PPK Bera Guna 'SOP' Bagi Manambahbaik Pengurusan Projek
Mesyuarat Agung Tahunan PPK Bera Kali Ke32 (2009) telah bersetuju agar Pertubuhan Peladang Kawasan Bera menggunapakai Tatacara Pengurusan Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Pertubuhan Peladang serta rujukan-rujukan berkaitan dalam menguruskan projek-projek bagi memastikan ianya berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan. Ia adalah selaras dengan usaha untuk menambahbaik pengurusan projek untuk menjamin kejayaan sesuatu projek.
Tatacara Pengurusan Standard atau “Standard Operating Procedures” (SOP) yang telah dibentangkan dan diterima pada mesyuarat tersebut adalah:
TATACARA PENGURUSAN STANDARD (SOP) PROJEK
PENDAHULUAN
Selaras dengan halatuju Dasar Pertanian Negara (DPN3) dan juga wawasan tampuk pimpinan negara, pendekatan sistem dan cara pengurusan yang lebih sistematik akan dapat meningkatkan arus perindustrian pertanian negara pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang akan berupaya mempergiatkan semula sector pertanian dan menjadikan salah satu sumber pertumbuhan ekonomi negara.
PENGERTIAN
Tatacara Pengurusan Standard atau “Standard Operating Procedures” (SOP) merupakan panduan/peraturan bertulis atau kaedah yang digunakan dalam usaha untuk mencapai target hasil yang berkualiti dan maksimum. Ia juga digunakan dalam mengurangkan risiko kegagalan sesuatu projek seterusnya akan dapat mengurangkan kos, meningkatkan pengeluaran serta mengawal pasaran.
MENGAPA PERLU TATACARA PENGURUSAN STANDARD
Tatacara Pengurusan Standard (SOP) merupakan cara atau paanduan yang terbaik dan akan memberi banyak faedah kapada pengusaha projek, antaranya :
- Supaya sesuatu projek dapat diuruskan dengan baik dan sempurna saterusnya dapat mengurangkan kos dan risiko.
- Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dan seterusnya mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk.
- Memperkukuhkan sistem pemasaran seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pengusaha.
KEPERLUAN
Selaras dengan perkembangan masakini serta perancangan untuk meningkat dan memodenkan sektor pertanian agar lebih berdaya saing peranan Tatacara Pengurusan Standard (SOP) semakin diperlukan sebagai garis panduan atau pedoman dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu projek.
CADANGAN DAN SARANAN
Bagi merealisasikan matlamat dan sasaran yang ditetapkan, disarankan agar setiap projek yang akan dilaksananan perlu disediakan Tatacara Pengurusan Standard (SOP) terlebih dahulu untuk digunapakai sebagai panduan dan garis panduan. Usahawan ahli juga disaran untuk menggunapakai tatacara sama dalam mengurus dan melaksanakan projek mereka. Antara projek yang dicadang untuk menggunapakai Tatacara Pengurusan Standard (SOP) yang disediakan adalah:
- Projek Ternakair (Akuakultur)
- Projek Tanaman Sayuran
- Projek Tanaman Buah-Buahan
- Projek Ternakan
PENUTUP
Dengan menjadikan Tatacara Pengurusan Standard (SOP) sebagai panduan dalam perlaksanaan sesuatu projek diharap strategi untuk memobilisasi dan memodenkan pengurusan projek PPK dan pengusaha dikalangan ahli PPK menjadi peladang moden akan dapat direalisasikan selaras dengan strategi pihak Lembaga Pertubuhan Peladang untuk :
- Membangunkan Projek Berpandukan Pelan BOT LPP secara komersial melalui pewujudan 10,000 peladang Usahawan.
- Penglibatan PP sepenuhnya dalam pengurusan rantaian pembekalan ( SCM ) dengan penekanan kepada kegiatan nilai tambah.
- Pelaksanaan piawai dan penekanan kepada kualiti, dayasaing dan daya maju bagi mencapai Pelan BOT LPP.
No comments:
Post a Comment