Tahun 2013

20110731

Mesyuarat Ahli MPPP Bera Bil 1/2011

Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bera telah mengadakan Mesyuarat Bil.1/2011 pada 20 Mac 2011 di Bilik Mesyuarat PPK Bera. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri Yaakob selaku Pengerusi MPPP Bera turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Bera Encik Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir yang juga Ahli MPPP Bera dan wakil LPP Pahang Encik Zaid bin Ramli.

Pada mesyuarat tersebut Pengurus Besar PPK Bera Tuan Hj. Abdul Uloom bin Hj. Abdul Rahman yang juga Urusetia MPPP telah membentangkan lapuran prestasi Tanaman Nangka Madu yang diusahakan oleh PPK Bera

Sempena Mesyuarat MPPP Bil.1/2011 itu YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri Yaakob juga menyampaikan surat kelulusan peruntukan projek yang telah diluluskan di bawah Projek MPPP dan Projek Kecil Pertanian Parlimen kepada 62 orang penerima terdiri dari 4 katogeri projek iaitu:

- Projek Pertanian - 7 orang

- Projek Ternakan - 42 orang

- Projek Perikanan - 5 orang

- Projek IKS Makanan - 6 orang

- Projek Pemasaran - 2 orang





No comments: