Tahun 2013

20090415

LATIHAN PENGGUNAAN BLOG



Tarikh : 16 April 2009 (Khamis)

Seramai 4 orang kakitangan PPK Bera telah menghadiri sesi pembelajaran penulisan blog di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Mereka yang hadir adalah :-
1) En Mohd Khusaini Bin Awang
2) Pn Rosminah Binti Jaafar
4) Cik Fauziah Binti Senawi

Tujuan :
Latihan ini bertujuan untuk membolehkan mereka menjadi penulis blog bagi blog Pertubuhan Peladang Kawasan Bera. Mereka yang menghadiri sesi latihan ini tidak mempunyai pengalaman menulis blog. Pada pendapat Azimah "sesi latihan pembelajaran penulisan blog ini amat berguna untuk masa depan Pertubuhan Peladang Kawasan Bera". Fauziah pula berpendapat, "sesi latihan pembelajaran penulisan blog ini merupakan pengalaman yang baru dan berharap pengalaman ini dapat membantu Pertubuhan Peladang Kawasan Bera".

Bagi Pn. Ros, "beliau seronok menjadi sebahagian daripada kumpulan penulis blog Pertubuhan Peladang Kawasan Bera". Bagi orang lama En. Khusaini yang telah bertugas dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melebihi 25 tahun merasakan, "Peluang ini amat dinantikan oleh beliau kerana memang telah lama bercadang untuk membina blog khas untuk kemudahan ahli Pertubuhan Peladang".

No comments: