Tahun 2013

20100128

Tazkirah

Pertanian dan Islam

Pertanian yang merangkumi tumbuhan, ternakan, perikanan dan perhutanan adalah merupakan satu sektor ekonomi yang dinamik dan di kaitkan terutamanya dengan pengeluaran makanan. Makanan adalah merupakan keperluan asas dan sebagai asbab bagi manusia terus hidup dan tanpanya tidak mungkin manusia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.

Daripada perspektif Islam, pertanian adalah merupakan satu aktiviti yang penting dan perdagangan mengenainya juga penting. Dari segi sejarah, kita singkap balik kisah kaum SabaÕ. Di mana kaun SabaÕ ini terkenal dengan aktiviti pertaniannya dan mempunyai teknologi pertanian yang sungguh canggih. Di katakan bahawa kebun buah-buahan berbatu-batu panjangnya dan semasa penuaian buah-buahan, kaum ini hanya perlu mambawa bakul dan berjalan di bawah pokok dan mereka tahu dan dapat mengenalpasti buah mana yang masak dan akan gugur semasa itu. Mereka membina empangan empangan untuk di jadikan tali air bagi menyuburkan tanaman mereka. (namun begitu kaum ini telah di musnahkan oleh Allah S.W.T oleh kerana mereka enggan beriman dengan Allah S.W.T. dan Nabi-Nabi yang menyeru kepada mereka. Di katakan lebih kurang 13 orang Nabi-Nabi di utuskan kepada kaum SabaÕ, namun mereka enggan beriman kepada Allah S.W.T.).
Selain dari aktiviti pertanian terdapat juga satu kaum di zaman Nabi Syuib AS yang di panggil kaum atau masyarakat Madyan. Selain daripada di kenali sebagai satu masyarakat yang suka merompak, menyamun dan mereka adalah masyarakat kafir. Namun begitu masyarakat ini merupakan satu masyarakat yang arif dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimana pun masyarakat ini juga terkenal dengan cara muamalah mereka yang buruk, terutama di dalam mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli untuk meraih keuntungan yang lebih.
Dari peristiwa ini Allah S.W.T. mengutuskan Nabi Syuib AS kepada masyarakat Madyan untuk tidak berbuat demikian dan beriman kepada Allah S.W.T. (masyarakat Madyan ini juga di hapuskan oleh Allah S.W.T. kerana enggan beriman kepada Allah S.W.T. dan menerima seruan Nabi Syuib).

Daripada dua kisah di atas kita boleh membuat kesimpulan bahawa aktiviti pertanian komersial, perniagaan dan perdagangan di antara masyarakat adalah satu aktiviti yang semulajadi dan sebati di dalam kehidupan manusia. Banyak surah-surah dalam Al-Quran dan Hadith Rasulallah S.A.W. yang berkaitan dengan pertanian, perniagaan dan perdagangan yang menggalakkan manusia menceburinya. Namun begitu ianya mesti mengikut tatacara yang Allah S.W.T. redhai.

No comments: