Apa itu Pertubuhan Peladang?
Pertubuhan Peladang ditubuh dan didaftarkan dibawah Akta 109 Pertubuhan Peladang 1973. Ianya merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh masyarakat peladang. Pertubuhan Peladang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial dengan mengamalkan prinsip koperasi.
Apakah Objektif Pertubuhan Peladang (PP)?
Objektif utama Pertubuhan Peladang adalah seperti di bawah:-
- Untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial ahli-ahli PP.
- Menambah pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli PP.
- Meningkatkan hasil pendapatan dan membaiki taraf hidup ahli-ahli PP.
- Mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan
bersatupadu.
Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?
Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PPK adalah seperti di bawah:-
- Khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan projek pertanian.
- Pembekalan input pertanian dan khidmat kejenteraan ladang dengan kos berpatutan.
- Pengangkutan dan pemasaran hasil-hasil pertanian.
- Pemprosesan hasil-hasil pertanian.
- Kredit untuk melaksanakan projek-projek perladangan, pemprosesan dan bantuan baja padi Kerajaan Persekutuan.
- Kebajikan daripada kegiatan-kegiatan sosial PPK.
Apakah faedah-faedah yang akan diperolehi sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)?
Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi oleh ahli peladang ialah:
- Dividen/Keuntungan tahunan (dividen atas saham)
- Sumbangan khairat kematian ahli
- Sumbangan rawatan hospital (masuk wad)
- Sumbangan menunaikan haji & umrah
- Sumbangan pernikahan ahli & anak ahli
- Sumbangan bencana & kemalangan
- Hadiah kecemerlangan pendidikan anak ahli
- Menyertai program lawatan sambil belajar
- Menyertai skim perlindungan takaful peladang berkelompok
- Rebet tunai atas langganan
- Mendapat khidmat nasihat teknikal dan keusahawanan berhubung projek pertanian
- Mendapat pendapatan dengan menyertai projek-projek PPK seperti mini estet kelapa sawit, padi dan sebagainya serta projek ternakan, ternaikair, industri kecil dan pemprosesan makanan.
- Berpeluang mengikut seminar, konvensyen dan kursus kemahiran dalam bidang
pertanian, pemasaran, pemprosesan, keusahawan dan kempimpinan.
- Boleh menyertai pertandingan seperti Peladang Jaya Lelaki, Peladang Jaya Wanita, Peladang Muda dan lain-lain kategori sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan pada setiap tahun.
- Berpeluang menjadi pemimpin peladang melalui perwakilan ke Mesyuarat Agung
Tahunan PPK/PPN/NAFAS.
- Mendapat maklumat-maklumat yang terkini melalui bahan-bahan penerbitan
Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang seperti Buletin Peladang, Majalah Transformasi Pertanian, Peladang Jaya dan sebagainya serta Khidmat Pengembangan Jabatan termasuk agensi-agensi lain.
....... dan banyak lagi !!!!
Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
- Menjelaskan bayaran keahlian (pendaftaran dan modal saham)
- Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau menguasai mana-mana daripada sektor pertanian dan ternakan
Proses Untuk Menjadi Ahli PPK
- Dapatkan borang permohonan menjadi ahli di Pejabat PPK berdekatan anda
- Lengkapkan borang permohonan (perlu dapatkan sokongan/pengesahan dari Unit Peladang)
- Kemukakan borang permohonan kepada PPK (Bagahagian Ehwal Korporat)
- Pertimbangan dan kelulusan oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK
- Menjelaskan bayaran-bayaran yang ditetapkan
- Buku keahlian dikeluarkan
- Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli
Keterangan lanjut sila hubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera,
Tel : 09 2445237
2 comments:
Boleh tau berapa bayaran??
Berapa yuran ahli
Post a Comment