Tahun 2013

20090528

PPK BERA LANCAR WEBSITE

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BERA
LANCAR WEBSITE UNTUK KEMUDAHAN AHLI



Website Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera peladang.blogspot.com. telah dilancar secara rasminya oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna pada 31 Mei 2009 semperna Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 32 (2009) Pertubuhan Peladang Kawasan Bera.

Website ini dibangunkan bagi kemudan ahli-ahli dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan program Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, Unit Peladang dan Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang. Ia akan diurus selia oleh berberapa orang anggota pengurusan PPK Bera yang diketuai oleh Mohd Khusaini Awang.

Selain maklumat terkini mengenai aktiviti/program PPK dan maklumat kegiatan ahli di unit peladang, website ini juga akan mengandungi maklumat mengenai panduan dan teknologi dalam bidang pertanian pertanian, kisah kejayaan usahawan-usahawan dikalangan ahli PPK dari seluruh negara serta direktori usahawan ahli PPN Bera.

No comments: