Tahun 2013

20100524

Ahli PPK Bera Terima Subsidi Mesin & Alat Pertanian

48 Orang Ahli PPK Bera Terima Subsidi Mesin & Alat Pertanian

Seramai 48 orang ahli PPK Bera telah menerima mesin dan peralatan pertanian bernilai RM 96,328 di bawah Skim Pemilikan Jentera Kecil Ladang secara ‘Matching Grant’ Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh YH Dato’ Hj. Ahmad b. Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 PPK Bera 2010 yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Bera pada 15 Mei 2010. Secara keseluruhannya, pada tahun ini pihak kerajaan telah meluluskan sebanyak 90 permohonan oleh ahli PPK Bera untuk menerima bantuan mesin dan peralatan dibawah skim tersebut bernilai RM 302,553.

No comments: