Tahun 2013

20090719

PPK Bera Lunas Zakat

PPK Bera Melunaskan Bayaran Zakat Perniagaan Tahun 2008


Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah melunaskan bayaran zakat perniagaan bagi akaun berakhir 31 Disember 2008 sebanyak RM 8,195.22 iaitu 2.5% daripada RM 409,766.06 amaun yang dikenakan zakat dengan mengambilkira anggaran 80% pemilikan muslim meningkat sedikit berbanding sebanyak RM 6,144.46 bagi tahun 2007 dan sebanyak RM 6,460.72 bagi tahun 2006 yang telah dilunaskan pada tahun lalu.
Cek bayaran zakat telah disampaikan oleh Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman kepada Encik Jusny bin Jaafar dari Unit Pemasaran Pusat Zakat Pahang di Pejabat PPK Bera.

No comments: