Tahun 2013

20110731

Sambutan Mini MAHA Pahang 2011 - 3 Ahli PPK Bera Menang Anugerah

Seramai 44 orang pemimpin dan usahawan peladang dari PPK Bera telah menghadiri Majlis Perasmian Mini MAHA Pahang 2011 bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 28 Mei 2011. Majlis Perasmian Mini MAHA Pahang 2011 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari yang bermula pada 27 Mei hingga 29 Mei 2011.

Pada majlis tersebut 3 orang ahli PPK bera telah dipilih memenangi pertandingan peringkat Negeri Pahang iaitu

Peladang Jaya Lelaki 2011 - Encik Berahim Bedu (Unit Peladang Sebertak)

Peladang Muda Jaya 2011 - Encik Abd. Khalil bin Husin (Unit Peladang Sri Buntar)

Usahawan Ikan Jaya (Air Tawar) - Encik Tan Teek Whatt (Unit Peladang Kemayan)

Sempena MiniMAHA Pahang 2011 pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti jualan hasil pertanian segar dan diproses, jualan anak pokok hasil-hasil pertanian, ternakan, ternakair, IKS makanan serta produk-produk berasaskan pertanian lain serta pameran oleh jabatan dan agensi seperti pameran jentera, ternakan dan ternak air.


Encik Ibrahim & Encik Khalil bergambar bersama sebahagian pemenang

3 orang Ahli PPK Bera yang memenangi anugerah peringkat Negeri Pahang

No comments: