Tahun 2013

20100228

Skim Pemilikan Jentera Pertanian

90 Ahli PPK Bera Dapat Subsidi
Mesin & Peralatan Pertanian RM 302,554
Seramai 90 orang Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah menerima kelulusan subsidi Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Pertanian bernilai RM 302,554.00 melibatkan pembelian mesin dan peralatan pertanian seperti traktor 4 roda, Pam Air, Mist-Blower, Gergaji Berantai, Power-Sprayer, Mesin Rumput dan juga Mesin Perincih yang merupakan kelulusan tertinggi yang pernah diterima berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana sebanyak RM 162,327.00 dibayar oleh pemohon manakala baki sebanyak RM 140,227.00 pula adalah subsidi kerajaan. Skim secara 'matching-grant' yang bermula sejak empat tahun lalu merupakan usaha dan sokongan kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang dalam meningkatkan pengeluaran pertanian serta menjadikan sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara ke arah memperolehi imbangan dagangan yang positif melalui transformasi pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing dapat dilaksanakan
Langkah pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini adalah untuk menggalakkan para petani khususnya Ahli Pertubuhan Peladang untuk memiliki jentera dan peralatan sendiri bagi mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran melalui penggunaan teknologi terkini dengan menggunakan mesin dan jentera dalam pengurusan ladang masing-masing secara lebih bersistematik bagi mempercepatkan kerja para peladang dalam mengusahakan sesuatu projek pertanian seterusnya akan meningkatkan hasil pengeluaran mereka sekali gus menambah pendapatan mereka.

Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang khususnya pengusaha-pengusaha projek disaran mengambil kesempatan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan masih dialu-alukan untuk memohon skim berkenaan bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan ternakan mereka.

No comments: