Tahun 2013

20110731

Abd. Khalil Husin - Peladang Muda Jaya Negeri Pahang 2011

Peladang Muda Jaya Negeri Pahang 2011 Encik Abd. Khalil bin Husin dari Unit Peladang Sri Buntar merupakan usahawan muda yang aktif, beliau telah mula bergiat dalam bidang pertanian sejak 1995 iaitu apabila tamat persekolahan sehingga peringkat SPM, dengan menyambung kerja arwah bapanya sebagai penoreh getah ditanah peninggalan arwah ayahnya di Kampung Paya Tateh seluas 1.5 hektar, beliau seterusnya menjalankan projek tanaman sayur sebagai selingan diatas tanah tersebut apabila kerja-kerja penanaman semula getah dilaksanakan. Kini beliau telah mengorak langah dengan dengan meluaskan lagi kawasan penanaman getah di beberapa tempat diatas tanah pesaka di Kg. Tebing Tinggi, Kg. Mengkarak di samping Kg. Seberang Guai seluas 14 hektar dan seterusnya menggantikan projek tanaman sayuran kepada projek tanaman pisang Kg. Paya Tateh.

Pada tahun 1998 telah diberikan kebenaran pihak Triang Estet untuk beliau mengusahakan projek ternakan lembu secara integerasi dalam ladang kelapa sawit dan seterusnya ternakan kerbau pada tahun 2004 seterusnya beliau dengan dibantu oleh ibu dan kakak telah memulakan katering secara kecil-kecilan untuk majlis-majlis keramaian dan pada tahun 2006 beliau telah berjaya membuka sebuah restoran di Bandar Triang.

Selain sebagai usahawan muda beliau juga bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan telah diberi kepercayaan untuk menduduki jawatankuasa didalam beberapa pertubuhan dan persatuan sehingga sekarang antaranya Jawatankuasa Unit Peladang Kg. Sri Buntar dan Perwakilan ke PPK & PPN (Pasfa), Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh, Jawatankuasa

Surau Kg. Sri Buntar & Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Triang, Pengerusi Badan Pengelola Tanah Perkuuburan Kg. Sri Buntar dan Jawatankuasa Badan Khairat Kematin Kg. Sri Buntar. Pengerusi Biro Belia, Kebudayaan dan Sukan JKKK Kg. Sri Buntar dan Jawatankuasa KRT Kg. Sri Buntar. Pengerusi Persatuan Belia Kg. Sri Buntar, Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Buntar, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera. Lembaga Pengarah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh dan Ahli Persatuan Penternak Lembu Daerah Bera.

Beliau juga pernah menerima anugerah hasil usaha yang dilaksanakan antaranya Anugerah Pemimpin Muda Belia Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009 & Peladang Muda Jaya Derah Bera pada tahun 2010

No comments: