Soalan No. 6. oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim yang "minta Menteri Pertanian menyatakan bilangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengikut prestasi masing-masing berdasarkan:(i) PPK yang mampu bayar kos pengurusan sendiri dan membuat keuntungan;
(ii) PPK yang mampu bayar kos pengurusan sendiri tetapi tidak membuat keuntungan; dan
(iii) PPK yang tidak mampu membayar kos pengurusan dan tidak membuat keuntungan.
Nyatakan sebab-sebab kemerosotan prestasi PPK dan usaha-usaha yangtelah diambil bagi mengatasinya".
Jawapannya berdasarkan Penyata Rasmi Parlimen adalah seperti berikut:
Timbalan Menteri Pertanian Dato' Alexander Tu Luag Lee menjawab
(1)
Kos pengurusan bagi membiayai perjalanan sesebuah PPK adalah terdiri dari gaji dan elaun pegawai dan kakitangan Kerajaan yang ditempatkan di PPK tersebut, dan kos-kos lain seperti bayaran elektrik, air, telefon, alatulis, bahan cetak dan sebagainya. Kos gaji dan elaun merupakan 60% - 70% daripada jumlah kos pengurusan. Kerajaan hanya membiayai kos gaji dan sebahagian daripada elaun kakitangannya. Kos-kos yang lain adalah dibiayai oleh PPK sendiri. Berdasarkan kepada kedudukan kewangan pada 31hb.Disember, 1987, belum diaudit, prestasi PPK (tidak termasuk PPK dalam kawasan MADA dan KADA) adalah seperti berikut:-(i) 141 buah PPK (77.9%) mampu membayar kospengurusannya sendiri tetapi setelah mengambilkirakos kakitangan yang dibiayai olehKerajaan hanya 14 buah (7.74%) menunjukkankeuntungan manakala bakinya 127 buah PPK tidak menunjukkan keuntungan.
(ii) Hanya 40 buah PPK (22.09%) yang tidak mampuraembayar kos pengurusan dan tidak membuat keuntungan.
(2)
Secara keseluruhannya prestasi PPK dalam tahun 1987 adalah bertambah baik kerana bilangan PPK yang mencatatkan keuntungan bercambah 9.3% iaitu dari 129 buah dalam tahun 1986 kepada 141 buah dalam tahun 1987. Purata keuntungan bersih juga telah meningkat dari $42,466.35 kepada $42,834.73. Ini merupakan peningkatan 3.3%. Walau bagaimana pun ada beberapa buah PPK yang mengalami kemerosotan prestasi perniagaan kerana kerugian projek tanaman dan pemasaran tembakau dan kurangnya kontrak-kontrak kecil yang ditawarkan oleh jabatan serta agensi Kerajaan.Soalan tambahan oleh Tuan Ng Peng Hay: "Adakah Timbalan Menteri sedar masih ramai peladang-peladang belum menjadi ahli PPK dan adakah Kementerian Pertanian bercadang atau melancarkan kempen untuk meningkatkan lagi lebih ramai menjadi ahli PPK?"
Dato' Alexender Yu Luog Lee menjawab "kita memanglah ada menggalakkan petani masuk menjadi ahli-ahli PPK tetapi ini mengikut petani-petani sendiri hendak masuk atau tidak, kita tidak boleh paksa petani-petani menjadi ahli-ahli PPK."
Soalan tambahan oleh Puan Hajjah Rosaah binti Haji Mohd. Salleh pula: "Apakah yang menyebabkan 127 PPK tidak untung, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kerugian PPK."
Dato' Alexander Yu Lung Lee dengan mudah menjawab "itu sudah dijawab. PPK mengalami kemerosotan prestasi perniagaan kerana kerugian projek tanaman dan pemasaran tembakau dan kurangnya kontrak-kontrak kecil yang ditawarkan oleh jabatan serta agensi Kerajaan".
Soalan seterusnya adalah soalan yang membawa kita merenung kembali siapa PPK yang ditanya oleh Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: "saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah matlamat Kementerian menubuhkan PPK ini?"
Dato' Alexander Yu Lung Lee mengingatkan kita semua bahawa "matlamat Kerajaan untuk menubuhkan PPK ialah untuk menyelarskan usaha-usaha petani-petani supaya Kerajaan boleh meningkatkan pendapatan mereka dan boleh memberikan mereka satu kehidupan yang lebih tinggi."
Semuga soalan dan jawapan tersebut boleh menjadi renungan sejenak kepada semua ahli PPK dan kakitangan PPK. Sama-samalah kita memastikan PPK Bera supaya sentiasa berada di landasan yang betul.
Sila klik DISINI untuk melihat sumber rujukan.
No comments:
Post a Comment