Tahun 2013

20110731

Mesyuarat MPPP Bil .2/2011 di KL Sentral



Mesyuarat Ahli Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bera Bil.2/2011 telah diadakan di Bilik Anggota, Tingkat 31, Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur Sentral. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Hj. Ismail sabri Yaakob, Pengerusi MPPP Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Malaysia.

Pada mesyuarat tersebut ahli MPPP telah di berikan taklimat mengenai cadangan pembinaan Pasar Komuniti di seluruh Negara khususnya di Bera oleh Encik Azman bin Komau dari Ibu Pejabat FAMA.

Pasar Komoniti yang akan dibina berkonsepkan gabungan pasar tamu dan pasar caravan yang boleh dijadikan tapak pelbagai aktiviti seperti gelanggan futsal, majlis keramaian, pusat pameran/expo dan sebagainya, ia dijangka akan beroperasi pertengahan November 2011 dan diharapakan dapat membantu meningkatkan ekonomi petani diluar bandar ianya di akan menonjolkan pasar pelbagai jualan yang lebih moden, bersih dan mampu bersaing dengan pasaraya, bagaimana pun peserta/peniaga juga akan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di mesyuarat tersebut juga YB. Dato’ Sri Hj. Ismail Sabri memnta Ahli MPPP Bera agar member fokus kepada projek tertentu bagi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu rakyat diluar bandar. Projek tumpuan yang dicadangkan adalah:

o Projek Tanaman Nangka Madu.

o Pusat Pengeluaran Makanan Ternakan.

o Program Pembangunan Tanah Terbiar

Sebelum mesyuarat Ahli-Ahli MPPP Bera telah dibawa melawat ke Pusat Pemeriksaan Kualiti Hasil Pertanian FAMA di KLIA

No comments: