Tahun 2013

20090308

Penyata Rasmi Parlimen (10hb Disember, 1987)

Untuk membolehkan ahli atau bukan ahli mendapat lebih gambaran mengenai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), terlebih dahulu kami ingin memetik jawapan Timbalan Menteri Pertanian Dato' Alexander Yu Lung Lee kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom bin Maasom.

Jawapan ini terkandung dalam PENYATA RASMI PARLIMEN (PARLIAMENTARY DEBATES) DEWAN NEGARA sewaktu persidangan PARLIMEN KETUJUH semasa PENGGAL PERTAMA. [Jilid I Bil. 34 Hari Khamis 1Ohb Disember, 1987]. Jawapan Dato' Alexander Yu Lung Lee adalah seperti berikut:

"Mengenai kegiatan Pertubuhan Peladang Kawasan atau PPK, adalah dimaklumkan kesemua kegiatan PPK adalah berteraskan kepada memberikan perkhidmatan kepada peladang-peladang. Harga bahan-bahan keperluan ladang untuk dijual kepada peladang-peladang dan harga hasil-hasil pertanian yang dibeli daripada peladang-peladang adalah istimewa bagi tujuan mengadakan langganan. Penerangan-penerangan bagi tujuan menggalakkan peladang-peladang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PPK adalah dihebah-hebahkan. Peranan menggalakkan peladang-peladang ini telah diagih-agihkan secara satu bentuk rangkaian pemimpin-pemimpin peladang dan peladang jaya. Sebagai insentif kepada peladang-peladang yang menjadi ahli untuk melebihkan langganan dengan PPK, PPK ada memberi bonus atau rebate atas langganan yang diperuntukkan daripada pembahagian keuntungan. Langkah-langkah lain dijalankan pada masa ini ialah memberi penerangan dalam kempen-kempen menamabah ahli."

Klik DISINI untuk melihat sumber rujukan kami.

No comments: