Tahun 2013

20110731

Majlis Perjumpaan Projek Tanaman Nangka Madu Kg Guai

Satu majlis perjumpaan bagi membincangkan prestasi Projek Tanaman Nangka Madu di Unit Peladang Guai telah diadakan pada 8 April 2011 jam 11.30 pagi di bilik mesyuarat PPK Bera. Ia bagi membincangkan prestasi, masaalah serta isu-isu yang melibatkan projek tanaman nangka madu UP Guai yang bermula pada tahun 1999 dan di sulam semula pada tahun 2010 akibat di tenggelami banjir.

Perjumpaan tersebut telah di Pengerusikan oleh Encik Mohammad Nazzeri bin Ramli (Pengarah LPP Pahang) juga telah di hadiri oleh Tuan Hj. Mohd Rashid bin Awang (Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang LPP HQ), Puan Hanisah binti Ghazali (Penolong Pengarah Unit Buah-buahan LPP HQ), Tuan Hj. Md Kassim bin Mahmod (Timbalan Pengarah LPP Negeri Pahang), Tuan Hj. Ahmad bin Wok (Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Bera), Encik Razali bin Abdul Rahman (Eksekutif Cawangan Pembangunan LPP Pahang ), Tuan Hj. Abdul Uloom bin Abdul Rahman (Pengurus Besar PPK Bera), Encik Suhaimi bin Manan (Pengerusi JKKK Kg. Guai/Pengerusi Projek), Encik Muhammad Aiman bin Omar dan Encik Abdul Hamid bin Abdul Rani (Pengurus Projek PPK Bera)

Pengarah LPP Pahang sedang mempengerusikan majlis perjumpaan

No comments: