Tahun 2013

20110731

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kali ke 34


Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 34 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas pada 18 Jun 2011 dan dirasmikan oleh Ybhg. Pengarah LPP Pahang Encik Mohammad Nazzeri bin Ramli, turut hadir di majlis tersebut Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) YH. Dato’ Mustafa Kamal bin Abdul Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Tanah Terbiar PASFA Encik Mohd Najib bin Mohd Taib serta ketua-Ketua Jabatan di bawah MOA Inc.

Beberapa cadangan yang telah diterima dan diluluskan pada mesyuarat tersebut adalah:

- Pembayaran Dividen sebanyak 10%

- Bonus/Rebet Langganan sebanyak 5%

- Kenaikan elaun perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PPK.


- para perwakilan & hadirin sedang mendengar ucpan perasmian

- usahawan ahli juga diberi ruang untuk mengadakan
promosi dan jualan sempena mesyuarat Agung Tahunan PPK

No comments: