah di Malaysia serta keperluan makanan yang diperlukan oleh pokok.

Menurut laporan penyelidikan saintifik nutrien-nutrien terpilih yang terkandung dalam baja Ajib NPK bukan sahaja boleh meningkatkan hasil sawit malah juga boleh meningkatkan lignifikasi yang merupakan bahan semulajadi biokimia dalam pokok bagi meningkatkan ketahanan tisu tanaman dari serangan kulat dan penyakit.

Keunggulan Ajib NPK

1. Meningkatkan aktiviti enzim
2. Meningkatkan klorofil dan kadar fotosintesis
3. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga)
4. Meningkatkan berat dan bilangan tandan sawit
5. Meningkatkan kadar perahan minyak (OER)
6. Meningkatkan ketahanan terhadap penyakit
7. Baja lengkap dengan unsur MAKRO dan MIKRO
8. Menambahkan pendapatan

Testimoni di ladang Tebuk Berihun, Sabak Bernam menunjukkan petani yang menggunakan Ajib memperolehi hasil 30 metrik tan sehektar setahun, malah ada yang mencecah hasil 48 metrik tan sehektar setahun dan telah pilih sebagai Juara Hasil Tertinggi Negara Tahun 2007

Cara Membaja

1. Tabur baja AJIB NPK sebaik sahaja sebelum musim hujan bermula.
2. Pokok belum matang iaitu kurang 5 tahun, taburkan baja AJIB NPK dibawah kanopi pokok sawit.
3. Pokok Matang iaitu 5 tahun dan keatas, tabvurkan baja AJIB NPK diatas timbunan pelepah sawit.

Kadar Penggunaan Baja

Tanah Pendalaman
- Umur 1 tahun - 600 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 2 tahun - 1.2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 3 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 4 tahun - 2.5 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 5 tahun - 2.7 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 6 tahun keatas - 3 kilo / pokok x 3 kali setahun

Tanah Gambut/Lanar Laut
- Umur 1 tahun - 500 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 2 tahun - 1.2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 3 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 4 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 5 tahun - 2.5 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 6 tahun keatas - 2.7 kilo / pokok x 3 kali setahun

Tanah Berpasir
- Umur 1 tahun - 600 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 2 tahun - 900 gram / pokok x 3 kali setahun
- Umur 3 tahun - 2 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 4 tahun - 2.5 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 5 tahun - 2.7 kilo / pokok x 3 kali setahun
- Umur 6 tahun keatas - 3 kilo / pokok x 3 kali setahun












Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
PPK Bera (Bahagian Perniagaantani) Tel: 09-2445237

2 comments:

Anonymous said...

boleh saya tahu untuk anak pokok kelapa sawit yang berumur 5bulan,berapakah kuantiti baja ajib yabg diperlukan?Dan berapa kalikah ia perlu dibaja?adakah pada tiap2 bulan?Dan jika menggunakan NPK biasa,berapakah kuantiti urea:mop:tsp yang diperlukan untuk anak pokok sawit 5 bulan dan kekerapan nya?

Unknown said...

siapakah pembekal baja ajib di kuching?jika ada dimanakah tempatnya?sekiranya tiada,bagaimanakah ingin mendapat bekalan baja tersebut dari semenanjung?