Tahun 2013

20090820

Ramadhan Al Mubarak

Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah, Pengurus Besar serta Anggota Pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Bera serta seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Tak terasa satu tahun telah berlalu kini ia mengunjungi kita lagi Ramadhan Yamarhaban Bulan Penuh Keberkatan, Bulan Penuh Rahmad, Bulan Penuh Keampunan, Bulan Suci Rahmadhan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa …

20090816

PPK Bera Agih Pembahagian Keuntungan 2008

PPK Bera Agih Pembahagian Keuntungan Tahun 2008 berjumlah RM 129,822.00

PPK Bera mula mengagihkan permbahagian keuntungan bagi urusniaga tahun 2008 berjumlah RM 129,822.00, ianya meliputi pembayaran dividen atas saham sebanyak 10% berjumlah RM 31,086, Pembayaran Hononorium kepada AJP sebanyak RM 7,964, Bonus Pekerja sebanyak RM 15,928, Rebet Langganan Ahli sebanyak RM 7,964 dan Tabung Kumpulanwang sebanyak RM 66,898
Pembahagian keuntungan sebanyak RM 129,822.00 adalah atas keuntungan bersih urusniaga PPK Bera bagi tahun 2008 berjumlah 215,039.00 iaitu penigkatan sebanyak RM 51,210 berbanding tahun sebelumnya berjumlah RM 163,829

20090809

Taman Negara

Tarikh : 08 Ogos 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Agoh Chalet, Kuala Tahan


Pada sabelah malam pula diadakan acara BBQ dan penyampaian hadiah untuk acara sukan keluarga..




sibuk membakar ayam untuk hidangan makan malam

beginilah gelagat peserta dikalangan ahli keluarga
anggota PPK bersembang sambil makan malam


menikmati makan malam... memang menyelerakan..

program sabelah malam diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta

Taman Negara

Tarikh : 08 Ogos 2009
Masa : Petang
Tempat : Jeti Taman Negara & Agoh Chalet, Kuala Tahan.


Satelah menikmati makan tengahari kami terukan sebelah petangnya dengan acara santai di jeti Taman Negara & minum petang di tempat penginapan

pemandangan indah bot-bot pelancong di jeti Taman Negara

menaiki bot di jeti Kuala Tahan


bersantai di jeti Kuala Tahan


tidak melepaskan peluang bergambar kenangan

acara sukan keluarga juga sempat diadakan...
inilah antara juara-juara bagi acara yang dijalankan.


peserta cilik juga ingin menunjukkan kehandalan mereka

sembang petang sambil menikmati minum petang..

Taman Negara

Tarikh : 08 Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PPK Bera


Kira-kira 2 minggu sebelum umat islam dijangka mula berpuasa, semua anggota & kakitangan PPK Bera telah bersepakat untuk bercuti bersama keluarga di Taman Negara, Kuala Tahan. Satelah semua persiapan dibuat, kami bertolak dari PPK Bera tepat jam 8.30 pagi... , singgah di Bandar Jerantut untuk membeli keperluan makanan kerana kami telah sepakat untuk memasak sendiri sepanjang tempuh percutian keluarga.

perjalanan secara konvoi ke Kuala tahan

tiba di Kuala Tahan kira-kira jam 12.00 tengahari, terus check-in di Agoh Chalet milik bekas Penolong Pegawai Daerah Temerloh berhampiran jeti ke Taman Negara

selesai ckeck-in kami terus menikmati makan tengahari yang dibawa (bekal) oleh setiap keluarga, nak jimatkan masa... lagipun penat juga kerana perjalanan dari Bera mengambil masa kurang lebih 2 jam untuk sampai ke Kuala Tahan


kalau dah penat & lapar semuanya sedap.... pelbagai lauk disediakan termasuk patin masak tempoyak... terangkat habis....


..... dan inilah dia juara makan paling banyak..

20090807

Terima Kasih


Pihak Blog Peladang Bera ucapkan terima kasih kepada Rachel Jun kerana menjadi follower yang pertama untuk kami. Sesungguhnya kami tidak sangka ada yang berminat untuk mengikuti perkembangan kami melalui blog kami ini. Pendaftaran anda (Rachel Jun) sebagai follower telah memberikan semangat kepada kami untuk menghasilkan bahan yang lebih bermutu.

Blog Peladang Bera ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2009. Sehingga kini sebanyak 110 bahan telah diterbitkan.

Sekian. Terima Kasih
Rachel Jun.