Tahun 2013

20090719

Transformasi Pertanian 2

MENJADIKAN UNIT PELADANG SEBAGAI

TERAS PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI AHLI-AHLI PPK

Penglibatan unit peladang sangat penting dalam menjayakan matlamat tranformasi pertanian.


LATAR BELAKANG PERTANIAN MASA KINI

a. Sumbangan sektor pertanian khususnya sektor kecil makanan kepada KDNK negara masih rendah.

b. Sektor pertanian kecil menghadapi berbagai masaalah:
- Saiz pemilikan tanah yang kecil
- Petani yang berumur (contoh: purata umur petani dalam lengkongan 50-60 thn
- Teknologi rendah
- Produktiviti rendah
- Tenaga Buruh yang kurang
- Pemasaran tidak terjamin
- Modal tidak mencukupi
- Aktiviti pertanian berisiko tinggi

c. Cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh pertanian:
- Mengeluar makanan yang cukup untuk negara.
- Mengurangkan import makanan yang tinggi.
- Menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu penyumbang utama kepada KDNK negara setanding dengan sektor pembuatan dan perindustrian.
- Cabaran liberalisasi perdagangan
- WTO
- AFTA
- Perlu berdaya saing dari segi harga dan mutu
- Meningkatkan pendapatan penduduk luarbandar

PERANAN PPK DALAM MENCAPAI DALAM MATLAMAT DIATAS

a. Sangat penting dalam membantu petani-petani kecil yang serba kekurangan untuk mencapai
matlamat diatas.
b. PPK bertindak sebagai pengembeling peladang dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan
yang diperlukan oleh peladang dalam mengusahakan aktiviti pertanian meraka seperti bekalan
input, kredit, pemasaran, pengangkutan, kejenteraan dan sebagainya.
c. Peranan koperasi pertanian terbukti berkesan dalam membangunkan sektor pertanian di Jepun.
Korea dan Taiwan. Sebagai contoh 40% pemasaran hasil pertanian di Korea Selatan dikendalikan oleh koperasi pertanian.
d. Saranan YAB Perdana Menteri:
- Koperasi pertanian perlu contohi koperasi di Jepun, Korea dan Taiwan.
- Kementerian Pertanian perlu tingkatkan peranan koperasi pertanian
- Tingkatkan kecekapan kakitangan koperasi.
e. Saranan YB Menteri Pertanian :
- Pertubuhan Peladang beri kepimpinan kepada peladang sebagai agen perubahan yang cekap.
- Kaji keupayaan pegawai diakar umbi.
- Tingkatkan peranan pertubuhan peladang:
- Dinamik.
- Membela ahli.
- Susun jentera organisasi.
- Pegawai-pegawai turun ke padang.

f. Fokus harus diberi kepada membangunkan ahli-ahli peladang. Pertubuhan peladang hanyalah
sebagi alat (means) untuk capai matlamat tersebut.

PERANAN UNIT-UNIT PELADANG DALAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI AHLI-AHLI PELADANG

a. Status unit peladang masa kini :
- 6,729 unit peladang di 271 buah PPK dengan keahlian berjumlah 694.700 orang.
- 4,729 unit peladang di 203 buah PPK dengan keahlian berjumlah 472,256 orang dibawah
pengendalian LPP.
- Secara rambang 70% unit peladang tidak aktif contohnya tidak mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa unit peladang,Mesyuarat Agung atau tiada aktiviti untuk ahli-ahli.

b. Sebab-sebab unit peladang tidak aktif
- PPK lebih menumpukan kepada perniagaan sendiri atau projek-projek korporat bertujuan memaksimumkan keuntungan. Seolah-olah PPK sebagai badan perniagaan korporat yang lain.
- Ahli-ahli Jawatankuasa Unit Peladang tidak faham peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tidak faham falsafah dan tujuan penubuhan pertubuhan peladang dan unit peladang.
- Tiada perancangan yang rapi tentang kemajuan unit peladang.
- Bukan petani tulen yang memimpin peladang.
- Tiada/kurang pemantauan keatas perjalanan unit peladang oleh PPK dan LPP.
- PPK tidak memberi tanggungjawab kepada unit peladang untuk melaksanakan peranan PPK di peringkat unit.
- Ahli yang pasif
- Petani berumur
- Sikap petani bukan perniagaan.

c. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengaktifkan semula unit-unit peladang.


i. Kempen , penerangan kepada Jawatankuasa Unit Peladang.
- Penerangan kepada pegawai-pegawai PPK,AJP,AJK Unit Peladang oleh LPP
Negeri.
- Ketua-ketua unit menerangkan kepada ahli-ahli tentang falsafah dan tujuan penubuhan
pertubuhan peladang dan unit peladang.

ii. Bancian semula unit peladang
- Status keahlian :
- Hidup
- Mati
- Pindah
- Saham
- Pendapatan
- Profile aktiviti pertanian yang dijalankan:
- Tanamam
- Ternakan
- Ternakair
- Pemprosesan
- Profile gunatanah.


iii. Rancangan Kemajuan Unit Peladang Jangka Panjang dan Pendek.
- Setiap unit peladang perlu ada rancangan kemajuan jangka panjang (5 tahun) masing-masing (bisness plan )yang menggariskan jenis aktiviti ekonomi dan sosial yang akan dilaksanakan oleh unit peladang dan ahli.
- Konsep “one village one product”perlu diterapkan.
- Perancangan perlu dilaksanakan bersama-sama antara PPK dengan AJK Unit Peladang dan Ahli-ahli.
- Jadikan pembangunan unit sebagai satu program LPP di bwah RMK9

iv. Menyusun semula pentadbiran Unit Peladang
- Mengamalkan sepenuh “Panduan Pentadbiran Unit Peladang” yang dibekalkan oleh Pendaftar.
- Mesyuarat AJK Unit Peladang diadakan tiap-tiap bulan. Salinan minit mesyuarat dihantar ke PPK /LPP Negeri.
- Agenda mesyuarat diseragamkan di semua unit peladang meliputi aspek-aspek berikut :
- keahlian
- saham
- yuran
- aktiviti ekonomi
- aktiviti sosial, kebajikan dan agama
- kewangan

- Unit peladang yang tidak aktif contohnya tidak mengadakan mesyuarat AJK unit peladang tiga kali berturut-turut akan digantung oleh Pendaftar.

ii. Tingkatkan Komitmen Kepimpinan Unit Peladang
- AJK unit peladang yang tidak aktif contohnya tidak hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Unit peladang tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan di gugurkan oleh pendaftar.
- Unit Peladang yang tidak aktif akan digantung/bubar atau di cantum dengan unit lain.
- Latihan tentang tadbir urus yang baik dan kepimpinan akan diberi kepada pemimpim-pemimpin unit peladang dari masa ke semasa
- Ketua Unit dan AJK akan diberi banyak tugas dan tanggungjawab sebagai penghubung antara PPK dengan ahli. Ini akan dapat mengurangkan beban tugas yang di pikul oleh kakitangan PPK.

iii. Jalin kerjasama dengan semua Jabatan/Agensi Kerajaan.

- Terutama dengan jabatan /agensi dibawah Kementerian Pertanian
- Dengan lain-lain jabatan/agensi seperti pejabat daerah,RISDA,KEMAS,Belia Kebajikan Masyarakat,Agama dan sebagainya.
- Guna peruntukan pelbagai jabatan/agensi untuk membangunkan unit peladang. Tidak hanya bergantung kepada PPK/LPP.
- Jemput jabatan /agensi ke mesyuarat ,AJK unit peladang atau ke Mesyuarat Ketua Unit di PPK.

iv. Latihan.

- Melatih Ahli-ahli jawatankuasa Unit Peladang tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing
- Latihan insitu mengenai kemahiran dan motivasi untuk ahli-ahli dan unit peladang.

v. Pegawai Penyelia Unit Peladang

- Pegawai PPK yang sedia ada akan dilantik sebagai penyelia sekurang-kurangnya lima unit seorang di samping tugas hakiki masing-masing.
- Pegawai penyelia akan bertindak sebagai penasihat dan pemudahcara.

vi. Sistem Pemantauan Yang Rapi.

- Oleh PPK :
- Laporan kemajuan Unit peladang tiap-tiap bulan
- Mesyuarat ketua-ketua unit peladang diadakan di PPK setiap tiga bulan
sekali.
- Bincang kemajuan unit peladang dalam mesyuarat kakitangan dan AJP

- Oleh LPP Negeri.:
-Laporan kemajuan unit-unit peladang tiap-tiap bulan.
-Agenda dalam Mesyuarat Pengurusan PPN/PPK dan LPP Negeri
-Persidangan tahunan ketua-ketua unit di peringkat negeri, hadiah
kecemerlangan di sediakan.

- Oleh LPP Ibu Pejabat :
-Agenda dalam setiap Mesyuarat Pengurusan Tertinggi.
-Hadiah kecemerlangan dalam hari Kualiti LPP

4. KESIMPULAN :

- Yakin jika semua unit peladang aktif, ahli-ahli akan mendapat nikmat kewujudan PPK
- Menaikkan imej PPK
- Lebih banyak akan disalur melalui PPK seperti peruntukan pembangunan tanah dan sebagainya.
- Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen berterusan daripada semua pihak . Perlu “ Follow up ” dan “ Follow Trough ” yang berterusan tanpa jemu. Kejayaan akan mengambil masa. Perlu kesabaran yang mendalam.
- LPP akan terus relevan
- Jangan jemu dan kecil hati.

No comments: