Tahun 2013

20110731

Berahim Bedu - Peladang Jaya Lelaki Negeri Pahang 2011

Encik Berahim bin Bedu ahli PPK dari Unit Peladang sebertak telah dipilih sebagai Peladang Jaya Lelaki Negeri Pahang 2011 telah mula menceburi bidang secara tradisional bermula tahun 1998 dengan tanaman keladi Cina. Beliau terus meningkatkan pengelibatan dalam sektor pertanian dengan mengusahakan tanaman tebu, jagung dan juga limau nipis di kawasan seluas lebih 15 ekar.

Selain mengusahakan projek-projek pertanian beliau juga sedang mengusahakan ternakan lembu, kambing, ternakan puyuh serta ternakan ikan keli dalam kanvas.

Telah menubuhkan Syarikat ZS Sepakat Sdn. Bhd. agar semuai projek-projek yang diusahakan dapat diuruskan dengan baik dan berkesan.

Dengan berbekalkan azam dan semangat yang kuat beliau mengumpul modal dan mengusahakan projek beliau sendiri. Kebanyakan projek yang diusahakan beliau adalah merupakan modalnya sendiri iaitu hasil simpanan dan pinjaman dari Agro Bank, antara projek-projek yang beliau jalankan adalah

  • Aktiviti projek ternakan - lembu dan kambing
  • Aktiviti projek pertanian - tanaman kelapa sawit, jagung, pisang, tebu dan limau nipis
  • Aktiviti projek perikanan - ternakan ikan keli dalam kanvas

Beliau mengusahakan ternakan lembu lebih kurang 215 ekor dan kambing sebanyak 50 ekor dalam jangkamasa tertentu meningkat kepada 300 ekor. Manakala tanaman kelapa sawit seluas 36 ekar di kendalikan oleh 4 orang pekerja bersama dengan tanaman jagung dan tebu seluas 15 ekar. Selain dari mengusahakan ternakan lembu dan kambing, beliau juga turut menternak ikan keli dalam kanvas berhampiran dengan kediaman beliau.

Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sosial dan kemasayrakatan seperti Ahli jawatankuasa penternakan di Kampung Sebertak, Bendahari di Persatuan Perniaga Islam Pahang (PPIP) Daerah Bera, Timbalan Ketua UMNO cawangan Sebertak, Audit Dalam Koperasi Felda Sebertak Berhad, Timbalan Ketua Unit Peladang Sebertak serta perwakilan ke PPK Perwakilan ke PPN Pahang

Sepanjang tempoh beliau mengusahakan berbagai projek pertanian dan penternakan ini, beliau telah beberapa kali mendapat anugerah. Diantaranya Anugerah Penternak Contoh, Anugerah Pertandingan Kelompok dan Usahawan Terbaik, Anugerah Peladang Jaya Peringkat Daerah Bera 2010

Bagi melaksanakan transformasi pertanian beliau telah memulakan projek sampingan nenggunakan sisa pertanian seperti batang dan daun jagung bersama tinja lembu dan kambing untuk dibuat baja kompos. Beliau juga menjalankan penternakan secara intergerasi dan fidlot, makanan tambahan adalah dari sisa pertanian seperti batang jagung dan pelepah kelapa sawit yang akan dicincang/rincih.

Beliau juga telah memulakan projek menternak burung walit untuk akan datang disamping itu juga beliau kini menjadi “MENTOR’ kepada golongan belia-belia dalam penternakan burung puyuh.


- Bersama isteri

- Lawatan Ahli Parlimen Bera ke tapak projek

- Ahli Parlimenj Bera menikmati jagung bakar bersama
Pegawai Pertanian & Ahli Majlis Daerah

- Projek tanaman tebu


- Ternakan Lembu Integerasi

- Ternakan Kambing

- Ternakan Puyuh Pedaging

- Ternakan Ikan Keli 'kanvas'


- Bersama YAB Menteri Besar Pahang di HPPN
Daerah Bera 2010

No comments: