Tahun 2013

20100524

Ahmad bin Wok Pengerusi Baru PPK Bera

Encik Ahmad bin Wok Pengerusi PPK Bera Penggal 2010/2012

Encik Ahmad bin Wok dari Unit Peladang Tementi telah dipilih sebagai Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Bera bagi penggal 2010/2012, beliau sebelum ini adalah merupakan Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera sejak tahun 2002 . Dalam pemilihan AJP yang diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan PPK Bera Kali ke 33, 15 Mei 2010 bertempat di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas Kerayong, dua orang muka baru telah dipilih menganggotai Jemaah Pengarah PPK Bera penggal 2010/2012 mereka yang telah dipilih adalah Encik Ahmad bin Wok (UP Tementi), Encik Safie bin Yahya (UP Seberang Guai), Encik Idris bin Ahamad (UP Guai), Encik Md Shabudin bin Wok (UP Kg. Tengah/Batu Balai), Encik Abu Bakar bin Abdul Kadir (UP Sri Buntar), Encik Zamani bin Rahim (UP Dato’ Sri Hamzah) dan Encik Amran bin Silong (UP Durian Tawar)

2 comments:

Pendekar Tanpa Nama said...

tahniah kepada mereka yang terpilih. Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

PPK Bera said...

Terima kasih atas pandangan anda...
Bergerak Maju Bersama Peladang