Tahun 2013

20090310

Lembaga Pertubuhan Peladang

Sedikit sebanyak kita kena tahu juga sejarah penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). LPP dilahirkan pada tahun 1973. Kalau dikira umurnya dah genap 36 tahun pada 14 Februari 2009. Kelahiran LPP ini adalah hasil penggubalan Akta LPP 1973. Melalui kelahiran LPP ini kerajaan mahukan satu badan khusus yang bertanggungjawab membangunkan ekonomi dan sosial golongan petani di Malaysia.

Kerajaan seterusnya mahu menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian dibawah satu bumbung. Persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai 'Pertubuhan Peladang' (PP). Koperasi-koperasi yang berasaskan pertanian dijadikan unit ahli kepada PP.

Dah tau sejarah, kena tau sikit-sikit pasal Visi dan Misi. Visi Lembaga Pertubuhan Peladang adalah melahirkan Pertubuhan Peladang yang unggul dan cemerlang. Sementara Misi LPP adalah membantu Pertubuhan Peladang melahirkan Peladang Komersial. Berat juga Visi dan Misi ini kalau tak ada kerjasama. Bila semua pihak sanggup bekerja sama yang berat jadi ringan. Yang susuh jadi senang.

Dengan akta, misi dan visi yang ada LPP dapat berfungsi sebagai agen:
(1) PEMBANGUNAN: Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
(2) PENDAFTARAN: Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan
(3) PENGURUSAN: Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

LPP juga berperanan melaksanakan program dan projek selaras dengan polisi semasa kerajaan dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar termasuk mengurang kadar kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Mudah cakapnya, LPP membantu kerajaan menjayakan:
a) Dasar Pembangunan Negara (NAP)
b) Dasar Pertanian Negara Ketiga ( NAP 3 ) 1998-2010

(rujukan: http://www.lpp.gov.my/web/guest/sejarahlatarbelakang)

[11.03.09]

No comments: