Tahun 2013

20090308

Penyata Rasmi Parlimen (16 Disember 1997)

Sekarang mari kita baca jawapan Timbalan Menteri Pertanian Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor. Jawapan ini adalah berdasarkan saranan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Eng Hoi Choo "berhubung dengan soal peningkatan import bahan makanan yang kian bertambah". Seterusnya soalan tambahan oleh Puan Kamilia binti Ibrahim yang mahukan "
diterangkan kepada Dewan ini sedikit contoh-contoh apa yang sebenarnya telah dilaksanakan".

Antara jawapan Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor adalah: "Menggalakkan peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi membantu menambahkan pendapatan petani melalui pembangunan tanah terbiar".

Seterusnya kita teliti pula cadangan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail. Cadangan beliau adalah seperti berikut:

"Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, sama ada
kerajaan akan menggunakan unit-unit peladang ataupun agensi-agensi kerajaan bagi mengedarkan barang-barang perlu kepada rakyat. Sekarang ini kita tidak dapat elak daripada kenaikan harga barang-barang, maksud saya barang-barang yang di bawah kawalan sahaja, kalau kita gunakan PPK koperasi yang ada ini untuk membolehkan rakyat yang menjadi keahlian, yang diberi kupon sahaja yang membeli barang-barang itu dengan harga yang berpatutan".


Cadangan beliau dijawab oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Seri Megat Junid bin Megat Ayob.

"Tentang hal kupon dan mengehadkan pembelian ini, kita memang dari
masa ke semasa menasihatkan
".

"Dengan kerjasama dari semua pihak, saya yakin kegiatan yang tidak sihat seperti yang dikhuatirkan oleh banyak pihak itu akan dapat dibanteras dan pada masa yang sama orang ramai tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk mendapatkan barang-barang keperluan dengan harga yang berpatutan termasuk sepanjang bulan Ramadan, di musim-musim perayaan yang akan datang".

Jawapan-jawapan ini terkandung semasa persidangan PARLIMEN KESEMBILAN - PENGGAL KETIGA - MESYUARAT KETIGA [Jilid III Bil. 34 Hari Selasa 16 Disember 1997].

Klik DISINI untuk melihat sumber rujukan kami.

[08.03.09]

No comments: